Thursday, June 21, 2007

~~SeLaMat HaRi IbU...MaMa~~

Sempena sambutan hari Ibu yang lalu, saya tak sempat untuk meraikannya bersama insan yang sungguh istimewa dan berada di tangga teratas dalam hidup saya. Kejauhan yang memisahkan kami membataskan ruang waktu untuk meraikannya bersama, namun sudut hati kecil ini sentiasa berbunga untuk menyambutnya bersama saudaraku yang lain.

Biarpun bunga cemburu mula menguntum tatkala melihat gambar gambar yang diambil ketika meraikan hari tersebut bersama ibu tercinta, saya tetap mengukir senyuman kerana mereka masih seperti dulu biarpun saya tidak di sisi.

Nah, sebagai hadiah yang tidak seberapa nilainya ini...saya hadiahkan sebuah klip video yang membawa penuh erti buat ibu tercinta. Untuk membalas pengorbanan dan kasih sayang beliau, sya tidak mampu mengukur dengan material. InsyaALLAH, akan saya bela nasibnya selagi hayat dikandung badan.

SELAMAT HARI IBU MAMA!!!! PENGORBANAN DAN KASIH SAYANGMU TIDAK TERBANDING NILAINYA...KU HADIAHKAN DIKAU SEBUAH KLIP VIDEO DENGAN HARAPAN AGAR RINDUMU BISA TERUBAT....

2 comments:

Anonymous said...

pandai editing...
pe kabar orang jauh??
dah balik sini ke blum???

zafi said...

great!!