Hati menarik narik jemari ini untuk menyampaikan rasa ketidak puasan terhadap sebuah video di web yang baru sahaja ditontoni. Sambil sibuk mencari bahan untuk menyiapkan tugasan kuliah yang 'dateline' tak berapa lama lagi ni, terjumpa pula sebuah video yang dikenali sebagai 'bahana pencegah maksiat'. Malu melihat kegiatan mereka yang kononnya ingin menegur sikap kurang sopan remaja sedangkan tindak tanduk biadap pihak berkuasa terus memualkan isi perut ini.
Tidak disanggah jika benar badan berkuasa yang 'kononnya' ingin mencegah kegiatan maksiat di sekitar bandar dan desa Malaysia, namun biarlah dengan cara yang melambangkan ketulusan untuk memperbaiki akhlak mereka bukannya dengan mengaibkan seseorang itu. Ilmu manakah yang pihak berkuasa tersebut pelajari? Adakah ilmu agama Islam menyuruh dan mengajar kita untuk mengaibkan orang biarpun seseorang itu buruk akhlak dan fikirnya? Siapa kita untuk menghukum kesalahan mereka? Fikir gunakan benak di minda bukan gunakan mata hati yang buta tuli.
Apakah duduk berdua-duaan di bawah terik mentari, di tempat awam yang terbentang oleh khalayak ramai dan berbual kosong sambil berpegangan tangan mahupun menyisir rambut itu sudah dikira cukup untuk memalukan seseorang itu? Bukankah lebih mulia jika pihak terbabit menggunakan pendekatan psikologi berbanding kekerasan? Apakah sudah hilang nilai murni pihak Jabatan Agama Islam untuk menangani masalah sedemikian?
Dari video yang disaksikan, mangsa tidaklah melakukan aksi aksi yang melampau ketika gambar mereka dirakam. Biarpun ada yang berpegangan tangan, berpelukan, baring di riba pasangan, menyisir rambut, bersandaran antara rusuk dan pelbagai lagi aksi selesa mangsa, namun tidak pula dilihat aksi cium, meraba dan melakukan seks. Itu tidak mengapa lagi, masih lagi boleh dikira melampaui batas peradaban agama, sebaiknya ditegur dan dinasihati tidak berkelakuan sedemikian di khalayak mahupun di mana-mana kerna status bukan muhrim.
Ada juga pasangan yang bukan beragama Islam diberkas namun di tanya seolah mereka ini melakukan jenayah. Malu sungguh melihat aksi pihak berkuasa yang salah menggunakan kuasa. Ilmu mana yang mereka gunakan sehingga tidak ada langsung pertuturan yang sopan dikeluarkan ketika menyoal mangsa.
Ada pula yang memaksa dengan soalan soalan yang menjijikkan dan setiap sesi pertanyaan itu dirakam dengan kamera milik pihak berkuasa. Apakah ertinya semua permainan budak budak ini? Apakah matlamat pihak Jabatan Agama? Apakah misi sebenar pihak Majlis Agama? Mengaibkan dan menunjukkan keseriusan pihak JABATAN AGAMA dalam membasmi isu anti maksiat? Jauh menyimpang jika itu yang mereka sasarkan. Objektif yang jelas di mata adalah, pihak Jabatan Agama ingin mengaibkan mangsa tersebut dan menggunakan kuasa mencabuli hak asasi manusia.
Jika diberkas dan ditanya dengan baik, adakah menjadi masalah besar buat pihak penguasa? Bahasa itu melambangkan bangsa dan budaya. Bagaimana mahu meraih respek dari orang awam jika ahli Jabatan Agama sendiri tidak pandai menggunakan bahasa sopan, yang sedihnya mereka seolah mencari populariti dengan misi terbaru mereka ini.
Coretan ini bukan menentang pembasmian anti maksiat negara sendiri, malah jika objektifnya benar benar menjurus ke arah kebaikan sudah tentu ramai di luar sana yang turut menyokong gerakan tersebut. Tetapi apakan daya, misi sudah tersasar dan pengaiban terus berleluasa ketika mencekup mangsanya. Kasihan pula melihat mereka yang ditanya seperti "Ha, awak ni masih dara ke?", sungguh mengecewakan. Jika tidak di jawab dengan memandang ke arah kamera, mangsa akan di jerit dan ditengking, "pandang sini, angkat muka. Malu tapi perangai macam setan", kata si penguasa. Apa semua ini? Siapa mereka menghukum mangsa yang ditangkap? Sudah jelaskan mereka melakukan kesilapan.
Hey mereka mereka yang terlibat dalam PENCEGAHAN MAKSIAT pihak Jabatan Agama, renungkanlah sikap tidak sopan kalian sebelum menangkap sikap tidak sopan orang lain. Rakaman yang anda rakamkan tidak sah atas motif mengaibkan si mangsa. Melihat kesilapan diri sendiri lebih mulia dari menghukum kesalahan orang lain tanpa ada penerangan dan saksi yang sah.
Cerminlah diri, bersihkan hati buka seluasnya minda.
Disediakan sekali link yang anda semua boleh nilai misi kotor Badan Pencegah Maksiat.
http://video.google.co.uk/videoplay?docid=-1913418595050737848&q=pelajar+melayu
Sekadar menegur bukan menghukum
reformasi_girl

3 comments:
aku dh penah tgk video ni...
rasa2 aku lokasi kat bangi...
kat situ sebenarnya sunyi...
takde orang pun...
jadi couple2 ni amik kesempatan...
memang dorang takde buat apa2 pun...
tapi paham2 je laa... tempat sunyi...
mmg bnyk kes kat situ...
jadi.. pada pendapat aku..
mmg patut dorang tu kena sergah...
klu dlm kes.. berdua2an sahaja pun dah dikira berkhalwat...
mana yang dah kawin selamat laa..
aku sokong video tu...
sebab bila aku tengok.. aku jadi takut nak berdua dlm keta atau di mana2.. haha....
sorry laa aku menyangkal pendapat ko...
Wahai En.Wak Lan yang pernah menjadi teman sekuliah. Aku tak marah pihak berkuasa menjalankan tanggungjawabnya tetapi biarlah beradab sedikit. Katanya orang Melayu ini sopan dan santun bicaranya....bukankah kita ini tidak layak untuk bersikap biadap biarpun pada mereka yang kurang moralnya. Tak salah untuk mencegah dari berleluasanya maksiat....itu satu usaha murni dan aku sendiri sokong TETAPI bukan seperti apa yang ditonjolkan dalam video tersebut. Kita punya undang undang sivil dan syariah, biar mereka yang layak untuk bertanya bukan si mamat yang membawa kamera, mengendap dan melemparkan kata kata kurang peradabannya itu.
Jangan menghukum kerna kita tidak layak untuk mengadili org lain. Diri sendiri tidak teguh asasnya jangan cuba mendabik dada mengerti soal hukum hakam agama
hehe....
tapi yang dok mengendap tu bukan orng jbtn agama ke??
hehe...
ingatkan org jbtn agama
Post a Comment