Friday, July 23, 2010

Kita ini HAMBANYA

Setiap kali kita tersedar dari kesilapan , yang ada hanya erti penyesalan, yang tinggal sisa keampunan dan yang sadis adalah kesan dari kekurangan kesilapan itu. Cuba kita mencari ruang memperbetulkan diri, namun ada ketikanya kita hampa.

Sentiasa kita menadah rahmat dari Illahi namun adakalanya kita terkecewa terutama bila setiap permintaan tersasar dan tidak direalisasikan. Andaikan kita terus tersimpang jauh, apakah kita hanya ada airmata untuk mencari jalan pulang?

Kita lihat semalam dan kenangan lalu, yang lampau dan terlalu jauh. Warnyanya tak pernah kusam dari kotak fikiran. Terus terusan kita ditujah penyesalan, diterjah ambang kekecewaan, namun kita tak punya pilihan selain dari memohon kemaafaan dan mengubah cara hidup menjadi lebih sempurna.

Siapa kita mahu bicara tentang kesempurnaan? Walau sembahyang cukup 5 waktu, sunat ditambah lagi, puasa juga begitu, tak cukup sebulan di purnama Ramadhan ditambah dengan sunatnya, bersedekah hingga diri sendiri terlepas dari sasaran. Cukupkah itu semua untuk melengkapkan diri ini ke arah kesempurnaan?

Kita hanya manusia ciptaan yang ESA. Hanya DIAlah yang bisa menentukan kita sempurna atau sekadar menerima pahala di atas kebaikan dan ketaatan. Usah kita enjak enjak hidup orang lain dan hukum dari setiap kesilapan lampaunya. Dia tidak pernah terpinta menjadi apa yang dia ada.

Pernahkah kita terfikir bahawa kita ini HAMBA yang abadi? Tidak layak seinci pun kata-kata kita boleh mengubah nasib dan ketentuaan sesiapa di masa hadapan. Malah ruang syurga juga bukan sekali-kali tempat untuk kita tentukan siapa yang mendapat kelulusan untuk menjadi penghuninya.

Teman seangkatan, usahlah melihat kejahilan dan terus mentertawakan. Muhasabah dan seringnya kita lihat diri kita dan jangan terfikir untuk membandingkan dengan sesiapa pun. Kelayakan kita jauh tersasar untuk menghukum baik buruk seseorang.

Aku menulis sekadar untuk mengingatkan diriku sendiri, adakalanya kita tidak terfikir bahawa kita ini sedang diuji. Ujian Tuhan datang dengan berbagai cara, tidak tercapai akal kita.

Aku menulis kerana ada yang suka melihat masa lalu dan membawanya menjadi lembaran untuk esok hari. Kesilapan itu biarlah menjadi iktibar bukan medan menjatuhkan sesiapa.
Selagi kita bernama HAMBA ALLAH di muka bumi, kubur masih di tanah merah, sama rata sama luasnya.

Thursday, July 01, 2010

5 bulan kini! Tinggal beberapa waktu sahaja~~

Saat waktu itu terlalu membutuhkan ruang sempit untuk aku menulis, tika itu jualah idea datang melimpah seperti air terjun dari tingkat tujuh.

Salam buat semua yang tertanya-tanya dan sering menghantar pertanyaan di kotak email Nini, ke manakah menghilang tanpa cerita dan berita. Salam ini khas buat kalian, dan seringnya Nini khabarkan bahawa kesempitan waktu itulah antara punca ruang maya ini sepi seperti dilanggar garuda.

Ingin benar aku kongsikan kisah 5 bulan si kecil dalam perut boyot ini. Alhamdulillah segalanya nampak penuh dengan keredhaan dan baik-baik belaka. Doktor Fatima, yang alis mukanya tampak campuran Melayu Mamak dan fasih berbahasa Inggeris tersenyum bila memberitahu padaku, anak kecil ini seperti tidak mahu sembunyi-sembunyi tentang jantinanya. Setiap kali mesin 'ultrasound' dimajukan ke perutku, setiap kali itulah anak ini tak segan silu mempamirkan jantinanya. Lucu sekali.

Hati ibu mana yang tidak pernah girang bila doktor mengesahkan segalanya nampak sempurna dan baik. Jantung yang berdegup 140bps itu terus kencang mengacah diriku, aku jadi tidak sabar untuk melihat raut wajahnya. Aku gementar bila harus menghitung hari, bulan dan saat.

Sekarang ini, setiap pergerakkanya aku rasai. Kadangkala sakit atas kelasakkannya, ada masanya seperti tidak terasa akan tunjalannya ke liang-liang perutku. Indahnya ciptaan Tuhan, seorang insan yang bernyawa kini bergerak dalam perutku dan berkongsi segala makanan dan perasaanku. Aku usung ke mana sahaja, tidak tinggal walau sesaat. Aku mahu terus bersamanya dan tidak tertahan akan rindu untuk lihat wajahnya.

Kini selera sudah kembali normal, walau tidak seghairah seperti selalu namun bolehlah merasai pahit, manis, masin makanan itu. Ada juga saki baki elergi ketika mengandung, pelik sungguh citarasa ketika ini. Aku mula tidak menyentuh air sejuk sekerap biasa, minuman harianku hanyalah air panas, tidak suam dan sejuk. Rasa ingin muntah bila melihatkan air berais, sedang sebelum berbadan dua, itulah kegemaranku.

Aku jadi buntu bila air MILO dan ROTI kering kegemaranku tidak lagi boleh disentuh apatah lagi untuk dimamah. Bosan, setiap kali cuba menelan ia seperti mengunyah hempedu yang muda. Pahit dan meloyakan.

Aku bicara pada anak, apa mungkin dia tidak menggemarinya? Hey si comel, ini perut ibu, ini tekak ibu, makanlah bersama apa yang ibu inginkan. Nanti dah keluar, pilihlah makananmu sendiri. Aku ngomel bersamanya sambil disusuli tawa-tawa kecil.

Kini perutku tidak boleh lagi disorok seperti dulu. Baju t-shirt sudah kulipat rapi dan asingkannya. Ia terlalu kecil untuk menutupi keboyotanku. Aku mula menggeledah baju-baju suamiku. Sesuai pada citarasaku, muat untuk si mungil ini ditutupi maka itulah pakaian harianku. Kewangan juga bertambah bilamana harus membeli baju dan seluar baru.

Aku nikmati setiap saat, minit dan hari yang berlalu dengan zikir dan doa kepada Illahi. Aku hanya bermohon agar anak ini dilindungi Illahi serta dilahirkan dengan penuh rasa keagungan. Setiap solatku pastinya diakhiri dengan pohonan agar Allah swt menjadikan dia anak yang soleh dan taat kepada ibu,bapa, agama dan keluarganya. Kalau tidak terlibat dalam perjuangan seperti aku pun tak mengapa, asalkan dia bisa tahu apa itu Kebenaran, Kesaksamaan, Penindasan dan Keadilan di atas bumi yang sementara ini.

Anakku, hanya 3 bulan lebih lagi kau menghuni perutku ini. Selepas ini, segala perjalananmu adalah hala tujumu sendiri. Pastinya ibu rindu untuk membawamu tanpa meninggalkan walau sesaat. Kehadiranmu sayang, telah membentuk kelengkapan sempurna bagi ibu dan ayah. Hadirmu bukan untuk dibanggga semata, sebaliknya membawa keagungan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Kau nikmatilah saat ini di dalam kantung kecilku. Membesarlah dengan penuh kecerdasan, bantulah ibu untuk mempermudahkan perjalanan 3 bulan ini yang bakal ditempuh dengan dugaan. Hanya bersamamu, ibu tenang dan lena walau ada ketikanya tendanganmu dalam kantung air itu buatkan ibu terjaga dan terkejut. Namun ibu gembira, kerna ibu sedar kamu itu sedang bermain dan bergembira.

Ibu nantikan kehadiranmu beberapa waktu sahaja lagi dari saat ini. Marilah bersama kita terus berdoa pada Penciptamu agar melindungi dan memberikan zat-zat kesihatan dalam tubuhmu. Mummy & Daddy tidak sabar menanti tikanya.

Tuesday, June 08, 2010

BUNTU~~

Kosong dan gelap
Setiap kali aku buntangkan mata
Tak kelihatan apa apa
Seringnya warna hitam dan bintik bintik bintang
Aku pudar dalam alamku

Apakah aku mimpi
Sebalik airmata yang tertangis
Aku tak mahu sedih
Aku benci pilu
Hujan hujan petang tetap mewajahkan malam
Gelap itu sepi
Sepi itu buntu

Aku sendiri melayan kegelapan
Menguak pintu pintu yang ada
Dalam meraba aku tak jumpa
Semuanya hilang
Terhuyung hayang mencari jalan
Akhirnya aku jumpa sepi
Dan ia buntu
Gelap dan gerutu

Aku lelah dan tercungap
Aku mengucap aku ternadah
Mengapa susah mencari jalan keluar
Biar ada tombol
Pintu tersergam
Walau gelap aku dapat merasakannya
Namun ia tak terbuka
Aku terkunci
Apakah hingga mati

Tika gelap aku buntu
Aku mahu bulan temani aku
Cahaya yang indah
Ketulusan sinar itu bawa aku tenang
Biar aku tahu aku akan mati
Mati dalam kegelapan dan kesepian

Hentikan semua permainan dunia
Aku tak sabar menanti hari pembebesan
Bila gelap aku buntu
Aku sepi dan kalut
Benarkan aku lihat cahaya lebih indah
Biarkan aku mendakap setiap warna selain hitam
Aku mahu bahagia
Bukan derita yang terus menyiksa

SEPI~~

Sepi
Bilamana sepi datang menghimpit
Ruang luas menjadi sempit
Seisi alam menjerit rasakan kesesakkan
Dihuni ilusi ilusi sepi
Yang terus menjerit
Yang terus menggigil

Sepi
Kalau bisa aku bunuh
Ruang sepi yang menghantui
Aku mahu kapankan tanpa bernesan
Aku nyilu akan kesepian
Aku benci akan kekosongan
Aku bisa mati dalam hitamnya sepi

Sepi
Luasnya dunia kurasakan sebesar liang lahad
Tidak punya ruang ke kiri dan ke kanan
Nafas tersekat sekat
Tenggelam dan terus lemas
Kerana sepi itu memenuhi ruang duniawi yang luas

Sepi
Kau harus pergi
Tinggalkan aku sendiri
Usah kau sapu segala maraan api
Cinta dan sayang
Kasih dan gurindam
Aku tak mahu bertemankan
Malam yang gelita biarpun cerah
Siang yang malap biarpun terik sinarnya


Thursday, June 03, 2010

4 bulan kini!!

Sudah melebihi angka 4 bulan, kini anak itu sering menjadi igua malam ibunya ini. Setiap geraknya, tumbesarannya menjadi agenda utama untuk ibu ini lebih teliti mengharungi hidup. Detik melihat ia berada di hadapan mata adakalanya tidak tersabar, namun apakan daya kerna jauh lagi perjalanan itu.

Aku kini berada dalam lingkungan 18 minggu dan sudah separuh perjalanan itu ku lalui. Seribu rasa berkeromok dalam diri. Saban hari ada sahaja perkara yang membataskan pergerakkanku, pakaianku dan lebih sukar untuk ku tempuh apabila kesihatan tidak stabil seperti biasa.

Saban waktu aku berbual dengan anak, mohon agar dia juga dapat membantuku menaikkan semula uri yang jangkaan doktor sudah berada di bawah dan agak sukar naik kerana ruang akan semakin sempit. Ya ALLAH, aku mahu lahirkan anak ini normal tanpa komplikasi. Jika boleh, aku tidak mahu ianya dibedah apatah lagi melahirkannya lebih awal dari jangkaan 40 minggu.

Naluri ibu itu sudah semakin kuat dalam diri, aku mahu rasai apa itu keperitan menjadi ibu. Aku mahu rasai bagaimana ibuku melahirkan aku seperti bersabung nyawa. Aku mahu simpan cerita itu, aku mahu kongsikan bersama anakku bila dia besar nanti. Aku mahu tahu, setiap perjalanan membawanya bersamaku hinggalah saat melahirkan, ia adalah pengalaman indah biarpun perit dan menyingkap segala kekalutan.

Jambatan doa itu aku bina agar suara kecilku diangkat ke penghadapan Allah swt. Sesungguhnya, kuasamu ALLAH swt tidak ada yang bisa menepis dan kerna kaulah pencipta segala kejadian, aku hanya bermohon padaMU. Aku mahu rasai anak ini dilahirkan dengan cara normal bukan kemodenan.

Owh ya, ramai lagi yang bertanyakan tentang jantina anakku ini. Sewaktu bertemu doktor atas temujanji yang ditetapkan baru baru ini, anakku tidak segan silu menampakkan jantinanya seolah mahu ditontonkan pada dunia. Sebaik sahaja mesin ultra bunyi itu menciumi kulit perutku, ia sudah kelihatan. Aku sedikit tertawa bersama suami yang tidak putus senyuman di bibir.

Alhamdulillah biarlah ia menjadi rahsia dahulu sehingga benar benar dapat kami lihat dan rasainya baru dikongsi bersama. Masih terlalu awal untuk mempercayai kata kata doktor kerana dia masih di sebalik perutku dan tuhan boleh mengubahnya bila bila masa sahaja.

Untukmu anakku, ibumu ini sedang berjuang atas nama ALLAH swt agar kau selamat dilahirkan dan merencana kehidupan di bumi yang penuh fana. Ibumu adakalanya tidak terdaya atas ujian yang sedang di uji ini. Badan ibu semakin lemah, fokus ibu tidak tentu arah dan masa masa terluang banyak ibu habiskan dengan tidur yang panjang hingga terabai banyak perkara.

Perlu kau tahu anakku, ayahmu sering menjadi tulang belakang ibu saat ini. Dialah ketua keluarga yang bijak dan sangat bertimbang rasa. Setiap langkah ibu, semuanya diperhatikan dan tidak mengizinkan ibu melakukan apa pun yang bisa memudaratkan kesihatan ibu dan dikau. Setiap pagi dan sebelum tidur, ayahmu sering berbicara denganmu walau kau tidak bisa memahami mahupun mendengarnya.

Anakku, langkah ibu masih jauh namun ibu turut bermohon agar kau dengar rintihan ibu ini. Jadilah anak yang sentiasa membanggakan keluarganya, taat pada agama dan dapat berbakti pada negara.

Kita berbicara lagi bila kau berusia 5 bulan :)

Salam sayang..

Thursday, May 20, 2010

BISIK HATI IBU

Benar menjadi ibu bukanlah sesuatu yang mudah, perjalanan mengecapi 9 bulan untuk melihat hadirnya dikau anak dibentangkan dengan pelbagai rasa hingga adakalanya ibumu ini tersungkur dari landasan kesabaran.

Ketika ini, sudah hampir 17 minggu kau bersamaku anak, selama itulah aku terasa akan diriku begitu kerdil dan lemah namun jiwaku besar. Harapanku tinggi menggunung hingga tak tertunggu menantikan minggu minggu akhir. Ibumu ini terlalu gementar melihat saat itu berlalu dalam perjalanan hidup. Ini mungkin yang pertama tapi insyaALLAH bukanlah yang terakhir.

Ibumu ini tidak tertunggu lagi untuk tatap kerdipan matamu, eratan gengaman jemarimu, manis dibibirmu dan segalanya yang milikmu dianugerahkan oleh NYA. Ibumu ini tertumpas dengan angin gelisah akan kehadiranmu, keyakinan ibu ini tidak ada perbandingannya. Kaulah penyeri dalam hidup kami sayang.

Jika ibu seorang penyair, akan ibu kalungkan lagu puitis indah buatmu. Namun ibu hanya penulis jalanan semata. Hati ibu besar untuk hadiahkan sekuntum lagu buatmu agar terus berseri di sebalik perut ini. Hanya pinjaman lagu ini dapat digambarkan betapa indahnya hati ibu kerna ditemanimu sayang setiap detik.

Jika bisa kau dengar, mengerti dan cuba memahami, ibu dan ayahmu sangat menantikan kehadiranmu. Pohonan doa ibu panjatkan buat Illahi agar kau menjadi anak yang solehah dan pastinya dapat berbakti atas nama AGAMA,BANGSA dan KEADILAN.


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah




Wednesday, May 19, 2010

ALHAMDULILLAH

Ketika kita dilambung pelbagai rasa indah dan girang adakalanya kita terlupa untuk ucapkan ALHAMDULILLAH. Kerana DIA kita berjaya, kerana DIA kita diberkati, kerana DIA jugalah usaha yang kita kerjakan membuahkan hasil.

Tatkala sibuk menyiapkan tugasan pejabat, lagu lagu di I-Tunes sering berputar dan ketika itu aku tidak mempedulikannya, biarlah sekadar menjadi halwa telinga. Namun aku terhenti seketika, airmata mula bertakung dan entah mengapa aku rasakan kadangkala ucapan ALHAMDULILLAH terlepas dari bibirku tika kejayaan dan kebahagiaan ku kecapi.

Segalanya terjadi bila aku terdengarkan lagu ALHAMDULILLAH yang dinyanyikan oleh Too Phat bersama YASSIN dalam versi bahasa Inggeris. Setiap bait lagu itu menyedarkan aku bahawa kita bukan siapa pun tanpa redhaNYA. Kita ini hanya pinjaman di bumi yang sementara, entah esok atau lusa kita bisa dikapankan dan pulang menemui DIA yang ESA.

Teman, bersamalah kita tarik nafas panjang seketika dan ucapkanlah ALHAMDULILLAH kerana kita masih terus bernafas dan punyai ruang untuk bertaubat jika ada dosa yang masih terhutang. Selagi jantung terus bekerja, selagi itu tidak tertutup pintu taubat buat kita.

Mari aku kongsikan bait liriknya dan klip video agar kalian bisa terus sama ucapkan ALHAMDULILLAH atas setiap perkara gembira yang terjadi buat kita. InsyaALLAH kita akan sentiasa dalam lindunganNYA jika ingatan dan bait bibir tidak lekang dari menyebut syukur atas nikmatNYA.

(feat. Yasin)

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 1
I feel the heat
From these 4 candles burning
As I'm staring out the window
In solitude I look at life
From different angles
Thoughts strangled
My mind is suffocatin'
In this truth quest
A greed law
That we abide by is ruthless
Enough will never satisfy
Until we toothless
Filthy millionaires
Are gamblin' until they muflis
A sad fact of life
But mankind approved this
I gotta call Him
Sajadah is where the booth is
I'll make it clear that
I ain't even tryin' to preach here
By sharing thoughts I hope
To find a little peace here
I thank Allah for blessing me
To be creative
So here's a diss for me
For bein' unappreciative
Wanted a perfect life
Yeah smile then die old
Fame, money, women
Phat cribos and white gold
Drive my own Beemer
Before I hit two six
A straight pink bitin' toothpicks
Who walk around town wit' two chicks
And doin' new hits to woo tricks....
Now that's wrong
Pleasure from partyin'
And bull ish don't last long
A lotta yuppies sneakin'
Cars out when dad's gone
Crackin' bottles in clubs
Frontin' designer fashion
But I ain't about
To trade happiness for a Jag
So stop smilin' with your ragtop down
Cause for a fact
I don't care about your money
Or how slick your car
'Cause no matter how rich and big you are
It's still Allahuakbar...


Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 2
I know that all this
Ain't the right thing
Partying, chasing moneys
And material things
Flying high
Think nobody gonna
Clip my wings
I'm lying to myself
Knowing that
I've been neglecting
Responsibilities
As a healthy Muslim
Riches and loot
Ain't nothing
We frontin'
Diamonds and scrilla
But forget to say
Alhamdulillah
Made my album a killer
Plan B
Now 2-3 droppin'
And I wish to
Ask for forgiveness
Your guidance
Protection and strength
For humbleness and faith
To make me a better man
Success in foreign lands
Never dreamt of that
I remember being 18
When we started Too Phat
Now let's go back
Three years before that
Sometimes I forget
Me and my parents
Took a trip with granddad
I remember '95
While performing Umrah
Made my wish in Mecca
Right in front the Kaabah
Dear God
You made it possible
When facing obstacles
Please let me do good
Before I pass on
In the hospital
And keep reciting
The Testimony of Faith
And find the right way
Out of this life's maze


Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 3
Ay yo…
Two candles go out
That's when
I feel the wind blow
I haven't met Fatim
For two years
Been livin' like I'm single
Evaluatin' all the friendships
Relationship
The reason it's the tenth year
Is 'cause she's a patient chick
And as far as friends are concerned
Many I've had it all
From those who cried for my pain
To those who plotted my fall
I learned to differentiate
Fakes from the great
Mates from the snakes
Apes wanna beef
Hate's all it takes
For me to blow
A diss song for you
Not even worthy
As an album filler
So now it's smiles
And Alhamdulillah
Yeah, love me
Or hate me
This who I am
Look at the past at times
I wish that I was born again
So I can rectify mistakes
And my wrong doings
Attempts on minimizing my sins
Before my story ends
I ain't no Eddie Murphy
Tryin' to sound as a holy man
But if I tried to be a better person
Now I prolly can
(Wait...)
Who am I to advise you
I ain't been the best
Of God's slaves
Just a poet writin'
What my thought says
A little house
A little car
A little sweet girl
Thank you Lord
I'll try to slow it down
On the cheap thrills
This song will prolly stir
A little controversy
At least I ain't be rappin'
Bout the stuff
As tho' I'm born in Jersey
Stage name is Malique
And lost name is Cairel
Mama told me
Stop complaining too much,
So I will...

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Saturday, May 15, 2010

Cinta usahlah atas landasan NAFSU semata

Setiap kali aku bicara tentang hati, ia membuatkan garis-garis di jiwa kembali bertaut antara dengan yang lain. Aku mencari apakah ertinya sebuah kasih dan cinta yang insani agungkan. Entah apa yang insani sering leka bila dihayunkan buaian cinta, sedang landasan itu tidak kukuh dan agung atas nama cinta yang abadi.

Kita terkesan melihat kisah ADAMAYA yang ditayangkan dalam siaran tv tentang apakah pengorbanan dan pengertiaan cinta yang seharusnya dirungkai. Kita tidak pernah terlupa untuk melihat bibit bibit kasih yang dilangsungkan dari hati yang tulus dan ikhlas namun kita sering kecundang dengan perasaan yang mengikut nafsu semata. Manusia tewas dengan cinta dan manusia juga tidak pernah teguh kerana angin nafsu lebih kencang dari cinta.

Apabila cinta tidak dimiliki, naluri marah menghimpit menghantui. Apabila cinta tidak lagi berkembang mekar dan layu, tegarnya kita mencemuh dan bermusuh. Sedang yang merangka adalah tuhan YANG ESA lantas mengapa masih tidak lagi manusia mahu menerima keredhaan itu.

ADAMAYA hanyalah epik dalam lakon layar, sedang realiti cinta kecundang dan curang ada di setiap ruang ruang sekeliling kita. ADAMAYA hanya buaian untuk kita terhayun ke atas dan ke bawah melihat kerunsingan epilog cinta. Babak demi babak penuh dengan pengajaran dan pembelajaran.

Cinta sering dibawa hingga mati namun yang menghidupkan api cinta bukanlah ajaib semata, ia hadir bersama restu dan doa dari ILLAHI. Kekuatan cinta bukan sekadar material dan ungkapan sayang semata. Kita kabur dan gelap akan bait kata bila dilayangkan atas permaidani aroma cinta.

Aku melihat, ada lagi mereka yang tidak mahu akur akan ketentuan Yang ESA. Segala kekecundangan hanyalah mencari salah antara sendiri. Tiada tafakur tiada insafi dalam diri. Hati kecil teruskan kekecundangannya dalam melayari nafsu amarah. Berlandas api yang membara sepanas neraka, kita hancurkan segala kemurniaan diri, kuburkan segala keredhaan yang abadi.

Cinta itu hadir apabila kita mencarinya dalam restu dan ungkapan indah dari ILLAHI. Hanya yang terpilih itulah akan menjadi jodohnya bukan kita yang memilih dan menentukannya. Siapa sangka cinta yang landasannya pengorbanan bagi kita hanya menempah dua alur sungai berbeza. Sebaliknya cinta yang Allah swt campakkan tanpa kita sedari itulah ibarat sungai dalam taman syurga.

Keindahan di taman syurga yang kita impikan bukan indah selamanya jika tidak ada langkah aturannya. Al kisah Nabi Adam a.s juga tercampak dari taman syurga atas keengkarannya, apatah lagi kita yang entah siapa siapa ini.

Pabila cinta telah direstui, dengan kalimah ALLAH swt disatukan, usahlah ada bibit kecurangan dan kebenciaan yang lahir dari nurani. Andai kasih yang cuba kita bina satu ketika dahulu kecundang, biar terus ia jadi sejarah agar lipatan itu kemas tidak lagi dikupas dan diulang. Usah berani kita membawa cinta yang lama ke alam cinta yang sah direstui Illahi. Sedikit kemurkaan ALLAH swt itu pada hambanya, berjuta tahun lamanya kita mencari keredhaanNYA kembali.

Teman, bawalah cinta bukan dari nafsu hati. Semailah cinta agar menjadi jambatan murni untuk mengembangkan lagi umat ISLAM di muka bumi. Hentikanlah segala rasa amarah dan kecewa atas kekecundangan cinta yang lalu, kerna sudah jelas bersuluh pula bahawa ia tidak di atas restu yang ESA.

Cinta kita biar kekal sepenuhnya namun tidak dapat menandingi cinta agung dari yang ESA. Semoga segala yang berlaku di hadapan mata kita atau pada diri kita akan menjadi peringatan dan pelajaran baik untuk di bawa bersama namun singkirkanlah segala amarah dan kekecewaan yang hanya membawa kepada girangnya hati SYAITAN.

InsyaALLAH...baik itu datang dariNYA sedang buruk dan lemah itu pastilah kita yang diciptakanNYA.


Thursday, May 13, 2010

~SYBIL KATHIGASU tokoh hebat~


Nini sangat terkesan dengan kisah Sybil Karthigasu yang sedang di paparkan di Astro Warna dan Astro Prima (dokumentari) tentang kesetiaan dan kegigihannya membantu sesiapa sahaja ketika abad Jepun cuba menakluki Malaya.

Sybil, seorang wanita berbangsa Eurasian yang berkhidmat sebagai bidan@jururawat terbaik di Ipoh, Perak bersama suaminya Dr Karthigasu menjadi bualan masyarakat di eranya atas keberaniaan dan kecekalan beliau membela nasib bangsa-bangsa Tanah Melayu dengan memberikan bantuan perubatan biarpun kepada kumpulan Anti-Gerila.

Sybil, merupakan penerima tunggal pingat 'George Medal' di atas keberaniannya menyumbang tenaga perkhidmatan perubatan kepada sesiapa sahaja walaupun kumpulan anti-Gerila. Biarpun pengorbanan beliau bukanlah dengan mengangkat senjata namun mereka sedar ia mampu mengancam nyawanya dan suaminya jika perkhidmatan ini dihidu oleh pihak Jepun. Hukuman mati sentiasa mengancam mereka.

Sybil Daly ini dilahirkan pada tahun 1899 dan berkahwin dengan Dr Abdon Clement Khatigasu serta dikurniakan 2 cahaya mata (Olga Karthigasu & Dawn Karthigasu) beserta seorang anak angkat (William Pillay).

Kebolehan Sybil menguasai bahasa Kantonis membantu komunikasi baik antara beliau dengan pesakit yang tergolong daripada semua bangsa di Tanah Melayu terutama Cina, ketika beliau berkhidmat di Papan, Ipoh. Namun atas kebolehannya itu jugalah telah merubah hidupnya menjadi malang setelah kemasukan Jepun ke tanah Melayu.

Kegiatan murninya itu mula di hidu oleh pasukan tentera Jepun namun mereka tidak dapat mencari siapakah yang memberikan bantuan itu kerana dari sumber yang diperolehi, doktor tersebut fasih berbahasa Cina sedangkan Sybil dan suami tidak kelihatan seperti warga Cina apatah lagi bertutur bahasa Cina. Ini tidak mematahkan semangat pihak Jepun untuk terus menjalarkan siasatan mereka. Segala kemungkinan terus diburu hingga akhirnya mereka menahan Sybil dan suaminya, Dr Karthigasu.

Ketika di dalam tahanan, penyiksaan demi penyiksaan digunakan oleh gerila Jepun hanya untuk mendapatkan tandatangan Sybil dan Dr Karthigasu atas kerjasama mereka dengan pihak anti-Jepun ini. Namun Sybil dan Dr Karthigasu tidak mengaku apatah lagi ingin menurunkan tandatangan kerana mereka sedia maklum hukumannya adalah hukuman paling berat iaitu hukuman pancung.

Sepanjang proses penyiksaan, Sybil dan Dr Karthigasu tidak diberikan makan dan minum, dipukul dengan besi panas, kuku mereka dicabut, jarum ditusuk di bawah kuku dan banyak lagi aksi ngeri yang ditujah pada pasangan ini hinggakan jika dilihat dari mata kasar, tidak ada yang sanggup untuk menanggung derita itu hanya semata mata untuk menutup mulut dan berpegang teguh pada janji.

Akhirnya, mereka mengaku juga namun tidak dengan mengatakan 'memberi bantuan kepada pihak gerila Anti-Jepun' sebaliknya 'tidak tahu mereka itu anggota gerila anti-Jepun dan memberikan bantuan kepada sesiapa tidak mengira bangsa'. Atas kenyataan itu, Dr Karthigasu dihadapkan dengan hukuman gantung dan Sybil pula dilepaskan.

Menonton aksi keganasan dan penyiksaan yang dilakonkan semula oleh cucu saudara kepada Sybil sendiri iaitu Elaine Daly di saluran 131 Astro Warna, membuatkan segala bulu bulu roma tegang hingga tak tersanggup menontonnya. Ini baru lakonan semula, bayangkan keadaan asalnya bagaimana?

Namun Sybil yang telah dibebaskan itu meninggal dunia beberapa tahun selepas kejadian tersebut atas penyakit jangkitan rahang. Hari ini kita terlupa untuk kenangkan semangat perjuangan seseorang yang tidak membezakan bangsa walau tahu ia bakal meragut nyawa sendiri.

Ketika ini, masih Nini terbayangkan bagaiman babak babak ngeri yang ditayangkan. Kalian yang tidak melanggan saluran Warna, boleh menyaksikan dokumentari di Astro Prima 105. Atau pada sesiapa yang benar ingin mengetahu kesengsaraan itu, bolehlah mendapatkan buku yang ditulis beliau sendiri untuk tatapan kita bersama.





13 MEI?? Hanya hantu kongkong sahaja~~

Salam sahabat...

Hari ini 13 Mei, hari yang sangat digeruni puluhan tahun yang lalu. Masih ingat lagi tentang Rusuhan PERKAUMAN yang berlaku di tahun 1963? Siapa sahaja yang keluar, pasti akan menjadi mangsa korban.

Hari ini dengan semangat perjuangan yang ada dalam diri kerdil ini, Nini terpanggil untuk mengupas luar dalam perbalahan ini. Banyak versi yang Nini dengar dari pelbagai pihak, pelbagai bangsa dan umur. Berlatar belakangkan keluarga yang terlibat secara langsung dengan alam politik, Nini sendiri tidak yakin dengan setiap baik kata yang terlempar seperti yang kita dengari hari ini.

Apa itu 13 Mei? Pergaduhan antara Melayu dan Cina. Perbalahan senjata antara kaum sepet dan tuan tanah. Pertumpahan darah yang tidak mengenal apa dan siapa. Kedai semua tutup sampai tidak ada yang berani keluar walau setapak dari kawasan rumah, khuatir akan keselamatan diri. Perintah Darurat dikeluarkan agar terus mematikan diri di dalam rumah.

Itu yang Nini dengar dan pelajari tentang 13 Mei. Bagaimana ia terjadi? Kononnya orang cina merendah rendahkan martabat orang Melayu, mula nak tunjuk belanglah kononnya. Orang Melayu yang pantang do cabar tidak boleh terusik dengan semangat 'bangsa' nya itu terus mengumpulkan bala tenteranya menentang setiap 'sepet-sepet' yang ada di tanah MELAYU.

Gerun dan menggigil seluruh tubuh bila kita dengari dan baca setiap insiden yang berlaku di tanah MELAYU ketika itu. Ada isteri yang terkorban, suami yang tertikam, anak yang tidak berdosa mati di atas peperangan emosi dua bangsa ini.

Sahabat,
Sejauh mana kita di bawakan cerita cerita panas oleh MEDIA yang adakalanya menjadi mainan propaganda hebat kepada kerajaan? Pernah tak kalian terdengar satu kisah di mana Tunku Abdul Rahman di bawa oleh Tun Dr Mahathir (mahazalim) melawat tapak pembinaan GENTING HIGHLANDS? bersama sama dengan Lim Goh Tong untuk mencetuskan peperangan kaum ini? Tatkala itu ala telekomunikasi bimbit tidak wujud lagi di tanah MELAYU. Kepemergiaan Tunku yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia melawat tapak perjudiaan besar yang bakal ditempatkan di tanah tinggi milik kerajaan Negeri Pahang membuatkan Tunku terpisah dari dunia rakyatnya.

Menurut sumber yang Nini perolehi, cetusan perang ini telah dirancang untuk menggugat kedudukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Tun Dr M mahu rakyat lihat bahawa Tunku bukanlah seorang yang peka pada masalah rakyat sebaliknya sedang berbaik baik dengan Cina Goh Tong untuk membina tapak perjudian terbesar di bumi Tanah MELAYU.

Rencana ini terus diperkuatkan apabila Tunku turun semula ke tanah rata, beliau melihat kesunyiaan dan kematiaan yang dilaporkan media sangat mengujakan. Terkedu hingga beliau jatuh sakit. Sumber yang Nini terima lagi, perancangan untuk melihatkan bahawa kepimpinan Tunku harus diragui oleh rakyat sudah mula meresap masuk ke dalam segelintir hati rakyat.
Ini menyebabkan Tunku sedikit terkilan dan mengundurkan dirinya.

Segala kisah ini walaupun Nini tidak yakin akan kesahihannya, namun Nini memandang dari versi keperibadiaan. Terlalu banyak versi yang didengari umum berkait isu 13 Mei namun satu pun Nini tidak pasti. Walau begitu, Nini rasakan versi yang diceritakan ini adalah versi yang sangat berbeza dari biasa maka itu Nini kongsikan bersama.

Mungkin ada yang tertanya, apa pandangan Nini sendiri mengenai isu ini? Jujurnya Nini melihat bahawa, setiap kaum bukan terkecuali MELAYU, kita ini ada sikap protektif dan proaktif. Kita sering dibawa perasaan marah, benci dan terkecam.

Jangan katakan Melayu dan Cina bergaduh dan merusuh, kita sebangsa dan seagama ini belum tentu boleh berbaik baik. Lihat sahajalah di Tanah Melayu aka MALAYSIA sekarang ini. Tikaman yang kita terima bukan dari bangsa asing, sebaliknya bangsa kita sendiri. Melayu bunuh Melayu, Melayu tumbangkan Melayu, Melayu rebut kuasa untuk kembungkan poket anak bini sendiri dan meracuni Melayu lain. Melayu fitnah Melayu walhal dia tahu akan hukum hakam agamanya yang fitnah umpama membunuh nyawa saudaranya itu.

Kita tidak harus lupa pada pertumpahan darah yang terjadi tanggal 13 Mei namun kita juga harus terus ingat bahawa tidak ada siapapun yang mahukan pergaduhan berlaku. Jika Datuk Onn Jaafar cuba untuk menyatu padukan bangsa satu ketika dulu, kenapa Tunku Abdul Rahman hanya mahu ianya dijadikan sebagai "Alliance Party"?

Hari ini kita sendiri yang sibuk diasak untuk jadikan negara ini 1Malaysia kononnya. Mana semangat Melayu terbunuh tanggal 13 Mei? Mana segala ulang tayang kesakitan tika itu? Mana dia propaganda Cina ini pembawa padah di tanah kita?

Kita ini tuhan sudah katakan bersaudara semuanya, biarpun agama telah menjurangkan kita namun tidak pada hati dan perasaan. Usah kecam bangsa lain jika bangsa kita sendiri masih menagih dan melukut di tepian gantang.

Jangan kecam Nini dengan katakan tidak punya semangat BANGSA! Nini penuh dengan perjuangan AGAMA, walhal bangsa itu sekadar tiang tiang kecil dalam perjalanan hidup sahaja. Mati Nini di atas nama ISLAM bukan MELAYU yang betuankan Raja dan Perdana Menteri.

Renungkanlah, apa kita masih mahu di momokkan oleh mereka yang punyai acara sendiri dalam mengejar segala impiannya???

Nini hadiahkan dua video yang boleh kita jadikan petunjuk siapa sebenarnya yang menjadi dalang rusuhan dan sahabat sekalian renungkanlah sendiri. Yang buruk itu pastinya datang dari insan lemah seperti Nini dan yang terbaik itu dari Allah swt yang Esa.




Monday, May 03, 2010

Tetamu alam sementara cuma~~

Di sini kita renung
Akar menular menyempit di lorong
Menyanyi unggas membina bangsal
Terkedu lipan gegas menjalar
Tanah masih lembap
Retak rekahnya kelihatan jelas
Dasarnya gebu lopak lumpur

Atas tanah ini bersarang sudah
Lahir membesar berpijak di lantainya
Kadang berbatu berjeriji menusuk
Kadang lembik lembut terperosok
Dari azalinya tak kita hirau
Usia meningkat sudah memilih kotor dan indah
Tapi di sini kita bakal kembali
Bertemankan cacing, unggas, lipan menari
Dinyanyi merdu cengkerik, kodok tiada henti

Bukan lama kita di sini
Hitung tak sampai hilang akalnya
Kutiplah segala yang bisa tergapai
Tangan dan kaki tatkala kaku hancur punah
Keras segala yang milik abadi
Di dunia tinggalnya juga tidak kembali di sini
Tanah ini hanya menelan jasad tidak bernadi
Persiapkan diri bersihkan sanubari
Di sana hitungannya bukan yang tercapai dek tangan
Sebaliknya hitungan itu yang tercapai dek iman

Tinggalkan aku dengan alam ini
Menikmati segala kenikmatan hakiki
Pulangnya nanti kita sendiri
Di telan alam serangga serangga yang menemani

Allahu Akhbar!!

Friday, April 30, 2010

Cerita Ulang Tahun Perkahwinan

Salam teman,

Kali ini, Nini nak kongsi pengalaman bercuti ke Langkawi yang merangkap keraian ulangtahun pertama pelayaran rumah tangga kami. Sesungguhnya, membina benteng rumah tangga, menyeberangi lautan luas penuh gelora memerlukan banyak pengorbanan dan pengertiaan yang tiada terhingga.

Setahun yang pertamalah menguji siapa kita dan siapa dia. Jika selama ini hanya manis bercinta dan baiknya sahaja tergambar, kini kekurangannya turut kita lihat dan rasai bersama. Namun, sebuah ikatan yang telah direstu Illahi, di tetapkan oleh qada' qadar, mana mungkin ada silapnya. Seringnya tersilap adalah kita yang mencatur perjalanan yang diredhai Allah swt itu.

Alhamdulillah, kupanjatkan segala syukur pada ALLAH maha besar kerana menganugerahkan seorang lelaki yang lengkap sahsiah dirinya padaku. Sudah beberapa ragam manusia aku kenali dan menjadi teman mesra sebelum ini tapi tidak seindah yang direstui ini. Seorang lelaki yang terlalu banyak membimbingku tentang apa itu erti hidup. Benarlah kata ayahnda, jika buah yang masak itu datangnya dari pohon yang segar dan ranum makan manislah ia.

Hidup ini tidak ada apa yang lebih indah dari mendapat petujuk ke jalan ALLAH swt. Rumah tangga yang dibina biarpun atas dasar cinta dan sayang namun tidak disemai dengan bunga bunga keislaman pastinya akan layu kuntuman bunga yang mekar dan wangi. Lebih banyak kita melakukan aktiviti ketuhanan bersama, jiwa dan rumah tangga pasti akan tenang dan damai.

Kajian menyifatkan bahawa 3 tahun pertama usia perkahwinan adalah gerbang yang sangat hampir ke arah perceraian jika ianya tidak dibendung dan diambil iktibar. Maka untuk tidak menempah ke arah kecundangan, sedarlah dari hari ini bahawa tidak ada apa yang mampu untuk menyelamatkan kasih yang terbentuk, sayang yang terbina jika bukan dengan pohonan doa yang tiada putusnya ke hadrat Illahi. Hanya itu sahaja kunci untuk mencara damai dan bahagia dalam rumah tangga.

Eh, cerita dah jauh pula menyimpangnya. Jom saksikan sedikit sebanyak rakaman gambar yang sempat kami rakam ketika meraikan usia pertama perkahwinan kami di bumi Langkawi.













Semoga Allah swt memanjangkan usia perkahwinan kami dan memberikan kami rezeki yang belipat kali ganda serta merahmati segala urusan yang kami lakukan. Aku turut berharap agar Allah swt kurniakan kami insan insan soleh & solehah yang dapat memperjuangkan AGAMAnya kelak.

"Sayang, permata itu ada dalam dirimu dan kerna ia terlalu indah, sinaran itu turut menyelubungi diriku. Pohon ampun dan maaf biar sebutir kata yang mengguris jiwamu. Cinta ini tidak pernah puas untukmu"

Tuesday, April 27, 2010

~~aku karang puisi ini untukmu~~

Ramai sibuk tanya
Nak lelaki ke perempuan?
Kalau perempuan ikut wajah siapa
Lelaki pula mesti macam daddy kan?

Aku jawab aku tak kisah
Aku tak mahu meminta terlalu lebih
Aku bersyukur tuhan anugerahkan amanah ini
Hingga airmata mengiringi bersama
Dengan hidayah yang dibekalkan

Aku hanya bermohon agar ia lahir dengan sesempurna sifat
Aku bermohon agar kesihatannya baik
Agar dia menjadi anak yang soleh/solehah
Agar dia menjadi pejuang agama
Agar dia diselubungi dengan ilmu akhirat
Hanya itu pintaku

Ayah dan ibu sudah tidak sabar lagi
Menantikan kehadiranmu sayang
Ayah dan ibu tak tahan menanggung rindu
Mahu membelai dan mencium ubun ubunmu
Mahu azankan ditelingamu
Mahu ajarkan kamu tentang kesempitan dunia dan keluasan akhirat

Ayah dan ibu sudah ada nama buatmu
Indah dan penuh cinta
Pengertiaan menjangkau segala yang terbaik
Agar kamu sering didoakan setiap kali mereka-mereka memanggilmu
Ibu dan ayah tak putus panjangkan doa
Sejak hari pertama kami mengetahu kehadiranmu

Padamu Allah ku panjat segala pinta
Doa nan kudus hingga tak tercapai
Waris ini penyambung kasih
Biar nyawaku ditukar ganti
Aku hanya mahu dia mengenali dunia
Membawa seribu satu harapan melangit
Membela nasib agama dan bangsa
Lahirnya mengutus rentetan bahagia
Lahirnya mengerat cinta dan sayang
Lahirnya terus membawa ke syurga
InsyaALLAH...