Banyak jalan yang aku jumpa
Semua kosong dan gelap
Tiada sinar tiada bahagia
Banyak jalan itu yang aku jumpa
Nyata sepi dan bungkam
Takut momok menghantui
Tiada ceria tiada riak tawa
Dalam perjalanan gelap dan usang
Aku temui titik kecil
Sangat jauh dan tak termampu kaki menapak
Sepertinya fatamorgana
Dikejar tiada dilihat berbayang pula
Aku ekori lagi
Walau buntu menghimpit
Syaitan berbisik
Aku teruskan menghampiri titik cahaya itu
Nyata sungguh aku lelah
Pujukan syaitan hampir riuh bersorak
Akhirnya aku berhenti seketika di lorong kusam
Satu lembaga menghampiri
Tanpa menoleh kepadaku
Aku turut langkah perjalanannya
Aku tak pasti dia sedari aku mengekori
Tapak demi tapak
Aku terlihat titik cahaya semakin besar
Kecil seperti bintang bertukar besar seperti bulan
Tapak demi tapak
Aku terus membontoti lembaga itu
Makin aku hampir
Akhirnya aku tiba pada di sebuah taman yang indah dan tenang
Panas diselubungi redup
Titisan hujan seolah salji di kutub
Aku hanya terdengar suara laungan
ALLAHU ALLAH HAQ
ALLAHU ALLAH HAQ
Dan terus terusan puji-pujian pada Rasul ku Muhammad s.a.w
Terus juga aku dengar suara laungan pada Allah s.w.t
Di manakah aku
Tiba-tiba datang lembaga membimbing jalan sinar
Selama ini kelam dan kusam
Akhirnya aku jumpa makanan jiwa
Sungguh aku kenyang
Walau perut tak berisi
Hati terus menyanyi girang
Bibir tak berhenti mengukir senyum
Dan aku antaranya dari mereka
Di sinilah bahagia dunia dan akhirat
Aku pasti Allah s.w.t menghantarkan aku khalifah
Aku pasti Rasul Ulungku turut merahmatiku
Aku pandang lorong gelap di belakangku
Kelihatan semakin pekat dan hitam
Berkeliaran manusia mundar mandir
Aku mahu membawa mereka namun aku gagal
Apakah ini penghijrahan yang Allah swt kirimkan dalam hidayahNYA buatku?
Aku hanya mampu menjadikan lembaga tadi sebagai guru
Moga-moga di akhirat kelak kita bersua lagi...
*AKU IMBAU KENANGAN DI MANA TITIK PERMULAAN NAHSQBANDI MENJADI JALAN UNTUKKU MANCARI KEBAHAGIAAN*