Tuesday, September 30, 2008

~~Corat coret petang terakhir Ramadhan~~

Petang akhir Ramadhan, aku menonton aksi adik adikku didapur menyiapkan beberapa jenis kuih raya. Cekap, cepat dan menarik. Aku???? Sambil menyiapkan Farysh, bergurau senda dengannya, melayan kerenahnya, aku hanya mampu menjadi penonton macam depan kaca tv melihat adik adik menguli dan meneliti acuan mereka. Mama pula sibuk memasak untuk juadah berbuka.

Aktiviti ini hanya setahun sekali sahaja dapat ditonton, maka sambil menonton aku mula mengganggu minda mereka sebab takde siapa nak layan aku pula. Mr Kekasih dah balik ke Kelantan malam minggu lalu. Bosan bila tiada siapa nak mendengar aku berbicara. Kalau Mr Kekasih ada, pastinya dia jadi bahan usikkan aku. Kesian tau Mr Kekasih, apa pun aku usik, dia senyum aje. Uwaaaaaaa.....bila sorang sorang macam ni baru la teringat saat saat bergurau senda sampai berair-air mata ni. Mr Kekasih, Mrs Gemuk ni rindukan kamu tau!

Lantas ku tarik laptop dan mula mencorat coret sekadar yang termampu. Mari aku kongsi sama apa yang aku tonton :)

Farysh jadi tukang pemerhati. Mama sibuk menguli, acu dengan khusyuk membentuk acuan.

Ini baru betul betul khusyuk, acu memastikan bentuk kuihnya agar sempurna.


Mama Farysh cuba control, mummy tengah ambil gambar. hehehehe

Dengan tekunnya Acu Ayu membentuk kuihnya sampai tak mahu pandang kamera Mummy! Yuhuuuuuuu kuih Acu Ayu sedap :)


Mama Farysh memang sangat berbakat dalam membuat kuih raya tapi tang makan kuih langsung tak nak....hampeh! Suka tengok dia uli tepung. Macam geram je! hik hik hik


Wan Farysh ni pula sibuk memasak juadah untuk berbuka.... Nampaknya semua sibuk menyiapkan juadah! Mummy dan Farysh nak gi jalan jalan la macam ni! Jommm...

Inilah bentuk kuih rama rama, terbang bebas, ke udara dengan penuh riang Cik Ayu! ehehhehehe... Nak try meh la datang rumah! Acu Ayu pun masih solo lagi, ada sesiapa nak booking???

Mama Farysh sibuk sampai tak nampak Farysh. Apa lagi Farysh, jom la kita jalan jalan cari pasal. hehehehe! Cuba tengok muka Farysh tu, tension je kena ikat dalam kerusi....Jom Faryshhhh!


Yahooooooo!!!!! Farysh dapat keluar dari kesibukkan orang buat kuih raya. Apasal muka Farysh macam tu? Senyum sikit la

Last last Farysh lepak ngan mummy je hari ni. Mummy kidnapped Farysh bawa ke Giant. Then Farysh ada tackle pompuan seksi....Eeeeeeeee Shin Chan. Suka betul si Farysh!!!!

~~Corat coret pulang ke Sitiawan - 290908~~

Dua hari sebelum menyambut Syawal, kami sekeluarga pulang ke Perak menziarahi nenek yang agak tenat kondisinya. Kasihan beliau, tak dapat melihat lagi dan terlantar sahaja di katil usang. Sayu hati bila melihat, walaupun aku tak pasti esok nasib kita macam mana. Harapnya, Allah swt akan sentiasa melindungi insan istimewa ini. Tanpa beliau, papa tak mungkin bisa melihat dunia, mengenal ABC dan menjadi insan berjaya hari ini. Aku hanya mampu doakan agar nenek cepat sembuh dan kembali ceria menyambut Syawal bersama.

Nini mahu bercerita bersama gambar-gambar kali ini, panjang pula 'posting' kali ini kalau tidak biarkan gambar berbicara. Mari...


Perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam ke Sitiawan membuatkan anak kecil ini tak mahu duduk diam. Segala benda mahu dicapai.



Kiss mummy...kiss mummy... and I only got this! Mummy yang kiss Farysh ni.



Perjalanan 4 jam, Farysh tidur 3 jam :) Memang empuk betul kereta Aki ni, luas pun luas. Ermmm sampai boleh golek golek.



Dah puas tidur, bangun kembali dan kembali melasak. Farysh ni....geram tau! Gigit baru tahu.

Ini pula pakcik driver a.k.a Aki Farysh a.k.a Papa Mummy a.k.a Raja dalam rumah. Hehehehe

...........................................................................................................................................................

Selepas menikmati juadah berbuka, agenda bersembang dan meng'update' isu semasa pula menjadi topik perbualan. Aku lebih senang dengan kehadiran anak anak kecil comel ini. Mereka sungguh bijak beraksi di hadapan lensa kamera. Bukan sekadar itu, mereka juga bijak sungguh berpetah.




Alamak, 'pacifier' kat bibir tu tak nampak senyumnya yang comel. Ermmmmm...


Abangnya yang sangat tenang, kalau bercakap dengannya terasa seolah berbisik. Sejuk perut ibu mengandung :)



Keduanya cuba 'fit in' dalam lensa kamera fon aku.



See i told you, they're sweet! Senyuman yang memikat, renungan yang menjerat.



I love her smile. Comelllll dan menawan. Ada tokoh menjadi model besar nanti.



Yang berbaju hijau tu siapa ye? Konon konon nak tunjuk comel la ye? Itulah papa-nya Farysh bersama si comel berusia 9 tahun.



Dua anak dara yang suka berposing! Aku rasa kecil kecil dulu, aku pun mesti suka ambil gambar kan? Cuma dulu mungkin simpan dalam album, sekarang dah boleh tengok terus. :)

Monday, September 29, 2008

~~Corat Coret Shopping Bersama Keluarga~~

Raya hampir tiba, terasa sayu meninggalkan Ramadhan mulia. Banyak perkara yang terjadi sepanjang Ramadhan ini. Ingin ku kongsi setiap bait sejarah itu bersama tapi apakan daya, waktu sering mengusung bingkis rindu lantas menghentikan aku dari setiap tarian di atas papan kekunci ini.

Mari aku bawa kalian menjengah aktiviti sepanjang musim Ramadhan terutamanya bersama si anak kecil yang menjadi pengarang jantung hati sekeluarga. Kemeriahan tahun ini sangat dirasai apatah lagi bila bersama Mr Kekasih yang sering menjadi guruku dalam segala hal. Keluarga pula sibuk menyiapkan bermacam jenis persiapan, membeli belah ala kadar juga disertakan juga.



Farysh dahaga ye? Mana tak nya, baju raya Farysh tahun ni mencecah RM1000 tau! Seorang je tu, kalau macam ni Mummy dia pun nak tempah Aki belikan baju raya untuk anak anak Mummy lah. Boleh kan Aki?



Inilah hasilnya setelah dayang dayang serta Tuanku memilih untuk si kecil! Penat juga memilih, mana tidaknya...semuanya choosy dalam bab memilih!


Kononnya manja la tu! Habis hati ko ye! Hehehehehehe..... Cayang cucu aki tu, budget raya dia lebih dari budget yang lain...ngeeeee


Ni la Chip Dayang hari tersebut.... hehehehe


Hasil dari ber'shopping' hari tersebut. Lenguh sungguh kaki, dengan melihat kelibat manusia macam semut di KLCC, memang membuatkan darah yang tenang naik melonjak lonjak. Tension juga.


Cantik sungguh replika mirhab di One Utama ni, memang terpegun kalau sesiapa yang melihatnya. Last minute shopping di One Utama, membuatkan aku snapped gambar ni!

Thursday, September 25, 2008

~~UTUSAN SYAWAL PENGGANTI DIRI~~


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Di atas kesibukkan tugas di pejabat dan juga aktiviti bersama Kelab Anwar Ibrahim, Nini tak sempat untuk menghantar kad pengganti diri mengutus maaf dan ucapan menyambut Syawal. Kesempatan ini, Nini menyusun jari jemari memohon maaf seandainya ada mencalari atau terlanjur perbuatan terhadap kalian. Nini doakan agar ketibaan Syawal tahun ini memberikan sinar baru dalam hidup kalian. Semoga ukhwah yang terjalin bisa berkekalan hingga ke hujung waktu.

Wednesday, September 24, 2008

~~Corat Coret Malam 24 Ramadhan~~

Salam buat semua,

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari buat kita dan tabir raya mula menampakkan sinarnya. Kesibukkan kota dengan riuh rendah lagu raya serta warna warni sekitar ibu kota dengan limpahan peniaga yang mengambil ruang untuk mempamerkan barangan jualannya kian laku lewat waktu ini. Ayah bonda pula sibuk membeli belah untuk persiapan menjelang ketibaan Syawal, anak anak tidak kurangnya menghitung baju raya untuk diperagakan kelak.

Indah suasana berhari raya di Malaysia, tidak seperti dingin senario di perantauan bumi asing. Pengalaman melihat bumi Inggeris menyambut Syawal menjadikan diri ini rasa amat bertuah berada di bumi nusantara. Pastinya, sang perantau tidak putus mengutus khabar rindu akan suasana meriah menjelangnya Syawal. Tatkala itu, pastinya kita menghargai pepatah "hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri, biarpun cantik di negara orang lebih baik di negeri sendiri".

Buatku, tiada yang lebih indah selain dapat meraikan Ramadhan dan Syawal di bumi bertuah nusantara ini. Tahun ini sangat berbeza dari tahun yang pernah kulalui. Syawal yang bakal tiba ini, aku akan melangkah setapak lagi ke alam baru yang menukar status diri kepada bujang kepada tunangan orang. Ia memberikan nafas yang sangat berbeza sejak menghuni alam ini selama puluhan tahunnya. Kupanjatkan syukur buat Illahi kerna mengabulkan permintaan kecilku untuk memeluk erti bahagia.

Alhamdulillah, keriangan mula berputik lebat di dasar hati. Aku mahu terus disimbah rasa nyaman kebahagiaan, usah ditempik lagi arus ketakutan yang pernah menjadi mimpi ngeri selama ini. Kehadiran Mr Kekasih sungguh memberikan senyuman dan azam baru untuk ku rangkul segala kehidupan hari esok. Jika jodoh sesungguhnya buat kami, InsyaALLAH Syawal tahun yang akan datang statusku akan bertukar lagi, dari tunangannya kepada isteri sepanjang hayat buat Mr Kekasih.

Malam malam akhir Ramadhan sesungguhnya menguit rasa pilu, aku pasti rindukan Ramadhan yang bakal berakhir beberapa hari lagi. Sempatkah aku merasai kenikmatan ini di tahun hadapan dan tahun tahun seterusnya? Lantas kupanjatkan doa agar Allah swt memberikan sedikit waktu lagu buatku merasakan nikmatnya menjalani rukun islam ketiga ini. Terlalu asyik mengejar dunia, bila mengenangkan bahawa ia hanya sementara, membuatkan aku tak mahu bangun dari sujud menyembah ke hadrat Illahi. Aku mahu terus gembira dan tenang di dalam lindunganNYA.

Persiapan raya tahun ini tidak kurasakan hebat, sebaliknya segala persediaan untuk menyambut Mr Kekasih bersama lamarannya raya ke lima nanti membuatkan kami sekeluarga sibuk menguruskan majlis tersebut. Doakan segalanya berjalan dengan baik dan tenang, sesungguhnya doa kalian membuatkan aku lebih yakin dan mencambahkan lagi semangat yang turun naik ibarat pasang surut air di laut.

Sampai di sini warkah menari, kuundurkan diri dan semoga kita berjumpa lagi dalam entri seterusnya. InsyaALLAH, biarpun sesibuk mana pasti akan ku zahirkan ucapan Salam Lebaran sebelum Syawal tiba. Semoga ketemu lagi teman teman.

p/s: malam 10 terakhir dalam Ramadhan sangat mulia dan aku berharap kalian turut mendapat hidayah dari yang Esa. Buat Mr Kekasih, semestinya kau harus tahu bahawa harapan untuk bersamamu dan menjalani kehidupan denganmu bukanlah omongan kosong. Kali ini ia lebih bermakna dari kuntum kuntum kasih yang lalu.

Friday, September 19, 2008

~~180908 >> Sakit Sendi~~

Mode : Kurang Sihat.

Doctor Advise : Rehat, Rehat, Rehat, Rehat. (tho im not tired)
Drink lots of water. Your body dehydrated.

Mr Kekasih Advise : Rehat, Rehat, Rehat (same as what the doctor told me)
Don't stress!!! Sleep more!!!

My Advise : Watching movies, surfing internet, blogging, edit pictures, sleepzzzz

I'VE GOT ONE DAY MC FROM DOC! SO, I CAN UPDATE BANYAK PERKARA TONITE! YUHUUUUUUU....

achooooooo........ opppps! flu dah mula nak serang. Arghhhhh...I don't like to be sick! Raya is around the corner! Wake up!!!!

I might not be able to update anything nampaknya. Bila dah sihat, i'll be back with madah pujangga! achuuuuuuum, bersin lagi! :(



Thursday, September 11, 2008

~~TO WHOM IT MAY CONCERN, STOP STEALING MY IDENTITY~~

That's so many things happened today >> 11092009. A "stranger" been calling me, jumped into so many questions which I don't know what's going on and flooded me into a puzzle. Im full of stressed, I'm stuck in the middle of nowhere and yes, it blew up my higher TEMPER!!!! Luckily I have Mr Kekasih around which calmed me down, taking all the stupid STRESSED, gave me the best medicine (hugs) and wipes all the tears with the best smiled ever.

To the person that've been using my identity and cheated people around them, let me tell you this...just be yourself and stop making idiot things. I do not know why you did all that, I do not care whoever you are and what you did was completly a shit! I am far away better than you and you can't be me, no matter how good you've been tried. Treat people like how you want to be treated. Stop being a LIAR. What goes around will definately comes around.

Im cursing your life for making me in deeply shit and also other people. Trust me, how far you've been running, sooner or later you will be caught. In Malay, this is the best word I will say to you....MUNAFIK ADALAH KEKEJIAN SEBAGAI MUSLIM DAN JIKA KAMU SEDAR ATAS KEMUNAFIKKAN KAMU, BERHENTI DARI MEMBOHONGI UMAT KERNA IA HANYA MENJADIKAN KAMU PARA TEMAN TEMAN SYAITAN YANG MENYESATKAN.

I've got your picture and if you do not stop all these, it will be uploaded very soon. Im not somebody but I have the superficial power to send you to hell. Take my word!

Tuesday, September 09, 2008

||Azimat Cinta||


Kau ingin tahu
Sebesar mana kasihku padamu
Sekuat mana cinta yang kusemai
Seutuh mana janji kupatri

Kau tanyakan padaku
Laut itu luas
Apa luas lagikah cintaku?
Awan itu tinggi
Apa tinggi lagikah sayangku?
Ombak itu cantik
Apa cantikkah perasaanmu padaku?

Kau lemparkan aku seribu persoalan
Mengapa kau menjadi pilihan
Mengapa kau ku jadikan teman keakhir hayat
Mengapa kau diwar war jejaka terhebat

i.
Ini
jawabku
azimat buatmu
tangkal kasihku
janji manis untukmu

ii.
Ini
kata hatiku
bola rindu yang kuutus
jambatan kasih ku titipkan

Aku cinta kamu seperti hari ini hari terakhir buatku
Aku cinta kamu seperti esok kau tiada lagi disisiku
Aku cinta kamu seperti malam tiada lagi untukku
Aku cinta kamu seperti tiada matahari esok menemaniku
Aku cinta kamu seperti nyawaku bakal dicabut sebentar lagi

i.
Tatkala matamu kutatap
Esok adalah hari terakhir buatku
Entah sempat entah tidak aku bahagiakan kamu
Maka hari ini aku mencintaimu seperti esok tiada waktu lagi

ii.
Tatkala kucuri senyumanmu
Ibarat esok nafas ini tiada lagi turun naik
Gelak tawa tiada lagi
Maka hari ini aku mencintaimu seperti esok tiada waktu

iii.
Tatkala kukucup tanganmu
Seolah kuharapkan syurga bisa menemukan kita
Jemari itu yang akan membelaiku di dunia kekal
Tak mahu lepaskan bibit indah babak rindu
Maka hari ini aku mencintaimu seperti esok tiada waktu

iv.
Tatkala kudakap erat tubuhmu
Hangatnya seolah lunturkan dingin nota sejarah lalu
Bahangnya membangkitkan segala gelora gugup
Jangan hentikan dari terus memelukku
Maka hari ini....
Ya maka hari ini seolah....
tiada esok buatku untuk mendakap hangat tubuhmu

Pepatah sudah berlagu
Bertanya tentang kesetian sang sejoli bercinta
Apa kalau aku menjadi bunga
Sudikah kau menjadi kumbangnya?
Apa kalau aku menjadi bulan
Sudikah kau menjadi pungguknya?
Apa kalau aku menjadi duyung
Sudikah kau menjadi pantainya?

Jika kau mahu tahu
Sejauh mana cintaku
Maka jawapanku tak bisa berubah
"Aku mencintaimu seperti esok tiada waktu untuk kita"
"Aku mencintaimu seperti hari ini hari terakhir kutatap wajahmu"
"Aku mencintaimu seolah kau mahu pergi tinggalkan aku buat selamanya"

Maka
Aku mencintaimu dengan kudrat yang dikurniakanNYA
Menghargai dan memelukmu seperti esok aku bakal pergi untuk selamanya
Dan hari ini adalah hari terakhir aku mencintaimu

||Izinkan Aku Menumpang Kasihmu||


Terungkap kata manis bersulam madu tatkala aku merenung ke dasar matanya. Redup mega menyinar menggalas segala kasih yang kubawa ketika hati ini kutanam di dalam kalbunya. Aku tak bisa menguraikan simpul cinta yang terbelit di setiap nafas nadi yang berdenyut. Kekalutan melihat senyum ikhlasnya sentiasa membawa aku terbang ke langit biru.

Aku kenali cinta setelah dia tulus menyemai benih kasih, seikhlas semulus baldu kapas yang berterbangan di dada hati. Sinarnya gelora rindu membungkus semua resah yang kumiliki. Ayat ayat cinta tiada lagi untuk kungkapkan padanya kerna dia sering membaluti bait kataku dengan keikhlasannya. Indahnya mengenali peribadimu kasih, membuntukan segala jalanan hidupku. Aku hanya mahu hidup dengan kejujuran yang kau beri, aku tak mahu berganjak dari paksi yang kuberdiri, aku ingin sekali terus lena dengan hembusan bayu tenangmu.

Kau tak perlu tahu apa itu cinta kerna kau adalah cinta itu, kau tak perlu kenali rindu kerna kau jutawan bunga rindu, kau tak perlu kupas isi tulus kerna kau dijadikan dari kejujuran itu. Kau adalah pelangi buatku, sinar yang tiada berpenghujung.

Mari aku bawakan segala mimpi indah untuk mengulit lenamu. Bersamaku, kau pasti kenal indah purnama malam. Aku hanya pemburu rindu sedang kau bayu yang menghembus di kalbu. Sesunggunya tuhan telah menciptakan kau untuk melengkapi hari hari terakhirku dan aku dijadikan suria kehidupanmu.



Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta dihati

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

~~Antara Aku dan Bulan tiada noktahnya~~

Malam ini warna jingga awan tampak tenang dan dingin. Seperti malam malam lalu, aku tak akan pernah berhenti melihat dan merenung langit langit mega yang tak bisa ku ramal apa cerita di balik sana. Alam asyik menangis, membawa sepi sepoi angin kudus pilu. Ramadhan yang membawa erti bahang, hingga kini masih lagi menyelimutkan aku dengan sejuk menggigit tulang rusuk.

Khabar padaku malam sepi, apa yang merundung jiwa kekabumu? Aku mahu terus menikmati indah bulan. Bintang bertaburan tak sudi menjengah, berarak mendung awan itu menutupi pintu wajahmu sang teman di dada langit.

Ku langkahi esok dengan bertemankan cinta cinta buntu pada bulan walhal jiwa ini penuh rasa kebahagiaan. Sudilah kiranya teman di langit biru menemani kuntum bahagia yang kumiliki. Kicau cengkerik tidak kudengari, agas menggigit kurang mengulit, aku berteman rindu yang sepi.

Ku usap rambut mengurai, lantas dihembus bayu malam. Ke mana kamu bulan purnama, usah sembunyi di balik gugusan awan cemburu. Kau harus muncul menemaniku seperti mana aku berjanji menemanimu.

Beberapa minggu lagi, aku bakal melangkah setapak ke alam hidup berdua bersama dia yang menjanjikan bahagia. Mampukah aku mencintainya sepenuh raga, gusar gelorakan jiwa walau hati utuh setia. Sang kekasih sering berikan aku belai cintanya, sedang aku tak bisa putus menganyam doa kudus mengharap berkekalan jalanan ambang kasih.

Bintang timur apa akan mengiringiku dengan pari parinya yang anggun? Aku mahu mengait corak kasih seindah tulus budinya. Ikatan pertunangan yang sering dihambur kata kata dugaan membuatkan aku gusar. Di mana kamu bulan purnama, aku rindu sinar tulusmu. Timbullah menemaniku, menemani kasihku dengannya agar kau bisa menjadi saksi utuhnya kasih dan jujurku buat sang jejaka istimewa.

Sepiku bakal dikuburkan, lorong hitam musim lalu bakal ditalkinkan dan kini aku lihat lebuhraya damai yang bakal ku tempuhi bersama sang jejaka yang kental semangat zahir dan batinnya.

Walau bahagia bakal mengusung jalananku, kasihku padamu alam malam takkan tegar lumpuh.

Aku pencinta setia, seperti mana aku sering rindukanmu bulan, bintang dan awan pelangi.


Saturday, September 06, 2008

||Lama kasihku tidak bertuan||

Renung makrifat padamu bintang
Bawa jutaan rasa berbeda
Berbalam menujah minda penuh kekalutan
Hujungnya ada kilau ajaibmu

Tenung tembus gugus rasa
Aduh kuat benar panahan buntu
Kabut jiwa kalut
Hujungnya ada kilau ajaibmu

Kerdipan lesu mata memanahmu bintang
Gugusan kejoramu menggamit rasa rasa rindu
Malam bisa jadi gugup
Hujungnya ada kilau ajaibmu

Apa makna gelora
Ibarat gelombang ada turun naiknya
Laksana ombak ada tinggi rendahnya
Hujungnya ada kilau ajaib

Bintang itu bintang asmara
Di tenung ada rasa cinta
Di dakap ada rindu melanda
Jauh atau dekat
Kilaumu ada keajaibannya

Mari terus temani bulan
Yang sepi di balik kabus kabus pelangi malam
Warnanya hitam pekat melekat
Ada ketikanya merah memikat
Bulan dan bintang
Ada ada saja ajaibnya

||Ramadhan Ini Ramadhan Penghubung Kasih||

Ramadhan sudah hampir seminggu berlalu. Segala kenangan di Kota London yang pernah di alami mula dirasai kerinduannya. Jauh dari hiruk pikuk jalan raya yang sesak mejelangnya waktu berbuka, tiada bazaar Ramadhan yang memeriahkan sendu puasa, malah tidak ada lagi rindu pada tanah air tercinta.

Kali ini Ramadhan lebih bermakna dari tahun yang lalu, mencari sinar di bulan mulia ini di samping keluarga tercinta membuatkan hati mula sayu. Indah sangat rasa yang berbunga di hati, apatah lagi melihat adik adik dan ayah ibu di sisi setiap kali waktu berbuka tiba.

Tahun ini tidak seperti tahun-tahun lalu, sekembalinya dari tanah Inggeris yang banyak membawa cerpen pilu dalam diari hidup mula hanyut dari lombong hati. Bersama insan baru yang bakal menemani sepanjang hayat banyak memberikan semangat dan keazaman baru dalam diri. Aku tidak lagi murung dan belenggu, walau ada ketikanya tak dapat kusorokkan gerutu yang mencabuli dasar hati namun ia sudah menjadi kenangan buat aku dan sejarah hidupku.

Ramadhan ini melunturkan debu debu sayu yang pernah aku kemut tahun lalu. Aku mencari sinar, di mana tak bisa ku temu, apa warnanya tak tergambar dikalbu dan kini doaku mula mendapat restu Illahi. Alhamdulillah, aku mula mencintai diri, menyayangi hari hari esok yang hadir dalam corak berbeza.

Syawal tahun ini membawa lembaran baru lagi, dan sesungguhnya aku hanya mampu memohon agar kebahagiaan itu bisa kugapai hingga ke akhir hayat. Semalam yang kelam sudah aku kuburkan dan ya....sudah aku hapuskan. Aku hanya mahu mengumpul arca arca gemilau yang pernah meliputi segenap perjalanan kehidupanku.

Ramadhan ini sungguh bererti, ramadhan ini ramadhan yang bakal aku rindui, ramadhan ini ramadhan membuka lorong lorong kasih, ramadhan ini kupohon restumu Illahi, usah di duga lagi insan kerdil sepertiku ini. Aku mahu terus berselingkuh di balik keindahan awan yang gebu.

Tuesday, September 02, 2008

~~Salam Ramadhan Buat Kalian~~


Sempena kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini, Nini memohon ampun andai ada tersilap kata terlanjur perbuatan sepanjang kalian mengenali Nini. Semoga Ramadhan ini dapat memberikan lebih nikmat buat kita dan segala dosa kita sesama umat serta Yang Esa bisa diampunkan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Thursday, August 28, 2008

~~Utusan Ini Utusan Peribadi Buat Citramaya & Gadis Tabah~~

Tatkala malam mula menyusur pergi meninggalkan hari yang panjang, di kesempitan waktu itulah aku mencuri kesempatan yang ada untuk menari lagi di pentas maya. Jemari ini tak henti henti mengasak aku untuk terus membicarakan minda yang umpama roda, sekejap kalut sekejap damai.

Menjengah alam maya temanku citramaya membuatkan aku sayu dengan doa kudus yang dipanjatkan untukku. Terima kasih citramaya, kamu umpama haruman mawar yang sering melilitku dengan merbak baumu. Persahabatan kita ini tidak lagi seperti rakan, sebaliknya umpama saudara sendiri hingga tak berjumpa bisa membibitkan rindu.

Temanku,
Perjalanan itu bukan lagi satu suratan malah ia merupakan perjuangan. Kau harus berjuang untuk memiliki kebahagiaan yang kau mahu, semak samun yang terlukis di jalananan harus kau cantas dengan kekuatan semangatmu. Nun jauh di hadapan sana, kau pasti lihat luasnya alam, damainya mata meratap dan tenangnya angin mengiringimu. Segalanya bisa kau miliki jika kau terus mengumpul semangatmu agar tidak kalut dan keluh meredah belukar itu.

Temanku,
Semalam yang ngeri itu sebenarnya telah membina jambatan kekuatanmu esok hari. Kita mungkin mengeluh namun usah matikan semangatmu itu kerna perjuangan tidak berhenti tiba tiba sebaliknya harus terus dijulang hingga akhir nafasmu. Kau tak seharusnya melihat kebahagiaan orang lain dan menyesali takdir buatmu, lantas bangkit dari lumpuh itu akan membuatkan kau berhati hati meredah bukit bukau yang menggerunkan. Aku tak akan pernah berhenti mendoakan kebahagiaan dan ketenanganmu. Miskinnya aku untuk berkongsi wang ringgit denganmu, tapi aku yang kaya dengan cerita cerita semangat ini pastinya tidak akan lokek untuk terus berkongsi segala kata kata hikmah buatmu. Kau harus tahu, aku sangat mengasihi persahabatan ini.

Aku utuskan jua perutusan ini buat temanku 'gadis tabah aka Fied' agar kau tak akan menghumban dirimu ke lembah sepi. Beberapa waktu yang lalu, kesepian dan kepiluan mungkin kau rasai hingga ketakutan menyelubungi jasad dan ragamu. Sedarkah kamu bahawa bahagia itu milik kita semua, milik setiap insan yang bernyawa. Jambatan cinta yang telah kau cuba bina mungkin tidak ditakdirkan membawamu kehujungnya, namun kau harus cekal dan sanggah segala kekejaman yang pernah kau lalui. Kau teristimewa temanku.

Gadis tabah, kau usah hanyut dengan kehancuran semalam. Sesungguhnya, tuhan amat menyayangi kamu, justeru itu kau diduga ke tahap derita. Kukirimkan sejambak bunga buatmu, agar setiap kelopaknya memiliki kasih yang aku semai. Senyuman manismu usah kau hentikan kerna aku lebih tega melihat bibirmu menguntum senyum dari melihat airmatamu bergenang di lautan kelopaknya.

Ambillah kataku anfai kau mahu, sebaliknya jika tidak memberikan kamu tenang, aku sanggup menjadi pari pari menghibutkan sendu keroncongmu. Mari aku ubati sedikit kegagalan itu.

Wednesday, August 27, 2008

~~Pari Pari Muncul Lagi~~

Malam itu tika leka merenung bintang di langit, aku disapa pari pari yang lama menyepi dan menghilang. Entah di mana kamu menghilang, sudah rindu bangat aku menantikanmu. Aku mendakap pari pari cantik itu, membayangkan alangkah indahnya jika wajah sesinar kamu.

"Kamu dalam bahagia? Apa cinta itu benar kamu rasai tika ini?", sapaan lembut pari pari kayangan menyentak aku dari bicara sama bintang.

"Aku rasakan bahagia, tapi apakah itu namanya cinta? Aku rasakan rindu, apakah cukup untukku khabarkan seisi alam bahawa kalbu dipahat kasih itu?", bisikku padanya

Pari kayangan membisu, terbang melilit putaran lawan jam. Renungannya penuh sayu, sentuhan mula merayap ke seluruh wajahku.

"Pada wajahmu ku lihat sinaran gemilang, hatimu yang luluh kini kian berkilau. Mimpi ngerimu sudah lewat pergi meninggalkan cinta lalu, ku sadari kau hampir menuju apa itu puncak bahagia", bingkisnya padaku penuh berlagu

Bolehkah aku terus ditemani kamu si pari pari? Sungguh menenangkan sungguh mendamaikan hingga melihatmu sahaja sudah membuatkan aku nyaman di dada. "Aku masih kalut, buntu kadangkalanya namun tidak tahu dari mana kekuatan itu datang dan menghambat segala rasa itu.", tunduk aku berbicara sambil mata ku pejam erat erat.

"Renung aku wahai si manis, usah kau kalutkan fikiranmu. Hatimu umpama kelopak bawang, senipis sutera. Lihat ke dalam hati dia yang kau puja, sentuh selembutnya dan jangan bawakan gusarmu melewati dinding bahagia. Bukankah katamu dada kian bergetar tatkala mata kalian bertautan?", terus didakapnya kepalaku yang penuh buntu.

"Besar mana lagi dugaan esok pari pari?", soalku

"Pada Illahi harus kau tanyakan, pada Yang Esa harus kau sujud dan pinta jawapan", senyum dan manis benar wajah mulus si pari kayangan.

"Kamu tahu betapa debarnya jantungku bila mana dugaan mencelah? Aku bisa tandus dalam gugup cobaan. Lantas bagaimana aku harus membelai sebutir hati yang jujur dan mulus itu?", ku tujah persoalan demi persoalan.

"Segalanya dalam tanganmu, sepenuhnya dalam mindamu, sekerasnya dalam getus hatimu. Senyumanmu bisa memanah seluruh raganya, tatkala kamu buntu lemparkan sahaja gusar itu lantas berikan senyuman ikhlas yang menambat hatinya", sambil bicara dengan indahnya.

"Usah kamu berlalu pari pariku, jangan biarkan gundahku berleluasa. Temani aku sepanjang gelora, dodoikan aku kala gembira."

Sambil berlalu menongkah gelap awan malam, pari pari hanya berikan aku sebutir ciuman kasih dan dakapan penuh cinta. Katanya, aku harus sendiri menempuh alam ini.

Wahai bulan peneman setia, matahari memberi ceria, aku butuhkan segala semangat yang hilang. Usah biarkan sepi menjerut hati! Apa adakah warna pelangi lewat malam begini?

Monday, August 25, 2008

~~Risikan Membawa Hajat~~

Berarak waktu berlalu, terlalu pantas hingga tarkial kial mencari arah tuju. Debaran mula memuncak dalam perjuangan kehidupan ini. Seringnya, tangan ditadah memohon pada ILLAHI, ampunkan setiap khilaf dan perkenankan hajat hambamu yang daif ini. Aku hanya mahu menghidu dan memeluk cinta cinta agung yang bisa di bawa ke dunia yang kekal di sana.

Meramal dengan dangkal, memikir sepenuh keazaman, lantas aku membenteng tugu hati, menerima lamaran jejaka misteri. Kekecewaan lalu bukan musabab mengapa mendung tidak harus berlalu, kami impikan pelangi, kami mahukan sinar mentari dalam meniti sisa hidup yang berbalam ini.

Benar kata pujangga, melangit menebar impian belum pasti mencambah benih di bumi. Bertahun mana kita merancang, jika bukan untuk kita maka bukanlah tercipta untuk kita. Mencongak waktu yang lumpuh dengan kenangan sudah dinesankan, kini bunga mekar sedang mewangi untuk disunting. Biar baru bercambah, namun aku yakin benar kekuasaan ILLAHI.

InsyaALLAH, atas restu Yang Maha Berkuasa, Oktober 2008 menjadikan satu lagi detik indah buat kami. Kamu usah bicara sendu bulan, aku sering rindukan kamu seperti mana kau rindukan aku.

p/s : En Kekasih pastinya tidak gemar aku melakar wajahnya di sini, malu mungkin? atau bimbang ada ramai yang makan hati ;)


Orak langkah menuju gerbang bahagia


Ibu-mu Ibu-ku Jua


Senyum Penuh Rahmat


Mummy still love Farysh tho mummy have Mr Kekasih ;)

Sunday, August 24, 2008

~~Kasih...Utusan ini buat tatapan jiwamu~~

Teman yang lama tak kutemui, maaf apabila sisipan kesibukkanku menjadikan kamu jauh dari melewati hari hari seperti biasa bersamaku. Lewat waktu ini, aku kalut menghitung masa untuk dibahagikan buat kalian, teman perjuangan dan keluarga hingga waktu untukku manjakan diri juga tidak bisa dihitung lagi.

Desakkan tugas di pejabat semakin menghimpit, pencak gelanggang politik negara juga tak henti kalut terutamanya sejak drama liwat muncul kembali. Di kesibukkan warkah Permatang Pauh mempertaruhkan perjuangannya, aku sibuk mengatur babak baru dalam kehidupanku.

Risikkan pihak keluarga 'kasihku' menghantar rombongan untuk menyatukan kami, walau cinta baru dibajai namun Yang Esa sudah membentangkan gerbang bahagia buat tulusnya cinta ini. Hanya nafas lega yang disisipkan ucap Alhamdulillah sahaja yang bisa aku bingkiskan tatkala keluarga kami bertemu mata.

Pesanan ini aku mahu bisikkan terus ke dalam nuraninya :

"Kalau bisa ku kumpul semua semangatku yang mati dan hidupkan kembali, akan pasti kutiupkan semuanya ke dasar jiwamu agar kau tegar melihat ketulusanku. Dari saat matamu menusuk deras ke dalam hitam pekat mataku, terlihat sudah keikhlasan hatimu. Marini yang lama mati, cuba hidup kembali satu ketika dahulu tapi gagal meraih cinta yang utuh. Kehadiranmu membuatkan aku mula mengisi kotak janji, aku mahu menjadi yang terbaik buatmu selagi aku menjadi aku dan tidak tuhan rentap keperibadianku. Aku mahu menjadi yang terindah buatmu terus mengasihiku tanpa ada batas dan jurangnya. Aku juga mahu menjadi milikmu yang sah, menjagamu dan memanjakanmu. Di satu hari nanti, aku juga mahu kamu membelai aku dan menjadikan diriku bidadari dunia akhirat.

Kalau bisa kau dengar hati ini menjerit, kau pasti lari lintang pukang. Jiwaku tersepit antara nyata dan maya, satu masa dulu aku mahu terus tidur dan mati dalam takdir yang menyuratkan semua ini. Aku tak mahu lihat apa itu bahagia kerna pasti ada bau bau derita, dangkal emosiku tak bisa kau terjah kerna jasad ini tak sempurna yang kau sangka. Namun, kau pimpin hingga aku bisa terbang dan bebas tidak seperti sebelumnya. Istimewanya keperibadiaanmu buatkan aku tak mahu lagi menoleh luka semalam. Kau ciptaan Yang Esa yang paling teristimewa. Mahukah kau terus mencintai aku? Mungkinkah kau akan menerimaku jika aku bukan aku? Kasihkah kau padaku jika aku berlalu tanpa kerelaanku?

Apa pun yang aku renungkan, fikirkan dan mimpikan...kau harus tahu kau itu yang terbaik buat aku. Pastinya tiba masa itu untuk kau dan aku bina hidup yang sangat bahagia, sebahagia yang kau impikan dan aku dambakan. Aku cinta kamu dari pertama kali matamu menusuk kalbuku."

Cukup dulu ketika ini, aku tak bisa lagi menari di papan maya kerna hati mula sayu mengenang apa itu warkah lama. Ku titipkan nanti dalam coretan seterusnya.

~~Aku Maafkan Kebuntuanmu~~

Pentas maya menjadi saksi
Dalam gelora dibalun sepi
Aku mual kelibatmu yang lama mati
Mencarik carik gumpalan sengit
Menghentam hentam tubuh yang gering

Di mana silapmu
Apa buntumu
Bisikkan pada alam kerna ia bisa mendengar
Bisikkan pada bayu agar hati tiada syahdu
Dedaun yang gugur bukan gering
Sebaliknya di usung sedih melilit

Bahagia itu bukan acuan kita
Jasadnya tiada zatnya tercipta
Agung buatmu agung buatku jua
Usah dikalutkan takdir dan cinta

Aku merenung sejarah lalu
Kugarap menjadi lukisan pilu
Dari alur mataku
Dari sengit ragaku
Kau bisa rasakan

Usah lagi kau mahu hampir
Hentikan semuanya
Hentikan cereka teatermu
Aku dipimpin ke gerbang ketulusan
Melafaz erti kebahagiaan berkekalan

Saturday, August 23, 2008

~~Aku Maafkan Kekejaman Kamu...~~

Bila lihat bunga berkembang, hati mula bicara indah. Teraba raba agar ada lagi akar akar yang subur untuk terus melihat keindahan dan kemekaran sekuntum bunga menguak kembang. Di kala kelam malam yang penuh dalam kegelapan, ia tak akan pernah berhenti dari disinari bintang timur dan seri bulan.

Aku mula menguak lembaran baru kehidupan, begitu cepat masa berlalu sehingga bisa mencoret warkah warkah indah di saluran cinta kalbu. Semalam yang menakutkan kini bawa bibit indah menyusuri landai kehidupan. Sebenarnya aku gentar, melihat kabus esok yang tak pasti apa lambang isi hati. Kekalutan sering menepis buntu nurani, hingga adakalanya aku membisik perit menanti esok yang tiada bayangan.

Akan aku kuburkan warna warna luka semalam seperti yang aku selitkan dalam mentera semangat hidup ini. Kebahagiaan yang kudampingi usahlah ditujah lagi dengan pekat gelita sepi. Aku bingung apa mungkin cerita semalam bisa membawa aku terbang mengikut corong corong kusut?

Usahlah terus menghantui, kapankan sahaja niat itu wahai kamu yang condong akal kehidupan. Berikanlah ruang pada dirimu yang naif itu, doakanlah kebahagiaan buat insan yang pernah kau aniayai ini.

Ku khabarkan pada cengkerik di hutan, aku ini sebenarnya masih takut dan kusut. Lantas kodok di bawah lindungan bulan menyidir akan kebahagiaan ini. Ku bisikkan pada rumpunan lalang erti gerutu jiwa sepi nan lalu, disindir pula kunang kunang berterbangan seolah aku tidak layak mencari sinar gembira itu.

Aku jerit pada alam, bebaskan jiwa kalut dalam sumpahan ngeri tiada berperi. Angin lantas membingkis dan membaluti susuk tubuh yang gering. Awan mengusung rindu terperam, di ajukan soalan dendamku lantas terus bangun membidas, tiada lagi kukumpul amarah malah sujud aku pada bumi memohon agar tuhan mengampuni insan insan yang bacul dan kandas dalam menzahirkan keegoan di hati.

Siapa bisa meramal esok untukku? Bukan bulan mahupun bintang, bukan mama mahupun papa, bukan jua bakal suamiku. Ku pandang dada langit, terlihat kekuasaanmu Illahi, tumpah airmata syukur sambil menadah memohon kasih agar tidak direntap esok hari yang kuharapkan sinar gemilang.

Wednesday, August 13, 2008

~~Kala Rindu Menyusur~~

Bila bunga mekar berkembang, kumbang datang menari riang, mentari redup menyinar, pastinya hari itu sangat tenang buat kita. Di buai deru deru angin, sejuknya mendamaikan hati, itu tandanya jiwa ini diselaputi cinta.

Maafkan aku andainya puisi kukarang alunnya sumbang, aku tak pandai lagi bermain kata. Lidah kelu bila menatap segala ceria, terutama bila kau merenung ke dasar mataku.

Ampuni aku andai ada kurangnya pada zahiriah ini, namun tak akan pernah aku berhenti dari menyelami kesuciaan kasihmu. Biarlah kasihmu tak sebesar kasihku, biarlah cinta itu tak sedalam cintaku, biarlah rindumu tak sekuat rinduku, aku tetap menagih hingga ketagih akan bibit belaimu.


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita

Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan


(Ayat ayat cinta by Rossa)

Saturday, August 09, 2008

~~Layang layang~~

Lebih tegar menjadi pungguk, tidak perlukan teman. Ada benarnya sendirian lebih banyak membawa diri mengenali erti kehidupan. Ada hadirnya jujur jika membawa hati keseorangan. Janji membelai hati bukan mudah, berarak awan adakalanya membawa pergi sebutir demi sebutir istilah janji.

Keroncong rindu jarang jarang didengar, bila hati meruntun kasih tika itulah gerutu sengketa berpaut melilit. Kebencian pada ketegangan menular, aku ini hanya tahu istilah lari dan lari dari segalanya.

Sebenarnya apa yang menampar mesra? Jawab padaku jika tiada kelu bicara, aku mula buntu dan terus mecari corong corong rindu jika kedengaran. Khabar padaku bulan, jika aku ini tidak layak sebenarnya menunggumu.

~~Bahasa Alam Jam 5 pagi Temani Kusut Jiwa~~

Berarak kudus kelabu membawa denyut nadi luka. Aku masih terus mengomel arca biru yang warnanya jingga. Kelabu mataku atau biru bertukar wajah, tidak ku kenali apa lagi adanya kusut tersimpul jaring duka.

Bawa pergi dalam alun sepoi bahasa, tinggalkan aku sendiri sesepi musim salji. Aku mahu pelangi merawat warna gelita tatkala musim bunga menerjah senja. Seperti gugurnya luruh kelibat dedaun mekar di taman larangan cinta.

Sedar atau mimpi, aku hanya mahu diselimuti dedak tenang.

Friday, August 08, 2008

~~Hiburkan hatiku~~

Tatap mataku merenung lembaran layar kehidupan memetik aku dari lena yang semakin panjang. Langkah mula tersangkut sangkut, menguak tirai realiti. Gugup melihat awan berarak terlalu pantas meninggalkan dengan ekor mata.

Di pentas tari ini, lentik jemari lenggok punggong semakin bertambah usia. Takut menoleh babak semalam, membuat bait petah gagap bicara. Tambah lagi hari ini bukan mainan mencorak esok yang penuh warna warni.

Teman, aku dikunjung persoalan buntu tika ini. Bersahajalah aku menganggap sebarang bait kata itu sekadar menujah telinga kanan dan terbang luncur alur telinga kiri. Aku kuncikan setiap ruang mendengar bicara sesiapa pun, aku hanya yakin pada aku dan cintaku.

Kalau Kiki bersama awannya, aku mahu terus ditemani bulan. Gelap malam tanpa sinar itu akan membiarkan unggas menganggu lena. Usah terjah dinihari dengan ruang salju membeku, tinggalkan sedikit kehangatan malam agar rasa suam suam kuku menyelinap ke setiap rongga kudus.

Ombak tak pernah lupa menghempas pantai, sekejap tinggi sekejap rendah. Deru bayu mendayu dayu, mengajar aku kenali gayat curam kehidupan. Dada ini penuh gelora, menarik baldu sayu dijadikan pengesat air mata. Ombak di laut bisa ku tentang, ombak di hati tak bisa melewati babak tenang.
Teman, mata ini lesu melihat sedang telinga tuli mendengar. Sejarah sudah kukuburkan, memori telah di nesankan, sumpahan lantas ditalkinkan tapi gugusan gemuruh masih ditemani kupu kupu di dasar perut.
Senyumkan untukku seandainya aku tak bisa tersenyum padamu, bicarakan sesuatu di telingaku seandainya lidah keras membeku.

Thursday, July 31, 2008

~~Sedikit coretan Melangkaui Minda Yang Kalut~~

Atas desakan tugas di pejabat sering membantutkan masa untuk Nini berkongsi drama kehidupan yang dilalui lewat waktu ini. Setiap kali pulang ke rumah, setelah membersihkan diri pastinya terlena terus dari merawat keletihan sepanjang hari. Lelah tak berganti reda disudahi pula dengan gugusan cungapan yang tak tenang tenang.

Banyak kisah yang ingin Nini landaikan di sini agar bisa bersama kalian mengharungi memori memori semalam dan harapan untuk esok bersama berakhir dengan penantian. Apakan terdaya kudrat pinjaman illahi ini, hanya mampu menganyam anganan seketika sementara dapat menarikan lagi jemari ini ke atas bonjol bonjol papan kekunci ini.

Beberapa minggu lagi, jemari yang girang menari di atas papan kekunci akan dihiasi sebentuk ikatan murni. Selama hampir dua puluh lima tahun jemari tidak tersarung ikatan padu kasih, kini ia bakal dipetik jejaka kudus hatinya. InsyaALLAH, jalan menghampiri gerbang bahagia tidak lama lagi bakal kami jejaki.

Bukan mudah mencari apa erti setulus kasih seikhlas cinta. Adakalanya kita mengejari terlalu pantas untuk mendakapinya namun kecundang di penghujung cerita, ada pula ketikanya perlahan dan teguh mengepunginya sedang dipertangahan itu yang dikurniakan adalah jalan buntu.

Maka dengan membuka seikhlas hati, menadah tangan ke junjungan Illahi, sudah benar si dia ditakdirkan untukku, maka mata bertaut sudah utuh menyimpul janji mengunci hati. Bukan ajaib atau kebetulan jika cinta menolak gigi gigi pantai hati, sebaliknya sudah benar kita diukir di langit ke tujuh sana tentang perjalanan singkat ini.

Jika wajah yang ayu, rupa yang tampan menjadi kayu mengukur segala kasih sayang itu, nescaya tidak sampai ke mana janji kekal abadi yang di akad ketika bertentang mata dengan tok kadi. Jika harta dan kebendaan membentengkan segala cinta rindu yang mekar, sebentar lagi jualah akan roboh istana bahagia itu. Tidak ada yang kekal di wajah ayu, harta menggunung tanpa kejujuran dan keikhlasan hati yang kental. Rupa yang tampan bisa dimakan kedut usia, kebendaan yang menggila bisa bersilih gantinya sejajar peredaran dunia. Apa ketulusan dan kejujuran bisa terhakis jika dibajai dalam perhubungan cinta ini?

Setiap kali mata ini berpaut pada wajahnya yang lahir sejuta keikhlasan, membuatkan aku terus kuat menanam rasa cinta yang tak pernah kurasakan.

Sambil kesentuh lembut pipinya, bibir terus mengungkap kata, "Akan sering aku mencintaimu seperti esok tiada bagiku".

Kerut keningnya buat kali pertama mendengar bingkisan ini membuatkan aku tersenyum sinis. "Usah ditujah kebimbangan di dadamu kasih, aku sekadar ingin menikmati cintamu seperti tiada esok bagiku".

Di dalam mata itu, aku lihat ribuan cahaya kasih yang sering menambat jiwaku. Aku buta pada kelibat yang mundar mandir kerna mata ini di pahat sedalamnya tatkala pancaindera bersatu.

"Matamu memberikan aku semangat untuk terus kuat dan hidup", aku mengerling merenung jauh. Mahu sahaja aku lontarkan sekali gusar yang selama ini menghambat nurani.

"Matamu juga sayang, seperti ada satu daya magnetik yang menarik aku melihat dan terus melihat", diusai lembut rambutku.

Hanya mengambil beberapa bulan yang singkat, si jejaka rupawan itu bakal menghantar serombongan keluarganya menambatku dengan sebentuk cincin agar tidak ada lagi mana mana teruna bisa memboloskan dirinya memilikiku. Saat itu semakin hampir, aku hanya mampu memohon padamu illahi agar segala perjalanan yang kau ciptakan buat kami ini mendapat keredhaanMU.

Di sini aku mengakhiri warkah kasih ini, moga adanya ruang untukku berbicara terus dengan kalian tanpa ada batas waktunya. Doa kalian teman teman ibarat bunga bunga bertaburan di sepanjang perjalanan kasih ini.

Kepadamu yang membuatkan aku sering tertambat, kesudianmu menerima sekerdil jiwa ini amat aku sykuri. InsyaALLAH, ruang bahagia buat kita ada lorong dan corongnya. Terima kasih sayang.

Thursday, July 24, 2008

~~Monolog Bidadari Sepi~~

Jemari semakin pantas menari, mengucup segala derai air mengganas di pipi. Hati terus ditambat gelisah, mencari pengertian setiap bicara lantang yang kulafazkan. Benar ia sukar, aku mengerti! Tidak semudah itu menggapai bintang di langit. Jika mudah dicapai tangan, pasti tidak bermakna erti sinarannya si bintang pujangga.

Lembaran semalamku bukan untuk mendabik dada, malah bukan warkah cerita gembira. Sedang semalam yang kalian lalui adanya lahir putik bahagia. Sudah sudah menggarap landai kecewa, ia tiada penyudahnya. Ramai pula teman yang mampir mengetuk kotak pesanan bertanyakan apa cerita di sempadan bahagia?

Aku kuburkan sejarah lalu, wajahnya penuh tompok ngeri dan nyeri. Usah bimbang, tidak lagi akan ku calitkan warnanya pada bait bicara denganmu. Bila ku renung sedalam makrifat, persoalan merogol minda. Apa benarkah aku bisa memimpin bahagia? Atau dikejar lamunan semata?

Jengah semalam yang baru, kebahagiaan itu benar hadir selimuti segala pilu. Kehadiran jejaka berhati mulia satu harapan baru sekuat harapan Anwar pada Malaysia Baru. Mahu di akadkan sahaja agar bisa menguntai pasir pantai yang jernih dan bersih, itulah gelora hati yang menggigit bibir bibir jiwa. Walau senyummu gambaran indah, aku lebih suka menjenguk dasar ikhlasmu untuk memacu anganan dunia.

Tapi...gusar menyelit di kala segala warna indah mencorak lukisannya. Segumpal ketakutan menyesakkan dada, sebeban kesedihan meledakkan auranya. Perlukah bicara soal kejujuran? Kelak mencari bibit ketegangan. Perlukah bicara tentang keikhlasan? Kelak tersadung keterkilanan. Sudah sudahlah menghentam hati, takut tersungkur dari bahagia.

Sesepi ini aku rasakan, aku hanya mahu sendiri. Melihat esok dengan haluan nurani, tak mahu bersama angan yang gering. Aku lihat dipantulan cermin, layakkah aku membancuh bahagia dalam kesempurnaannya?

Tatkala ini, di kala hujan bisa temani gerutu sepi, apa lagi langit menebar pelangi, aku mahu sendiri dan mencari diri yang mati. Apa layakkah menghampiri jiwa merdeka sedang aku masih ditawan luka pilu?

Bahagia itu teman...apa adakah jaminan setia kekal abadi?

~~Buku Lama Lembaran 365~~

Setahun berlalu, aku melangkah ke alam baru. Pada yang mengerti, kamu mungkin bisa tersenyum dan buat yang kabur, usah kau sesakkan benak mencari apa kata ku.

Aku mahu ucapkan SALAM HARI LAHIR KEMBALI!

Harapan masih terus menjadi harapan, impian tetap mendaki tinggi walau kaki berpijak di bumi.

Pada yang menerima, ketabahanmu mercu segala semangat.
Pada yang tidak mahu mencari erti bahagia dan menantikan dia, patutnya kamiu lebih mencari ruang redha.

Aku mahu ucap SALAM BUAT AKU YANG TERUS BISA BERNAFAS

Alhamdulillah

~~Aku Kalut~~

Kalau bicara bisa tumpul
Aku kini hilang ketajamannya
Di mana ia lumpuh
Aku mencari saraf yang terhenti

Buntu bukan milik cendiakawan
Berlari dan sembunyi sifat kurang pintar
Sedang ku tahu siapa aku
Tak gentar di tuju
Tak gugup di acu

Hati mula berkabus
Warnanya malap semurung senja
Aku benci warna itu
Tatkala mentari melabuh
Jiwa turut kabur

Meraba tatkala mencari bintang
Tingginya melangit cahayanya melata
Menyepi menanti desir ombak
Yang menghempas ke pantai
Alunan berdesing sumbang

Wednesday, July 23, 2008

~~AkU TaK mInTa SiApA PuN TaHu~~

Aku tak minta siapapun tahu
Tingginya langit itu
Rendahnya tapak ini
Bukan beban yang harus kau pikul

Aku tak minta siapapun tahu
Gelora bukan untuk kamu
Pilu itu bantal busukku
Sepi kelongsong lagu girangku
Gelisah temani mimpiku

Aku tak minta siapapun tahu
Gobok menyimpan kepahitan luka lalu
Kuncinya sudah ku benamkan
Entah di mana terlupa ingatan

Aku tak minta siapa pun tahu
Luka itu bisa sembuh
Dalam kudus doaku
Biar berlalu sendiri
Biar dihimpit gering

Usah di intai lagi
Kau pasti ngeri

~~Kalau Bulan Bisa Bicara? Kau Juga Mahu Menutur Kata?~~

Bulan...
Malam ini gelora hadir kembali
Sejuk dingin dalam sepi
Mencari khilaf yang tercicir

Kurenung dada langitmu
Kau murung disambar salju
Dibalik awan hitam kelabu
Wajahmu seiring gerutu hatiku

Bulan...
Malam ini kuratap lagi kisah itu
Bencinya menjadi aku datang lagi
Menguris dada langitmu
Menjerit pecah maya
Aku kegugupan

Bulan...
Dakap aku yang dalam kedinginan
Cerita malam menjeling tajam
Membawa sangkutan esak gelora

Bulan...
Peluk tubuhku yang keresahan
Ingin berlari padamu
Ingin di dodoi dalam bayumu
Aku resah aku gelisah

Bulan...
Aku mahu kunci bahagia
Berikan padaku jika kau ada
Keletihan meratap kisah lalu
Kini menjadi hantu hantu di gerobok jiwaku

Owh bulan kekasihnya pungguk...
Selimutkan aku yang menggigil
Ketakutan mula memuncak tinggi
Merenung langit yang bisa rebah ke bumi

Jika aku bisa terbang
Sudah ku lari jauh dari maya
Jika aku bisa menghilang
Sudah ku lesap di penjuru malam
Jika bisa ku putar semesta
Sudah ku putar sejarah silam
Agar makhluk tak perlu mengenali
Siapa aku dan siksanya batinku

Apa mahu berlari?
Kaki sudah kudung
Apa mahu berpencak di gelanggang?
Senjata kontot sudahpun tumpul
Apa mahu bertikam lidah?
Tikaman sudah hilang bisanya
Apa lagi yang mereka mahu?

Bulan...
Kau tetap di sisiku biar aku terkujur mati?
Kau tetap merenungku bak lenggok sang puteri?
Kau tetap setia padaku biar tiada sang mentari?
Terima kasih bulan
Kau tegar dalam cintamu bersamaku...

Monday, July 21, 2008

~~Jangan Lafaskan Kata Itu, AKU DI KEPONG RASA BAHAGIA~~

"Apa kau sudah bersedia?", lamunan panjang dalam hidup mula disambar halilintar oleh pertanyaan itu.

"Sudah", ah ringkas benar jawapanku seolah tidak dapat meyakinkan sesiapa.

"Benar kau dah sanggup memikul beban itu, menjadi teman hidupnya?"

"Apa wajahku menggambarkan aku hanya mahu keseronokkan? Di wajah ini riakknya nampak main main sahaja ke?", itu jawapan panjang lebar yang aku ajukan kembali.

Papa riakkan wajah gusar, di hatinya tersarang rasa gundah. Benarkah si Mr Hunny dapat mencurahkan kasihnya seperti mana papa membelai manjaku sepanjang 25 tahun? Dari air muka yang tenang itu dapat ku baca segala resah papa, namun itu tidak bermakna ada bantahan keras dari nuraninya.

"Kalau macam tu, papa iringi dengan restu dan doa buat kalian"

"Cinta dan kasihmu papa, tak dapat ditandingi oleh mana mana insan bergelar manusia. Kamu papa terbaik dan aku mahu terus menjadi anak tercinta buatmu", aku menelan gusar papa dengan janji manis yang kusuburi sepanjang hayat denganmu papa.

.........................................................................................................................................................................

"Berapa lama kau kenal?", berbumbungkan langit pekat malam, teman mula berbicara.

"Semua pasti tak percaya, paling tidak ada yang akan katakan aku gila", aku hanya mampu menjawab dengan setenangnya

"Tak lah begitu, cuma ceritakanlah kisahnya agar kami tahu bagaimana bibit itu bermula", teman itu terus mendesak.

Nah, aku mahu muntahkan di sini segalanya. Kata orang, perkenalan itu harus memakan masa agak lama untuk lahirkan rasa cinta. Ada yang mengambil masa tiga bulan, ada pula enam bulan dan ada yang mencecah angka tahunan. Padaku, cinta itu tak perlu berbunga terlalu lama jika hati sudah terpaut, mata bertentang jiwa tenang, senyum berbalas penuh ikhlas.

Akhir May lalu, aku mengenali Mr Hunny dalam jarak sangat hampir. Walau saban hari kamu bertemu, tidak sekalipun aku endahkan teguran itu. Aku sudah lama matikan segala rasa ingin disayangi. Aku mahu terus sendiri agar tidak di tikam perasaan pedih. Aku takut bermain api, kelak esok memakan segala sisa sisa diri.

Akhir May lalu, aku berjabat salam dengannya dan segala sendi mula bergetar. Itu hanya kali pertama, sudah segala getaran cinta menular dalam nadi. Ah, siapa kamu ini, itulah bisik hati kecilku. Aku tegas membingkis agar tidak hiraukan senyuman manis yang di ukir jam 3 pagi lewat May itu.

Hanya berlandas senyuman, aku lihat bentuk cinta hadir dalam bayu yang halus. Terbang dan bersandar di bahuku. Dari tidak mengenali, aku mula mendekati. Mahu ku lari jauh agar tidak tersiksa lagi, makin dekat debunga rindu melilit. Ketakutan musim luruh lalu buatkan aku buntu untuk mendakap selembar kasih itu, tapi apa benarkah lain padang lain lalang? Kejam jika aku harus menghukum semuanya sama.

Hari bersilih waktu berganti, aku makin resah dalam lirikkan senyumannya. Malam tidak lagi tenang, yang ku mahu adalah miliki sepenuhnya senyuman itu. Bisakah aku? Apa dia juga begitu? Atau aku sahaja yang kepingin merasainya.

Kini, biar bulan itu hanya berlalu kurang dari 100 hari, Mr Hunny dan aku bakal mengkahiri babak pertama fasa kehidupan abadi.

"Sudikah kamu menjadi isteri dan ibu pada anak anakku?", walau biru wajahku menahan malu namun aku hanya mampu menggengam jemarinya tanda setuju.

"Apa sudikah kamu untuk menerima insan sedaif aku ini?", tuturku tersangkut sangkut.

"InsyaALLAH, aku yakin kita telah ditemukan untuk mencari kebahagiaan bersama", jemarinya menyapa lembut pipiku. Ahhhh, segala rasa pedih dalam kelopak hidup ini seolah berlalu pergi ketika jemari itu menyentuh rongga rongga kulit.

"Aku tak mahu berjanji..."

"Jangan...jangan kita berjanji, kelak takut tak terpatri", kataku separuh jalan dipintasnya laju seolah menahan trauma yang menghantui diri.

"Kasih, tuturku usah kau ragui", mataku sudah kutambat dalam dalam terus ke dasar hatinya.

Benar, beberapa minggu dan bulan lagi, aku melangkah ke babak baru. Kadangkala, hati kecil berbisik bimbang, tertanya tanya tentang keikhlasan namun apakah harus ku bawa segala ini sepanjang menjalani kehidupan dengannya?

Cinta ini, tiada siapa memaksa tiada siapa menduga. Cinta ini kalau bisa di tanyakan tentang kejujuran, pasti tiada jawapan yang hadir namun cinta ini dilahirkan tatkala Mr Hunny dan aku bukan dalam alam misteri. Mana mungkin cinta terjalin beberapa waktu bertentang mata, mana mungkin keputusan mengkahiri alam remaja bisa diputuskan kurang dari tempoh mengenali diri masing masing.

Apa pun warna cinta itu, aku dan Mr Hunny sudah benar benar sedia. Hapuskan segala keperitan dan campakkan belai cinta dalam hatiku, maka akan aku tanamkan benih kasih sesuci Zulaikha yang tak bisa kau berpaling.

Jika kau takut pada janji, aku tak mahu ada janji dalam cinta. Sebaliknya akanku jahitkan lembaran kata kataku dan kusarungkan pada dingin kasihmu yang lalu, moga moga ia tidak lagi menggigil mencari belaian insan yang bergelar isteri dan ibu pada anakmu. InsyaALLAH.


Wednesday, July 16, 2008

~~Entri Ini Untuk Kamu Yang Amat Mengerti Siapa Aku~~

Dulu...

"Kalau kerja sampai bila pun tak habis"

Aku menjeling tajam walau bibir menguntum senyum paksa. Beberapa bulan lalu, aku pernah dihambat bait kata itu dari jejaka yang sering membuatkan muncung memacu tajam.

Ketika itu, dia sering mengajukan pernyataan pernyataan sinis padaku. Aku mula kurang senang bila bertentangan dengannya.

Kini....

"Sayang, kalau u nak pulangkan balik kata kata itu, I terima"

Hari ini aku mendengar jejaka itu meminta aku memulangkan kembali kata kata itu padanya.

Terimbau 'moment' itu, sedang dia menghirup teh petang hari di kedai mamak berhampiran tempat kerja, aku pula berjalan menuju ke tempat 'parking' kereta, pertengahan halaku lantas sapaan itu terpacul dari bibirnya menusuk alur telingaku. TEKANAN!!!

Sebentar tadi...

"Sesibuk mana pun i, pasti ada waktu untuk kita bersama. Takkanlah nak luang sedikit masa tak boleh"

Hurmmmm, selama ini aku sering menelan butir kata "Sorrylah, i busy. Nanti tak bz kita keluar ye", tak pun ayat yang hampir sama seperti ini "I busy lah, bukan i pergi mana. Kerja i memang banyak. U cubalah faham sikit. Kalau u busy, I tak pula paksa paksa u".

Itulah yang aku telan selama ini! Setiap janji sukar nak dikota, hinggakan akhirnya aku menelan rasa pedih dan buntu.

..............................................**************............................................

Buat kamu yang kini menjadi kekasih, buat kamu yang tatkala ini kita menyulam benang cinta menuju hari bahagia, buat kamu yang sering memberikan senyuman yang sudah lama mati....

Kalau bisa aku pahatkan kata kataku, ambil ini sebagai azimat. Belum pernah aku temui insan selembut kamu menyemai kasih dalam hati, tak terlihat lagi dari mata bundarku tentang kelibat lelaki yang ayu meyentuh bait bait rindu. Kau bukan istimewa lagi buatku, hadirnya kamu umpama penawar yang menyembuh luka luka pedih jalanan ini.

Sayang, bersamamu aku tak mahu pohon doa menggunung. Cukuplah sekadar Yang Esa merestui kasih ini dan antara kau dan aku bisa menempuh ranjau yang berliku dengan angin ketenangan.

Aku tak punya kata kata lagi, hanya satu yang berpaksi di dada...AKU MAHU KETULUSAN KASIH INI KEKAL BAHAGIA SELAMANYA.


Friday, July 11, 2008

~~Serabut~~

Semakin dekat, aku semakin takut.
Hati berkata kata, kelu bersuara.
Cerita lepas ah! biar dinesankan.
Kusam jiwa sering bicara kalut.

Wednesday, July 09, 2008

~~Seterusnya Kau Harus Tahu~~

Berlalu musim tengkujuh itu menutup debu debu silam, apa aku harus berhenti dari impian walau jelas segala keindahan tersergam di hadapan mata? Aku tidak lagi bangun dari tidur yang penuh warna warna kusam, kicau burung kelicap dalam dingin pagi memberikan sinar gemilang buat harianku. Apa aku sudah asyik benar dalam ruang selesa?

Benar, sudah kupadamkan dan matikan segala kegersangan rasa yang menghimpit lombong hati. Tiada lagi intaian gambar gambar luka di balik jendela buruk itu. Sudah kukepamkan dan campak jauh benar dari galaksi ini. Aku sedang gian dan ketagih dalam candu bahagia yang dipersembahkan oleh si jejaka yang menambat hati ini dengan semboyan alunan gemersik untaian kasih.

Siulan ghairah bibirmu sering melenakan malam hari dan terbawa dalam mimpi gering saban waktu dulu. Dengan mu, tanpa semangat, tanpa kekuatan, tanpa harapan, ia tidak menjadi sebaik dan sepantas ini. Perlukah aku kupas luar dan dalammu untuk kau bisa tahu apa yang aku rasai?

Aku lebih ghairah menyimpanmu dari memaparkan keperibadianmu pada umum, gusar mereka bisa terlihat keindahan hatimu dan aku berperang dengan kecemburuaanku. Maaf kerana aku begitu tamak dan tidak mengizinkan siapapun berkongsi denganku. Berlalu mendung itulah yang membuatkan aku menjadi seorang yang sangat penyayang dan tidak sanggup berkongsi senyuman.

Bila bulan tak timbul, aku mencari penuh asyik. Tertanya kenapa kau sembunyi malam ini? Adakah awan gelap menyelindungkan kamu dari bercumbuan denganku? Apakah kamu sedang memadu asmara bersama pungguk di balik pekat malam sana? Aku di sini biarpun bertemankan kekasih hati namun tetap tidak mahu lepas dari mencintaimu bulan. Kau penyeri ketika aku di himpit luka, kau penyembuh gering nazakku. Tanpamu bulan, di mana dan ke mana sebenarnya langkahku?

Biarkan aku menganyam impian, dengan si jejaka seindah putera kayangan. Usah kejutkan aku dari mimpi jika lenaku dalam pelukannya. Usah paksa aku lelapkan mata jika di hadapanku sesusuk tubuh perwira. Usah hentikan denyut nadiku sedang dia sedang melayari bahtera kasih denganku. Aku mahu dia gembira, tersenyum manja, membelai mesra dan memimpin ke arah cinta dunia akhirat. Bersamamu, aku tak akan berhenti menjadi nafas nafas dalam perjalanan hidupmu. Andai terpisah jasad dan roh ini, aku tetap meniup seruling rindu agar bertemu di alam abadi.

Saturday, July 05, 2008

~~Lagi Cerita Tentang NOVEL??~~

Semalam terus berlalu dengan nada sayu, mencari sesuatu yang tak pernah aku impi dan bayangkan. Sudah - sudahlah mengait bintang di langit, merindu bulan gemilang, merenung pungguk di awan dan akhirnya aku terus di sini bersama harapan demi pengharapan.

Aku bangun dan terus terjah ombak ganas, aku tak peduli lagi tentang impian dan angan angan. Terus mahu terjah ke syurga yang janjikan babak babak indah dalam klimaks kehidupan. Pedulikan segala apa yang aku terjah, kalau luka ia bisa sembuh, kalau tertusuk duri ia bisa di cabut, kalau diracun ada penawarnya, nah! Apa lagi yang menghentikan dari terus menerjah ke lembah nikmat kehidupan?

Dalam perjalanan penuh dendam dan semangat menggila, aku terpaku melihat sesuatu sinaran Tuhan yang memanah indah. Tuju tuju sinar itu merembat titik luka jiwaku. Aku tak mahu hampir, aku takut latans naluri menjadi anak kecil. Merengek ketakutan, mencebik layu, namun mampir jua perkuatkan hati menuju laju, sangat laju. Segalanya berbolak balik, sekawan burung terbang berselerak, memacu pecut ingin jua hampir ke arah cahaya itu.

Aku lihat dengan jelas, aku hampir dengan ikhlas, aku tuju dengan deras, aku dakap penuh tegas. Sinar itu rupanya sang jejaka bertubuh kental, tidak ada cacat celanya untuk aku mengomel sinis. Sinar kuat itu hakikatnya insan biasa sepertiku, punya jasad dan rohani, punya iman dan semangat, punya kudrat dan tekad. Kenapa alam tunduk hampir padanya? Aku tak gemar, aku tak endah, aku mahu alam jua tunduk padaku. Bolehkah begitu pintaku? Kau bukan siapa siapa, tapi mengapa sekawan burung senyum padamu? Kau bukan istimewa, tapi mengapa deru bayu menyeru rohanimu? Kau buat aku tak keruan, gelisah dalam terik sinaranmu.

Salam kubicarakan lembut sambil menyambut kudus jabatnya. Tiba – tiba aku rebah. Aku rebah? Ya benar aku rebah menggengam jemari itu. Yang rebah itu bukan jasad, sebaliknya jiwa yang lama mati mencari tanah untuk dikuburkan. Yang rebah itu juga bukan susuk tubuh sebaliknya kekuatan rohani yang terbang bersama luka luka masa lampau.

Mata dua rohani bertembung, jiwa anak adam dan hawa ini diselubungi kabus. Berbisik hati kecil hanyalah suara suara gembira yang menjalar hidup kembali. Bunga yang layu kini menyerap cahaya itu dan mengopak kuntumnya. Gagap bicara lidah kelu. Aku dihambat rona bingung, lantas bicara hati bertanya lagi, terus dihantui bingung? Alam seperti biasa, tertawakan gejolak hatiku yang pantasnya seperti serba tak keruan, kayaknya seperti anak - anak kecil, lucu benar. Dendam hati kecil ini terus menjeling pada bisikan alam itu lantas kubicarakan, “bila aku bahagia, aku tak mahu kongsi denganmu”, getus hati kecil yang kelibut pada alam yang cemburu.

Bicara mula kalut, lentuk gemuruh terus gerutu dan sebenarnya yang bermain di benak ialah apa? Aku ingin tanya siapa kamu, mengapa kamu hadir memahat semesta maya? Gayanya seperti putera kayangan langit ke tujuh, tuturnya menempel sebaldu kabus. Kalut aku ini, semakin terus dihumban kalut.

“Jangan tenung aku begitu, aku lemah dengan lirikan matamu”, dia memecah buntuku dengan bicaranya dan aku rebah kali kedua. Gelakkan aku jika kamu mahu terus mengecapi bahagia wahai semesta maya. Aku tak endah akan hilai bahakmu. Bisikku dalam jiwa, “kau rebah dengan lirikanku sedang aku rebah dalam senyumanmu. Kau yang gila atau aku tergila gilakan senyuman itu?”

“Bibirmu indah, alis mata mempersona, izinku memahat namamu dalam jiwaku”, di genggam jemariku sambil bait kata itu lantas memacul. Aku sesak jiwa raga, pernafasan terus terusan tak keruan seperti tersadung urat nyawa. Jangan khabarkan bahawa aku dipacu cinta, jangan lafazkan bahawa aku dihambat asmara. Ingin ku tanya sejuta tanda tanya tapi tak terluah, terkunci segala pintu pintu bibirkubila bicara menujah minda.

Pungguk yang bersangkut di balik pohon rendang terbahak bahak gelakkan kelakuan sumbingku. Cacat bila bicara dengan jejaka ini, tumpul segala amarah, gugur segala dendam. Bersarang di hati hanyalah persoalan demi persoalan. Kau siapa wahai jejaka? Dari mana hadirmu? Apa mahumu? Jangan hadirkan buntu itu lagi, aku sudah berjanji untuk dikuburkan tanpa kasih seorang lelaki.

……………………………………………………………………………………

Babak baru lagi dalam novel yang tak pernah ketemu jalan penyudah. Aku mahu kongsi sedikit warna cerita dan kalian nantikan sambungannya ya!

~~Usai Segala Derita~~

Padamu kasih kuhimpitkan segala rindu
Biar sesak nafas kencang aku terus terbang
Burung berkicau nyanyi bersama
Layangkan semua kusut derita

Kukutip picisan rindu yang gugur
Terhanyut di alam gelita
Tiada sinar petunjuk haluan
Kini hadir kilauan mutiara

Kekasihku Sayangku
Mereka biar terus buntu
Dari mana hadir rindu
Menghimpun kuntuman salju

Kekasihku Kekandaku
Biar tersergam tanda tanya
Di kusut benak mereka
Tentang cinta ini yang penuh misteri

Aku cari bahagia bukan dirimu
Aku cari belai mesra bukan jasadmu
Aku cari tulusnya cinta bukan kebendaanmu
Dan ajaibnya ikhlasmu melantunkan doa kudusku

Memanah mata bundar
Menambat senyuman penawar
Mematri kelembutan gelora
Kaulah bahagia yang ku impikan

Selangkah tak pasti berundur
Aku mahu terus mencari sinarmu
Berikan segalanya padaku
Biar kuusai kekusatan itu

Friday, June 27, 2008

~~Ini Akhrinya Segala Gundah Itu~~

Matahari mula memancarkan sinarnya buat insan kerdil sepertiku. Asyik dalam sinaran itu membuatkan aku sering gugup menghadapi sinar lebih terik di hari depan. Kali ini, warkah ini aku tujukan khas buat kamu kekasih! Ya kamu, bukan siapa siapa tapi kamu yang banyak membawa erti kesyukuran dan keredhaan dalam hati ini. Kamu yang sentiasa berikan sebutir sinar setiap hari, kamu yang sentiasa menjadi benteng tatkala ingin rebah dan kamulah yang seringnya mencampakkan rasa kasih selain dari keluargaku.

Aku tewas kali ini, dengan panahan cinta yang kau suntikkan ke dalam tubuh. Kau harus tahu betapa besarnya hatiku ini menerima segala kehadiran baru dalam kelopak jiwaku. Haruskah aku titipkan namamu di sini? Usahlah, biar ia menjadi pertanyaan buat mereka tentang siapa kamu dan mengapa kamu menjadi pengakhir pencarian cinta abadiku.

Bangkitnya aku hari ini lebih kuat dari kejutan cas elektrik yang bisa membunuh sel darah merah. Setiap kali memandang seri wajahmu, aku pastinya rebah dalam tenungan itu. Kau kata mataku lebih tajam menusuk kalbu mu walhal hakikinya aku yang gelana setiap kali mata itu merenung susuk tubuhku. Kau ikhlas dalam lenggok bicara lirikkanmu, kau jujur dalam menyemai benih cinta ke dalam jiwaku dan kau teguh membina benteng kebahagiaan bersamaku.

Dalam derusan angin pantai mengembus rakus, aku benar benar lemas kini di setiap bait bait bicaramu yang menenangkanku. Aku mahu seisi alam bangun dan sedar bahawa aku tidak mati lagi. Kalau dulu, menghitung bintang di langir buat ku lelah, kini usah kata merenung bintang malah aku lebih setia menanti bintang malu hadir menemaniku.

Kugubal warkah ini buatmu, kerna dari kata kata, aku hanya bisa mencambah benih cinta padamu. Marilah kasih, bersama meredah dan berdoa pada DIA agar impianmu menyunting kegadisanku mendapat restu Izin DariNYA. Kau usah gentar dengan kata kata mereka, rusuhan hati mereka bukan untuk menyulitkan antara kamu dan aku. Tangisan piluku sering kau sapu dengan salju jemarimu.

Sayang, bicara ini mungkin kosong bagimu tapi impian itu besar padaku. Terima kasih kerana membasuh segala noda hitam dalam gering tubuh ini. Kita bakal melangkah ke alam baru tidak lama lagi dan kau akan menjadi pembimbing sejati. Aku pula akan sentiasa menjadi Isteri yang Solehah buatmu. InsyaALLAH...

Sebentar lagi akan kau miliki seluruh jiwaku, tidak lama lagi kau akan menatap wajahku siang dan malam. Bimbang juga hati ini kerna bulan pasti merajuk dan tersembunyi di balik pekat awan malam. Aku tahu bulan tak rela melepaskan kekasih hatinya disunting tapi BULAN, kau tetap dalam bunga bunga cinta yang ku ada.

Di sini aku berhenti, ingin kukhabarkan segalanya bahawa aku tak sabar menanti kehadiranmu dalam hidupkan atas tiket perkahwinan. Kita sama berdoa dan selebihnya pulangkan pada yang ESA untuk menentukan perjalanan ini.

Terima kasih sayang, terima kasih kerana sudi menerima insan naif sepertiku.


Sunday, June 15, 2008

~~Mari Kita Renung Sekejap~~

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah


~~Renung mataku, simpan kataku, bingkai senyumanku~~

Jam berdetik tak pernah henti, lewat malam ini aku lihat seluruh penghuni alam asyik dilamun pari pari, menganyam mimpi mimpi yang sungguh indah. Aku masih buntu dan tak mampu lelapkan mata degil. Bertubi tubi pertanyaan itu menghambat waktu yang ku lalui beberapa waktu ini.

Untuk siapa sebenarnya warkah ini? Aku masih cuba menari di pentas maya, mencari lagu gembira yang bakal didendangkan oleh seluruh tetamu laman. Berat mengatur langkah, aku masih terus menggelek manja mengharap mereka tersenyum gembira.

Teman, kau harus tahu bahawa senyuman ini adalah untuk kalian. Simpan setiap manis kuntumnya, seandai terluka ambil satu dibuat penawar. Aku tahu kalian di luar sana tak bisa menepis rona duka, dikecam dugaan melanda sedangkan aku hanya mahu memberikan sebutir sinar ceria di sebalik kekalutan jiwa.

Mari aku kongsi sedikit watak jiwa yang bisa kau ambil jika kau mahu menerima. Bukan untuk menjadi bidadari, bukan bererti menjadi pari pari cuma aku mahu menjadi teman sejati yang bisa membawa bunga mawar segar di hati kalian.

Jika kau tanya apa kekuatanku, lantas ku lafaskan kekuatanku kalimah syahadat yang menjadi benteng teguh buat kita. Jika kau tanya apa kecekalanku, pastinya keredhaan dan doa yang tak putus menganjakku dari lubuk derita. Jika kau tegar bertanya apa rahsia semangatku, dengan tenang aku hanya bisa meminta dan terus meminta pada yang Esa agar diselaputi keimananku dengan cahaya.

Kehidupan ini sangat berharga, sesaat yang dilalui pasti tidak lepas dengan tujahan emosi yang berbuah dalam diri. Aku di sini berdiri dan jatuh, lantas bangun dan jatuh lagi dan terus tersungkur pada setiap detik yang disuratkan namun tidak lagi amarah putus harapan menghantui diriku. Kita harus jernihkan lubuk jiwa, membuka ruang bahagia untuk merasa setiap kenikmatan yang Allah swt campakkan setitis demi setitis di dalam hati ini.

Sahabat perjuangan duniawi, kita sering terlupa bahawa kekecewaan itu sebenarnya mengajar kita menjadi lebih kuat dari hari semalam. Kita teralpa bahawa doa yang kita pohon itu sering dimakbulkan yang Esa, namun langkah apa yang harus kita susuri mengangkat tangan pada Illahi?

Seringnya sahabat, kita ini mencari kelemahan diri dan tunduk, lari dari berselingkuh dalam gusar yang dihantar untuk babak dugaan dalam perjalanan ini. Mengapa itu yang sering kita tempuhi? Jatuh dan jatuh dan terus jatuh hingga patah kaki untuk berlari? Kata kata bukan lagi membakar obor semangat sebaliknya menjadi benteng untuk kita takut meredah lopak kecewa.

Aku menulis bukan untuk sesiapa, aku memberikan sedikit waktu buat kalian kongsi denganku. Mengapa harus dilumpuri nikmat menjadi insani dengan ketandusan semangat yang pudar? Di mana hilangnya angan angan yang membawa kamu terbang? Di mana segalanya?

Sahabat, sambutlah gusar jemariku untuk kita bina harapan baru. Jangan lagi melihat diri kamu dalam diriku dan diriku dalam diri kamu. Semakin hampir kita mendekati Illahi, seharusnya semakin kuat kekuatan diri yang harus kita tanamkan dalam jiwa kecil.

Mari dekati dan renung ke dalam mataku, kau pasti tembus lorong lorong liku. Sedarkah bahawa lorong itu bisa membawa kita mengenali siapa kita di bumi ini?

~~Bila hati Memberontak...apa hadir tamu?~~

Semalam aku lihat ia hadir
Dalam gusar hati ia lahir
Penuh rasa yang menggigit
Menjadi tompokan ngeri

Sudah lama aku biarkan tangis
Membawa lara bingkisan pedih
Melihat dalam mata hati
Melihat duri tertusuk gering

Sampai kapan ia harus nyeri
Di kecam kemelut nyaring
Membingit dalam terik
Menghambat berbalam genting

Aku mahu lari
Ke mana harus ku pergi
Arah tiada membenteng
Terus dan terus berjeriji

Aku mahu menjerit
Dalam koma lemah membisu
Melepas amukan hati
Meriuh dikesempitan buntu

Pena terus menari
Mencoret gurisan hati
Membongkah runtuhan sepi
Hadir hanya mimpi

Aku bicara pada aku
Aku tak mahu menggarap angan itu
Biarkan membuah rasa cemburu
Melihat mereka terduduk kelu


Thursday, June 05, 2008

~~Aku tak mahu BERHENTI mengasihimu~~

Kalau bisa ku pecahkan kepompong ketakutan itu, lama sudah aku hempaskannya. Aku tak ingin lagi dalam segala kebimbangan yang melampaui batas fikiran waras. Ingin kuberlari ke lautan luas dan menikmati ketenangan pantai yang setia menghempas sisirannya. Aku mahu bebas dan tidak diselimuti kegersangan murung itu.

Walau semalam berlumpur wajah gelap, ditiup angin harapan, dibelai keraguan, hari ini aku mahu bangkit dan terus menentang rasa terkilan. Apa aku tak bisa mengecapi ruang bahagia? Aku mahu dan teringin benar mahu menyelinap ke rona kecil kegembiraan itu.

Malam sering bawa aku terbang, melihat pancaindera luar biasa dan menarilah bidadari menghiburkan. Aku asyik dan terus dibuai girang sedang hakikatnya aku tahu ia tak selama mana. Aku mahu realiti indah, aku mahu bidadari menemani, aku mahu sinar gembira dan aku mahu dibelai bahagia.

Salahkah aku mahu menumpang senyum di wajahmu, biar tak abadi tapi cukup menguntum bunga di hati. Salahkah aku menagih dan menghulurkan harapan padamu? Salahkah aku untuk mencuri sedikit kebahagiaanmu? Salahkah untuk semua itu?

Lama benar dikurung derita, hingga pungguk benci melihat wajahku. Bulan yang menjadi bintang hati pungguk, beralih arah menemani sepi sepiku. Maaf pungguk, aku tak bisa lari dari mengharap kasih bulan itu. Salahkah kita pungguk? Mengharap pada yang tak pasti, yang yakin hanya doa dan redha pada Illahi.

Aku tidak mahu lagi berselindung, aku tidak mahu lagi diburu, aku tak mahu lagi terperuk dalam noda noda lesu yang melemahkan jiwa. Aku mahu bangun dan kuat bersama semangatmu, jika kau mahu pinjamkan ia padaku. Aku mahu bernafas dalam setiap doa yang kau utus, aku mahu berbantalkan kasihmu, jika kau mahu berkongsi ketenanganmu.

Kasih ini hanya satu, aku tak minta dua atau tiga. Meniti hari untuk melihat dan membahagiakanmu, mercu impian hariku. Maaf jika kau resah, aku tak rela melihat kepahitan itu. Mari genggami tanganku, bawa aku tersenyum dan nyahkan penderitaan kisah lalu. Aku hanya mahu mendampingimu.

Jika bisa kau lihat ke sudut sulit kamar hatiku, kau tak bisa percaya kejujuran dan keikhlasan hatiku. Moga Allah swt merawati luka luka kita dan mencampakkan cahaya gemilang dalam perjalanan menuju hari kematian.