Sunday, March 25, 2007

~~Mama...Ku tulis nota buatmu~~

"Ku tulis nota hidup"

Mama
Apa itu ertinya hidup?
Adakah harus diburu cubaan?

Mama
Benarkah perjalanan hidup sukar?
Digari seribu dugaan?

Mama
Wujudkah erti bahagia?
Merentasi alam dewasa?

"Mama pantas membidas bicara"

Hai puteriku
Hidup bukan keadaan yang memaksa
Hidup banyak kenikmatannya

Saat dikau dilahirkan
Saat indah dalam hidupku
Saat dikau dibesarkan
Alam istimewa hari hariku

Hai puteriku
Perjalanan ini tidaklah penuh durinya
Direntasi dengan kecekalan
Disusuli dengan dinding kesabaran
Kau pasti lihat cahayanya

Jangan jadikan kesukaran sebagai hukuman
Cubaan cuma peperiksaan dunia
Hadapi dengan penuh ketenangan
Jangan dirojakkan oleh ketegangan

Hai puteriku
Tugas kita belum selesai
Menjadi umat yang redha pada perintahnya
Teruskan perjuangan
Jangan dikusuti dengan emosimu
Doaku sentiasa mengiringi langkahmu

"Kutelan butiran bicara Mama"

Mama
Kasihmu selautan maya
Sayangmu setinggi langit berlapisan
Tuturmu azimat
Belaianmu sentuhan nikmat

Mama
Terus berdoa agar kita selamat
Dalam lindunganNYA
Dalam dakapanNYA
Kukucup wajahmu dalam bayu
Agar kau rasa salju melingkari perjalanan harianmu

Terima Kasih Mama

~~Semalam Mencari Cinta~~

Semalam mencari cinta

Denyut nadi irama sumbang

Di turut kata hati

Bukankah kering benak memikir


Semalam mencari cinta

Benar adakah atau dongengan semata

Mengaburi mata selaputi jiwa

Mungkin sekadar sandiwara dunia


Semalam mencari cinta

Mencari terus mencari

Bukankah ada dihadapan mata

Kenapa harus terus mencari


Semalam mencari cinta

Dalam sejuk bicara bersama alam

Bertanya pada angin berhembus

Apakah hati dalam cintanya


Semalam mencari cinta

Akhir hanya mimpi semata

Kepastian tiada daya

Menanti tak kunjung jua


Semalam mencari cinta

Di sini berakhirnya

Di bawa ombak menelan gelisah

Pergi bersama kenangan

Biar sesaat kurasakan jua

Jangan dipaksa jika hati tidak dilamunan

~~Pembohongan Hati~~

Antara bicara dan airmata, bisakah menilai mana yang lebih berharga? Disulamikah dengan sebuah kejujuran atau lakonan dari sekeping hati yang tak mampu berbicara? Diam bukan bererti kalah, debat bukan petah menjadi juara, yang pasti hati didukung lara.

Jika bicara bukan kesahihannya, apa harus diukur? Pembohongan demi pembohongan, selindungan demi selindungan, si hati azabnya lebih terasa pada erti sebuah penipuan berbicara. Takut pada hati umpama takut pada langit dan bumi. Hari yang dilalui warnanya bertukar ganti, kewarasan menutuh kehendak hati yang bukan alunan irama artistik. Pembohongan hati pembohongan diri, azabnya lebih dari merompak seisi maya. Tawa dan duka menghiris lubuk hati namun degil hati ini terus menggenggam keegoan diri.

Apa bezanya airmata yang tertumpah? Disekang tak bisa melimpah, umpama kalah pada diri sendiri. Nilainya tak terhitung jika benar butir airmata saksi kejujuran diri, setitis umpama pengorbanan golakkan hidup. Di mana letaknya kebenaran? Pada bicara yang sering berbohong atau airmata yang menjadi saksi? Mungkin lain padang lain lalangnya, yang harus dicari bukan kebenaran atau pembohongan namun kejujuran dan keikhlasan. Umpama mengail ikan di laut lepas, tidak terduga sentapannya, keluhan dan penantian sekadar satu semangat mengukur keperibadian diri.

Lupakan, biar terus berlalu kerna perjalanan masih panjang. Biarlah hati terus berbohong, airmata menjadi teman setia kerna keluhan tak siapa bisa mendengarnya. Pasti hadir saat itu, saat yang tak bisa kita paksa untuk menzahirkan kebenaran. Antara sedar atau tidak kita tidak bisa berkata walau hati meruntun namun pengakuan antara hati bukan mudah ceritanya. Andai sampai sini akhirnya, berlalulah cerita dan biarlah hati terus berbohong.

Saturday, March 24, 2007

Misi Kotor Badan Pencegah Maksiat

Hati menarik narik jemari ini untuk menyampaikan rasa ketidak puasan terhadap sebuah video di web yang baru sahaja ditontoni. Sambil sibuk mencari bahan untuk menyiapkan tugasan kuliah yang 'dateline' tak berapa lama lagi ni, terjumpa pula sebuah video yang dikenali sebagai 'bahana pencegah maksiat'. Malu melihat kegiatan mereka yang kononnya ingin menegur sikap kurang sopan remaja sedangkan tindak tanduk biadap pihak berkuasa terus memualkan isi perut ini.

Tidak disanggah jika benar badan berkuasa yang 'kononnya' ingin mencegah kegiatan maksiat di sekitar bandar dan desa Malaysia, namun biarlah dengan cara yang melambangkan ketulusan untuk memperbaiki akhlak mereka bukannya dengan mengaibkan seseorang itu. Ilmu manakah yang pihak berkuasa tersebut pelajari? Adakah ilmu agama Islam menyuruh dan mengajar kita untuk mengaibkan orang biarpun seseorang itu buruk akhlak dan fikirnya? Siapa kita untuk menghukum kesalahan mereka? Fikir gunakan benak di minda bukan gunakan mata hati yang buta tuli.

Apakah duduk berdua-duaan di bawah terik mentari, di tempat awam yang terbentang oleh khalayak ramai dan berbual kosong sambil berpegangan tangan mahupun menyisir rambut itu sudah dikira cukup untuk memalukan seseorang itu? Bukankah lebih mulia jika pihak terbabit menggunakan pendekatan psikologi berbanding kekerasan? Apakah sudah hilang nilai murni pihak Jabatan Agama Islam untuk menangani masalah sedemikian?

Dari video yang disaksikan, mangsa tidaklah melakukan aksi aksi yang melampau ketika gambar mereka dirakam. Biarpun ada yang berpegangan tangan, berpelukan, baring di riba pasangan, menyisir rambut, bersandaran antara rusuk dan pelbagai lagi aksi selesa mangsa, namun tidak pula dilihat aksi cium, meraba dan melakukan seks. Itu tidak mengapa lagi, masih lagi boleh dikira melampaui batas peradaban agama, sebaiknya ditegur dan dinasihati tidak berkelakuan sedemikian di khalayak mahupun di mana-mana kerna status bukan muhrim.

Ada juga pasangan yang bukan beragama Islam diberkas namun di tanya seolah mereka ini melakukan jenayah. Malu sungguh melihat aksi pihak berkuasa yang salah menggunakan kuasa. Ilmu mana yang mereka gunakan sehingga tidak ada langsung pertuturan yang sopan dikeluarkan ketika menyoal mangsa.

Ada pula yang memaksa dengan soalan soalan yang menjijikkan dan setiap sesi pertanyaan itu dirakam dengan kamera milik pihak berkuasa. Apakah ertinya semua permainan budak budak ini? Apakah matlamat pihak Jabatan Agama? Apakah misi sebenar pihak Majlis Agama? Mengaibkan dan menunjukkan keseriusan pihak JABATAN AGAMA dalam membasmi isu anti maksiat? Jauh menyimpang jika itu yang mereka sasarkan. Objektif yang jelas di mata adalah, pihak Jabatan Agama ingin mengaibkan mangsa tersebut dan menggunakan kuasa mencabuli hak asasi manusia.

Jika diberkas dan ditanya dengan baik, adakah menjadi masalah besar buat pihak penguasa? Bahasa itu melambangkan bangsa dan budaya. Bagaimana mahu meraih respek dari orang awam jika ahli Jabatan Agama sendiri tidak pandai menggunakan bahasa sopan, yang sedihnya mereka seolah mencari populariti dengan misi terbaru mereka ini.

Coretan ini bukan menentang pembasmian anti maksiat negara sendiri, malah jika objektifnya benar benar menjurus ke arah kebaikan sudah tentu ramai di luar sana yang turut menyokong gerakan tersebut. Tetapi apakan daya, misi sudah tersasar dan pengaiban terus berleluasa ketika mencekup mangsanya. Kasihan pula melihat mereka yang ditanya seperti "Ha, awak ni masih dara ke?", sungguh mengecewakan. Jika tidak di jawab dengan memandang ke arah kamera, mangsa akan di jerit dan ditengking, "pandang sini, angkat muka. Malu tapi perangai macam setan", kata si penguasa. Apa semua ini? Siapa mereka menghukum mangsa yang ditangkap? Sudah jelaskan mereka melakukan kesilapan.

Hey mereka mereka yang terlibat dalam PENCEGAHAN MAKSIAT pihak Jabatan Agama, renungkanlah sikap tidak sopan kalian sebelum menangkap sikap tidak sopan orang lain. Rakaman yang anda rakamkan tidak sah atas motif mengaibkan si mangsa. Melihat kesilapan diri sendiri lebih mulia dari menghukum kesalahan orang lain tanpa ada penerangan dan saksi yang sah.

Cerminlah diri, bersihkan hati buka seluasnya minda.

Disediakan sekali link yang anda semua boleh nilai misi kotor Badan Pencegah Maksiat.
http://video.google.co.uk/videoplay?docid=-1913418595050737848&q=pelajar+melayu

Sekadar menegur bukan menghukum

reformasi_girl


Friday, February 16, 2007

~~Negaraku Negara Gemilang~~

Jika dihitung dengan angka, kurang dari 60 hari aku akan mengakhiri pengajian di England ini. Walaupun belum boleh menarik nafas lega, aku dapat merasakan beban yang dipikul selama ini semakin ringan.

Alhamdulillah, atas usaha dan berkat doa keluarga aku melunaskan tanggungjawab seorang pelajar tanpa berhadapan dengan masalah rumit. Lumrah menjadi manusia, tidak ada yang sempurna jika kita masih bergelar umatNya. Bertelagah dan menarik muncung panjang terhadap rakan kuliah sudah menjadi perkara lazim buatku, memang mudah untuk kita mengikut resam burung kakak tua tapi sukar untuk merealisasikan keinginan dari buah fikiran sendiri jika dituntut melakukan aktiviti berkumpulan. Almaklumlah, kerja kuliahku memerlukan semangat berkumpulan yang rata-ratanya empat ke enam orang dalam sebuah pasukan.

Dalam tak sedar, aku sudah mula serasi dan sedikit selesa dengan negara orang putih ini. Kalau dulunya, rungutan tak putus menyembur terhadap segala sistem dan peraturan yang disediakan tapi kini segalanya ibarat alah bisa tegal biasa.

Aku melihat mengapa kemajuan itu dimiliki oleh mereka, ketegasan dan kesungguhan melakukan tugasan harian menjadi satu perkara wajib bagi memperolehi pulangan lumayan. Dunia di sini dunia metarial, apa yang mereka ingini pasti dikecapi dengan bermatlamat harus bekerja kuat. Hidup yang berlainan cara agama dan budayanya mula membukakan mataku, apa yang boleh dijadikan teladan aku ambil dan sempadannya aku tinggalkan kembali bersama mereka.

Ramai yang bertanya, apa bezanya berkuliah di negara sendiri daripada berkuliah di negara serba mahal ini? Bukankah kita miliki segala kemajuan dan pusat pengajian kita juga setaraf dengan pencapaian peringkat antarabngsa? Malah ada yang terlintas mengaitkan keburukan budaya barat ini bakal menggoyahkan iman dan adat kita. Inilah pemikiran negatif masyarakat yang berbaur sedikit dengki dan sempit, sesungguhnya aku kian lemas dengan persepsi masyarakat yang kononnya maju tapi mundur akalnya.

Bukan mengajar tetapi memperingatkan bahawa di mana pun kita berpijak, bukan penampilan yang mencermikan peribadi kita. Apatah lagi pukulan arus kemodenan hari ini tidak layak untuk mengukur setinggi mana hati menjunjung agama dan adat budaya.

Sepanjang jalan kehidupanku di kota London, berbagai asam garam manusia aku temui. Anak bangsa kita yang berpakaian sopan dan kononnya memperlambangkan budaya dari penampilan kebanyakannya hanya berselindung di sebalik topeng yang disarung. Bagi mereka yang bergaya barat celup dengan pakaiannya menatang adat budaya kita dengan penuh keikhlasan. Pelik tapi itulah kebenarannya. Rata rata yang ada di sini menjadi berbudaya kerana terpaksa membawa lencana negara, pada hakikatnya yang sempitnya minda bukan kian longgar malah semakin sempit menilai peribadi seseorang.


Aku tidak menghukum mereka dengan cara dan gaya, itu pilihan mutlak individu dan tidak ada hak untuk dipertikaikan, akan tetapi janganlah lupa bahawa kita di sini memerlukan antara satu dengan yang lain untuk berkongsi rasa rindu pada negara sendiri. Bukankah resam kita menuntut yang berat itu sama kita bebani dan yang ringan sama kita jinjing.

Seperti kukatakan, aku di sini bukan sekadar menjadi pelajar di pusat pengajian malah aku menjadi pelajar di universiti kehidupan. Nikmatnya menjadi pelajar universiti kehidupan ini, aku tidak perlu menduduki peperiksaan namun tugasan harian terlalu banyak untuk aku mengulangkajinya. Antara subjek kehidupan yang menjadi subjek kegemaranku, aku belajar erti persahabatan yang sebenar, erti sebuah keluarga, erti berdikari, erti mengurusi kewangan dan banyak lagi. Guru - gurunya berada di mana mana, cuma tinggal rajin dengan malas bertanya.

Jika dulu mama dan along tempat aku berpaut, tanpa mereka perjalanan hidupku tidak sempurna. Dari celik mata bundar ini sehingga pejam di malam hari, merekalah yang menjadi segala tulang empat keratku. Aku ibarat berpaut pada dahan yang kuat dan tak mungking patah. Kini segalanya dalam agendaku sendiri, tiada lagi dahan untuk berpaut, hanya angin semangat yang sering mengentalkan semangat aku untuk terus menggagahi erti sebenar kehidupan.

InsyaAllah, jika ada rezekiku untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi akan aku genggaminya selagi terdaya. Biarpun terpaksa menjadi penghuni sementara di tanah bermusim empat ini, aku redha. Bukan bererti rasa cintaku pada tanahair kian terhakis, tidak sama sekali dan mungkin sekali tidak akan terjadi. Aku anak bangsa yang sentiasa menjulang nama tanah airku malah adat budayaku seiring dengan agama suciku. Mana mungkin anak jati Wilayah Persekutuan ini akan curang pada tanahnya.

Niat murniku hanya satu, mengecapi segala apa yang termampu dari zahir dan batinnya. Selagi aku bisa menjadi penghuni kota Inggeris ini, kenapa tidak aku terus belajar dan belajar bagaimana untuk menjadi seberjaya mereka dan dalam masa yang sama memikirkan sesuatu yang baru untuk kejayaan tanahairku. Perjuangan itu menjadi lama jika kita hanya memikirkan bila mahu menang, tetapi ia akan menjadi singkat jika kita menyusun strategi untuk memiliki kemenangan.

Segala impian mama dan papa akan segera aku tunaikan, bumi tercinta Malaysia pastinya akan tetap menjadi bumi yang teragung dalam diri ini. Biar nyawa terpisah dari jasad, namamu Malaysia nama terindah.

Sampai bertemu di coretan baru, salam sayang dari kota Inggeris untuk semua warganegara Malaysia. Assalammualaikum..






Tuesday, February 13, 2007

Rencana Ringkas ALAM

Bumi semakin tenat, antara kita sedar ataupun tidak senarionya mencapai ke tahap membimbangkan. Semalam, saya sempat berbual dengan mama, katanya bahang panas di Malaysia menggigit kulit biarpun hujan melimpah ruah namun masih tak dapat menampung takungan air di tangki-tangki dan empangan.

Adakah ini hadirnya satu bencana ataupun dugaan yang harus kita terima sebagai penduduk bumi? Di mana silap dan salahnya sehingga panas sehingga melecur, hujan menenggelamkan kampun tapi masih lagi masalah tumbuh bagai cendawan.

Teringat pula akan lagu 'Ebiet G.Ade' yang berjudul BERITA KEPADA KITA.

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayangnya kau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menambah kering redup hutan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggalah ku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
Dengan dosa dosa

Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang


Mungkin juga tanpa kita sedar, alam ini dah mulai bosan dengan tingkah kita. Mendabik dada membangunkan negara dalam kita leka bahawa tanah ini kian sakit atas perbuatan kita. Bila kita mahu sedar?

Bersama kita doakan agar alam kita ini kembali sihat, seluruh isinya dapat dinikmati hingga ke akhir zaman.


Saturday, February 03, 2007

POLITIK untuk kita

Assalammualaikum

Semoga sejahtera semua dalam lindunganNya. Lama rasanya tak berkongsi kisah pergolakan bumi Malaysia yang rata ratanya berkait dengan erti kata 'politik'. Apa sebenarnya istilah politik di benak masyarakat, Nini tak pasti.

"Politics is the process by which groups make decisions. Although the term is generally applied to behavior within government, politics is observed in all human (and many non-human) group interactions, including corporate academic and religious institutions"

"Politik adalah satu proses di mana keputusannya dibuat oleh sebuah kumpulan. Terma ini bukan setakat digunakan untuk orang ramai, institusi keagamaan, akademik dan pertubuhan perniagaan malah kerajaan turut mengaplikasikannya
dalam pentadbiran sesebuah negara"

Erti kata ini dipetik daripada lama web 'Wikipedia' yang menerangkan maksud sebenar apa itu politik. Namun masyarakat hari ini menggunakan kekuasaan politik ini untuk mengecam kebebasan hak ahli kumpulan dari menyuarakan dan bertukar pandangan. Seharusnya, keputusan yang dilakukan bukan untuk mencari keselesaan pada individu tetapi fenomena ini yang terjadi dalam menghuraikan erti 'politik' hari ini.

Cukuplah, tak berminat lagi untuk saya menyuarakan keluhan mengenai keganasan kuasa politik terhadap negara tercinta. Tak ada jalan penyelasaiannya biarpun parti pembangkan terus mengibarkan sayap menentang benteng kerajaan. Setiap yang wujud ada objektif dan tujuannya. Kalau ia tidak memihak pada individu, ia pasti bertumpu pada kepentingan hieraki tertinggi kumpulan tersebut. Keadilan itu tak mungkin tercapai dalam mengharungi dunia material hari ini.

Walau perjalanan hidup ini masih jauh apatah lagi individu remaja seperti saya yang mungkin boleh mencuba untuk mengubah percaturan minda anak bangsa, semuanya kian pudar apabila mengenangkan rakusnya minda material masyarakat hari ini yang tak boleh dipimpin lagi. Kita bukan lagi tinggal di zaman Tun Hussien Onn, di mana hanya berapa peratus sahaja masyarakat yang berpendidikan tinggi dan faham benar apa erti perjuangan dan keadilan malah kita bukan lagi tinggal di kurun yang menagih kebebasan dari jajahan tapak tangan asing. Hari ini, masyarakat begitu selesa di mana mereka berpijak, malas untuk memikirkan keadilan generasi akan datang dan lembik daya fikiran untuk mempertahankan hak asasi sendiri. Majoritinya selesa dengan apa yang mereka ada hari ini, mungkin juga serik dengan kebuasan peperangan yang pernah mereka tempuh satu ketika dulu.

Ramai anak muda diluar sana yang menggengam segulung mahupun lebih kertas yang menobatkan mereka adalah graduan lulusan institusi pendidikan. Apa yang ada dalam minda mereka mengenai masa depan hanyalah bagaimana mahu mencari sebanyak wang ringgit dan harta dunia sebanyak mungkin. Mungkin mereka lupa bagaimana nak mengekalkan kesejahteraan negara atau mungkin mereka leka dengan keseronakkan pelbagai budaya yang datang dan pergi dari pelbagai negara. Yang jahat itu tidak hanya datang dari negara barat seperti yang sering dituturkan oleh golongan dewasa sebelum ini, malah negara timur juga mencerminkan banyak unsur negatif yang seharusnya kita jadikan iktibar. Hentikanlah dari terus menggunakan ayat, 'Jangan Contohi Budaya Barat' walhal tanpa disedari ramai graduan pintar yang mengisi kekosongan jawatan di institusi pekerjaan lahirnya dari universiti barat. Lebih molek kalau kita cuma peringatkan mereka agar jangan contohi budaya yang tidak baik dan jadikan sempadan untuk mencubanya.

Politik itu bukanlah kotor, majoriti masyarakat hari ini bila diajak bersembang mengenai politik, rata ratanya memandang jelek seolah tercalit najis pada nahu kata tersebut. Terbayang di minda hanyalah pergolakan, penindasan, rampasan kuasa, pengaupan material masyarakat dan macam macam lagi. Tanpa kita sedar, kita telah memuatkan satu pengertian baru mengenai POLITIK. Implikasinya pada anak bangsa depan tidak lagi positif terhadap POLITIK, mereka akan terus menconteng perkataan tersebut dengan lebih rakus lagi.

Perubahan bukanlah perkara yang mudah untuk kita menukar kembali kebersihan nama POLITIK biarpun jika disental dengan peluntur jenama hebat, ia tetap meninggalkan kesan jua. Siapa yang harus mengubah dan apakah perubahannya bukan persoalan yang saya minta teman fikirkan. Usah bebani minda dengan masalah ini, apa yang kita seharusnya lakukan adalah dengan menghentikan dari terus berfikiran negatif dan tampil bersuara dengan diplomasi terhadap hak yang kita miliki. Bukan keganasan yang kita cari, rata rata masyarakat hari ini semuanya punya mentaliti yang tinggi pendidikannya, jadi usahlah jadi pejuang yang melumpuhkan perjuangan sendiri. Bersorak hingga kampung tergadai, bertempur hingga tanah menjadi padang jarak padang terkukur.

Hari ini politik bukan sekadar digunakan untuk menggambarkan sesbuah kerajaan, namun perkataan itu lebih kerap digunakan untuk melambangkan sesuatu yang negatif. Jika tidak pada industri perniagaan, ia akan digunakan untuk industri seni hiburan tanah air.

Pada saya, penyakit POLITIK songsang ini setaraf dengan wabak AIDS. Ia tidak berpenawar dan boleh membawa kepada kematian dan lumpuh perkembangan generasi. Saya tidak memandang jijik pada pesakit AIDS, malah hati ini meronta untuk membantu mereka agar dapat dipulihkan seperti keadaan normal, malah jika mampu, material dan mental sanggup saya pertaruhkan untuk membersihkan penyakit tersebut terhadap penghidapnya. Namun apakan daya, hingga hari ini AIDS belum ada penawarnya, si penderita hanya mampu berdoa agar segala dosa diampunkan dan mengharapkan agar anak cucunya tidak terjebak dengan wabak hina ini.

Begitulah runcingnya POLITIK songsang pada dunia hari ini. Kita mampu mengubah jika kita tahu keupayaan kita. Siapa tidak sayangkan negara, tempat jatuh lagi dikenang apatah pula tempat bermain. Tak kiralah kumpulan mana yang membimbing kita, waimahnya haruslah lurus dan tidak memesong kepada kepentingan peribadi. Pemimpin mana yang diberikan kepercayaan, menangilah hati mengundinya dengan adil bukan dengan sogokan dan penipuan.

Kita mampu menjadi lebih aman dan tenteram dengan bumi misteri yang kita miliki. Negara yang kaya hasil buminya, berbilang warna kulit masyarakatnya, indah panoramanya dan tenang dari ledakan ganas bencana alam ini seharusnya dipelihara dengan tangan yang bersih dari percaturan minda yang kotor. Sayangi bumi kita!

Politik itu matlamatnya bersih, jangan dilempar tompok hitam menjadi hingga pudar sinar cahayanya.

May ALLAH s.w.t bless us!

Salam sayang penuh ingatan dari Kota London




Thursday, February 01, 2007

Kata 'Mama', Kata 'Papa'


Kata mama
Hidup penuh duri
Kita mengatur langkah
Onar masih pantas mengejar

Kata mama lagi
Kita ini manusia biasa
Biar terungkai keburukan
Jangan biar ia memakan jiwa

Mama terus berkata
Ingat tuhan di mana kita berpijak
Sering tawaduk padaNya
InsyaAllah kita dalam lindunganNya

Papa pantas bicara
Hidup rakus rintangan
Tanpa akal kita ditindas
Dikecam arus kemodenan

Papa lantang berkata
Maruah jangan dicemari
Mahkota diri jangan dinodai
Lelaki ibarat kumbang
Menghisap madu dan terbang

Papa memujuk dengan katanya
Tanpa pelajaran kita pasti tewas
Merentas alam duniawi yang kian pantas
Kutiplah selagi nyawa terdaya
Agar diri berada dipuncak jaya

Papa berbisik padaku
Semalam itu sudah menjadi kenangan
Bangun dan jangan leka
Rentasi hari ini dengan seribu keazaman
Agar esok yang hadir penuh sirna kehidupan

Sambil mengusap kepalaku
Papa merenung tajam ke dasar mata bundarku
Mulutnya terus berkata
Anak-anakku adalah cita citaku
Akan kuredah lautan bara kudaki gunung berapi
Dengan satu tujuan membara
Melihat anak anakku berjaya dalam pelajaran
Lantas mengharungi kehidupan

Mata mama ku renung
Pipi papa ku kucup
Tangan mereka kugenggam
Dengan ucapan yang terhambur
Mereka mengucup keningku
‘Takkan ku siakan kasihmu papa’
‘Takkan ku hancur hatimu mama’
‘Tanpamu aku pasti lemas mengharungi duniawi’
‘Tanpamu aku pasti hanyut di buai mimpi’
‘Hanya doamu pembakar jiwaku’
‘Kejayaanku hadiah istimewa buatmu’
‘Kehidupan dunia akhiratku selamanya buatmu’

Kata mereka bukan lagi azimat
Malah ibarat vitamin yang ku telan saban hari
Mencegah dari dijangkiti kuman
Melindungi sistem badan yang adakalanya lemah

Kusimpul rapi biar tak terlerai
Biar seinci kasih ini buatmu
Doaku hanya satu
Moga kalian dilindungi dunia akhirat
Dan digolong dalam insan insan beriman

Mencari Erti Hidup

Kadangkala
Luasnya alam
Kita rasa sempit menghimpit

Kadangkala
Terangnya siang
Kita rasa seperti malam

Kadangkala
Pekatnya gelap dinihari
Kita rasa bintang cukup untuk menyinari

Kadangkala
Lautan itu bahaya
Punya seribu satu cerita pada isinya
Kita rasa ia indah di mata kasar

Kadangkala
Puncak gunung itu tenang
Membaluti ketenangan jiwa
Kita rasa bahaya tinggal dalam perutnya

Bukan sempit yang kita cari
Bukan gelap yang kita nanti
Bukan gelora yang kita mahu
Bukan bahaya yang kita ingini

Hidup
Kitaran pancaroba yang menjadi golakan
Di atas kita gayat
Di bawah kita lemas
Namun kita dayungi jua

Ibarat pokok yang tumbuh
Adanya cinta
Adanya rindu
Adanya pengorbanan
Berdiri dicengkam bumi
Meliuk ditiup angin
Rebah layu ke tanah akhirnya

Ceritanya sama seperti kita
Digari segala rasa yang wujud dalam hati
Berbalam rasa gusar
Berbuku rasa girang
Tak menentu kadangkalanya
Namun
Jalanan hidup seperti itu jua


Monday, January 29, 2007

Mata Menjangkau Beza Dimensi

Semangat itu milik siapa?
Membalutnya dengan kekuatan
Merangsang dengan ketabahan
Namun tiada yang mengerti

Jalan hidup seperti diekori
Walau sunyi ada yang memerhati
Lari selagi tanah terbentang
Terbang sementara langit meluas
Masih di situ
Masih di sini
Memenuhi alam berlapis dimensi

Aku mahu sendiri
Bukan sendiri menyusur hidup
Sendiri ditinggal dimensi

Aku mahu sepi
Bukan sepi dari zahir yang bisa ku sentuh
Sepi dari tonasi dimensi

Berkata tanpa bicara
Melihat disebalik kuasa mata
Megusik hati yang hidup

Siapa mengerti?
Tumpang tertawa ramai
Simpati ada juga yang sudi
Tapi...
Siapa yang benar benar mengerti?

Kadangnya bosan
Tertekan
Benci
Letih
Namun berbalik pada paksinya
Aku redha.....

Cuma Sepi Seketika Waktu

Jemari lama tak menari
Menekan kekunci komputer
Mencorak bicara minda
Cuma sepi seketika waktu

Akal tak henti berputar
Bara semangat belur padam
Cuma sepi seketika waktu

Banyak yang terpendam
Tak terlakar
Banyak yang tersimpan
Hingga sempit ruang kosong
Terpendam menjadi beku
Cuma sepi seketika waktu

Melihat dari mata burung
Bukan dalam tempurung
Yang kotor nampak jijik
Bersih nampak berseri
Aku masih menyepi seketika waktu

Rasional tanpa emosi
Kata papa menyuluh sebutir hati
Aku masih...
Manyepi seketika waktu....

Wednesday, December 27, 2006

~~DiaRi SibUk DISEMBER iNi~~

Disember ini merupakan bulan yang paling sibuk buatku, terlalu banyak acara yang telah di atur dan harus disempurnakan sebaik mungkin. Letih bukanlah ayat yang tepat digunakan, namun bila lesu menghimpit diri, barulah terasa kesesakkannya.

Namun aku tidak melampiaskan rungut, memandangkan kesibukan seperti ini jarang benar bertandang dalam agenda harian hidupku. It's fair enough when in the end of the day, all planned were goes well. Since the day I was arrived from London, I had not enough time for myself. My tight scheduled ruin my life, especially when I decided flew to Jogjakarta a day after I got back from London.

14th Dec (11am - London time)
Flight from London to Kuala Lumpur. Eventhough I wasnt slept last night but I still couldnt close my eyes in plane. It's terrible if you're not get a rest more than 48hours. All the way, I kept myself busy watching filem yang disediakan. Not to bad, movies yang disediakan semuanya menarik. Perjalanan 12 jam sememangnya membosankan! Nasib baik juga tak naik pesawat lain kerana hanya MALAYSIA AIRLINES sahaja mempunyai penerbangan terus dari London ke Kuala Lumpur. Although at one time I was so mad of MAS because the fares too expensive but I end up flew with MAS all the time. Have no choice! Please la MAS, reduce the ticket fares, its getting higher and higher every year la....

15th Dec (7.20am - Malaysia time)
Touched down at KLIA about 7.35am. First thing appeared in mind was, mama sure kutuk when look at me. Ye la, before I flew to London few months ago I promised to her that I'll keep slim and maintain my shape, but suddenly I gain 5kg within 3 months...its horrible!

Rudy fetched me at the airport. He looks slim a bit, he told me that he works out and did follow some diet skills. Great dear!!! On the way back to my house at Kelana Jaya, tayar kereta pancit kat Highway KESAS. Kesian Rudy, he has to wait for his friend to come because he's not very familiar on how to change the Kembara's tyre. Well, I dont mind to wait especially under the sun, ye la...dah berapa lama tak kena panas so bolehlah berjemur sikit.

Late in the evening, I went out with my family except my dad, Rudy, Bob and Salo. We had a dinner and sembang sembang as usual. Sambil sembang, rupanya ada suprise cake for me and mama. Ye la, tak sempat nak sambut birthday bersama. Eventhough it was just a simple celebration but so meaningful! Thanks along...I know ini semua kerja along!

Went back quite late in the evening, tak boleh tidur juga. Badan dah memang exhausted sangat-sangat. Kepenatan dan kegembiraan bercampur aduk. I slept after Subuh.

16th December
Today, I went to collect my ticket to Jakarta. Di samping itu, aku sibuk menguruskan segala persiapan ke Jakarta dan berhubung dengan kawan kuliahku dari MIIM yang kini menetap di Jakarta. Nasib baik dia ada nak membantu, kalau tidak mahu juga lintang pukang jadinya.

Malamnya seperti biasa, aku dan teman-teman karibku (Marina, Ennie, Ila, Fida, Huda, Ekin) makan malam bersama. Sekali lagi, sambutan hari jadiku berserta Ekin dan Huda diraikan malam ini. Walaupun tak semeriah mana, namun I really appriciated the thought that you cling on me. Thanks!!! Went back around 1am in the morning and was asleep after Subuh as well, mungkin Jet Lag juga la kali ini.

17th December
Selepas makan tengahari dengan keluarga, aku berangkat ke Jakarta. Hari yang sungguh memenatkan juga. Setibanya aku di Jakarta, Sabil (friend of mine) fetched me at the Sukarno Airport, after we had our dinner at Jakarta town then I checked in to the hotel. Cant remember the name of the hotel. Tonight, I have to force myself...kalau tak tidur juga mungkin pengsan esok, bisik hati kecilku. I dont know what time I fall asleep, kalau tak silap mungkin dalam pukul 4 pagi.

18th December
Woke up at 7am then bersiap ke Lapangan Terbang Sukarno, Jakarta. My friend and I was having a breakfast at the airport before we fly. I rasa macam tak percaya bila kenangkan yang sekarang I berada di Indonesia sedangkan dua hari lepas I di London. Demi tugas, sampai juga I ke Jakarta. Penerbangan ke Jogjakarta dari Jakarta tergendala dan terpaksa mendarat seketika di Surabaya. Alhamdulillah, jam 2 petang, aku dan Sabil dah tiba di Jogjakarta....kota penuh sejarah di Indonesia.

Segala tugasan yag harus aku lakukan berjalan dengan baik sehingga jam 3 pagi. Sempat juga kami ke Solo untuk mengambil sedikit sebanyak tentang Gamelan di Solo. Keletihan bukan sekadar menjerut diri tapi kini seolah menzahirkan erti longlai. Kami check in hotel jam 4 pagi dan terbongkang keletihan sehingga jam 10 pagi.

19th December
Tugasan diteruskan dan berakhir jam 3 petang. Selesai sudah tugasan walau dalam keadaan yang menzahirkan erti penat. Seterusnya aku di bawa untuk membuat 'tawaf kedai', sempat juga dalam keadaan yang sibuk masih lagi ada ruang untuk membeli buah tangan buat keluarga.

Jam 6 petang kami berangkat dari Jogja ke Jakarta kembali. Terima kasih buat Ajan, adik kepada Sabil kerana bersusah payah membantu dan menjadi peneman kami di Jogja. Pesawat Lion Air meninggalkan perkarangan Jogja jam 7malam dan tiba di Jakarta jam 8 malam. Setelah check in hotel, aku terus membersihkan diri dan pengsan! Keletihan di tahap maksima...

20th December
Jam 8 pagi aku dan Sabil berangkat ke lapangan terbang, flight is on 11am. Setelah bersalaman dengan teman baikku itu, aku berangkat dan masuk ke perut pesawat. Terima kasih Sabil kerana sudi menemani persinggahanku di Kota Jakarta, Jogja dan Solo....insyaAllah aku akan ke sana lagi.

Jam 3 petang aku tiba di KLIA, kepenatan yang belum sempat kuhela nafas panjang mula terasa nyerinya. Malam sesudah makan bersama keluarga, aku tidur sepuasnya. Entah jam berapa aku nyenyak ditelan angin malam, aku tak pasti.

21st December
Badan mula panas, demam menghinggap. Hidung di serbu penyakit selsema. Namun kerana janjiku pada adik, ku gagahkan diri menemaninya mencari kasut dan songkok di hari pernikahannya. Seram sejuk ku rasakan....badan mula minta untuk diberi perhatian.

22nd December
Menggagahi diri for pampered myself, aku ke salon facial. Dalam sakit dan demam yang panas, aku tetap gagahkan diri memandangkan temujanji telah dibuat. Balik dari facial, aku terus pengsan setelah mama berikan ubat. Jam 9 malam, along kejutkan aku dari lena panjang kerana malam ini ada kenduri doa selamat.

Segalanya berjalan baik biarpun badan yang makin meninggi suhunya. Aku melayani tetamu yang hadir hampir 150 orang. Teman dan sanak saudara mula membanjiri rumah hingga jam 12 tgh malam. Lebih kurang jam 3 pagi, aku terlelap.

23rd December
Big day for my brother! He will get marry today.... Alkisahnya, demamku berjangkit padanya...kesian juga. Everythings went well and alhamdulillah dengan sekali akad adikku kini menjadi suami orang.

Demamku mula surut tetapi penyakit selsema itu payah sungguh hilangnya. Malam setelah memakan dua butir ubat yang mama berikan, aku tidur dengan penuh nyenyak sampaikan my aunty was told me, I was snorring. Malunya, tak pernah pula aku tahu yang aku ni berdengkur. Katanya kuat betul...Maybe I was too tired and not feeling well.

24th December
Konvoi dari Kelana Jaya ke Ampang (my sister in law house) jam 1.20tgh hari melibatkan hampir 15 biji kereta membanjiri perkarangan rumah pengantin perempuan. Dalam kereta, aku hanya bersama adikku (Amirul) dan kegirangan jelas tergambar diwajahnya. Hatiku mula berkata, 'dah jadi suami adikku ini....'

Segalanya berjalan dengan baik dan kami sekeluarga berangkat pulang ke Kelana Jaya kembali jam 4 petang. Adikku tinggal dan pulang keesokkan harinya. Aku masih dilanda penyakit selsema yang merimaskan itu. Malam, badan mula panas kembali. Cepat cepat aku makan ubat dan tidur sepuasnya.

25th December
Jam 2 petang adikku pulang dan kami menyambut ahli keluarga baru dengan tepung tawar. Kami sekeluarga makan bersama dengan lauk air tangan mama. Ketam masak cili, kari ikan dan ikan goreng. Rindu benar rasanya, almaklumlah dah lama tak makan bersama apatah lagi masakan mama.

Malamnya kami ke Concorde Hotel menyambut Hari Perkahwinan Ulang Tahun Mama dan Papa yang ke 28. Bersama ahli baru dalam keluarga, terasa girang benar di sanubari ini. Syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi. Jam 5 pagi baru mata ini tutup dan lena di bawa mimpi indah.


Perjalanan kesibukan ini belum lagi habis sehinggalah kenduri bagi pihak lelaki berlangsung pada 29 Disember ini. Seperti yang ku katakan, tak pernah aku merasa sesibuk bulan ini. Dari hari mula aku jejak kaki ke Malaysia 15hb Disember lalu, baru hari ini (26hb Dec) aku mendapat ruang untuk diriku sendiri.

Namun demikian, kegembiraan banyak menampal ruang ruang letih di dalam hati ini. InsyaAllah, nanti aku sambung lagi kisah sibuk Disember ini.

Salam sayang buat teman!!!


Tuesday, December 12, 2006

~~CeRitA aKhIr 2006~~

Selamat pagi warga kota, semoga keadaan cuaca yang sentiasa gerimis tidak menjadikan senario hidup anda juga seperti musim tengkujuh. Tiada bezanya dengan Kota Inggeris di sini, hujan renyai dan bayu sejuk yang menyucuk sendi sendi seringnya membuatkan langkah kaki sentiasa menggeletar. Selamat datang musim sejuk!

Hey, tinggal beberapa hari lagi kita akan menjengah ke tahun baru! 2007 menanti dengan seribu tanda tanya, seribu teka teki, seribu pengharapan malah seribu impian. Ada yang mula susun atur strategi untuk membina masa depan yang lebih sempurna, ada pula yang menanam semangat untuk meninggalkan tabiat buruk dalam diri malah tak lupa juga ada yang sememangnya menanti kehadiran 2007 untuk meraikan sesuatu perkara.

Me? Hmmmm aku juga menantikan kehadiran 2007 dengan penuh debaran, dua tahun mengabdi diri di Kota Inggeris semata untuk mengejar segulung kertas bernama Ijazah bakal menjadi kenyataan bila 2007 menjelang. InsyaAllah, dengan izin dan berkat dariNya, tamatlah pengajianku pada penghujung April depan. Pantas benar kurasakan masa berlalu, tak sedar pula ketakutan yang menyelubungi diri kini akan keluar dari kepompongnya.

Semalam bukan sekadar mimpi indah dan ngeri buatku, namun ia mencipta bibit bibit kenangan yang mana mungkin dapat digantikan dengan material. Biarpun kesedihan sesekali menerjah pintu hati, aku tetap gagah mengharungi saat saat getir hidup tanpa keluarga. Hidup perlukan pengorbanan, dan ini adalah antaranya yang ingin diduga oleh yang Esa padaku.

Tatkala 2006 bakal melabuhkan tirainya, seorang lagi insan baru muncul dalam keluargaku. Selamat datang aku ucapkan dan harungilah kehidupan esok dengan tabah dan redha. Semangat biar menjadi benteng utama dalam memandu kehidupan. Bukan mudah mengemudi pelayaran berumah tangga, saat ombak datang memukul jangan terus mengalah dan tenggelam sebaliknya berenanglah perlahan lahan ke tepian dan mulakan kembali pelayaran yang ditampar ombak ganas tadi. Hidup ibarat arus pantai, sesekali hanya terdengar bayunya, sesekali tenang tak bergelora. Namun tatkala musim tengkujuh menjengah, pasti ombak setinggi tsunami bakal menanti. Jangan gentar, teruskan pelayaranmu dengan penuh semangat dan ketabahan.

2007 bukan sekadar menjanjikan titik noktah buatku dalam menggenggam segulung kertas bernama Ijazah, malah kehadiran 2007 juga memberikan tamparan yang hebat buatku untuk memilih arah manakah laluan hidup ini yang harus kutempuh.

Hati meronta untuk pulang ke tanah air, rindu dendam yang kupendam hampir dua tahun ini menjadikan hati sedingin cuaca sejuk Kota Inggeris, namun semangat yang berkobar untuk menggengam sekeping kertas bernama 'master' turut mencabar kata hati. Tiada isitlah penat menimba ilmu, apatah lagi bosan menghadap tugasan yang diberikan. Alhamdulillah, semangat untuk terus berjaya dan memperoleh kejayaan buat keluarga dan diriku sendiri sentiasa berkobar dalam hati.

Yang menjadikan hati makin resah, apakah sebenarnya penentuan jalan hidup ini? Seolah mahu tinggal sementara di Kota Inggeris pula, di dalam hati mula berbisik mungkin juga ada rezekiku di tanah ini namun yang sering mematahkan kata kata tersebut hanyalah ingatanku terhadap keluarga.

Andai tertulis aku harus menjadi penghuni kota ini buat beberapa tahun lagi, aku redha....andai tertulis aku harus menjadi penghuni tetap kota ini.....bagaimana ya? Segalanya kuserahkan pada yang Esa, sesungguhnya tiada apa yang terbaik dari menurut qada dan qadarnya. Aku redha, semangatku sentiasa membakar diri. Semoga setiap yang ditentukan olehNya membuahkan keberkatan dalam hidupku.

Hey,
Beberapa hari lagi aku akan kembali ke tanah air, biarpun seketika cuma...aku pasti kehadiranku kali ini bukan sekadar cuti kosong. Tidak ada yang lebih bahagia bila melihat adik sendiri berada di pentas raja sehari, memakai pakaian yang sungguh janggal sekali. Di lengan kirinya berpaut rapat lengan si gadis pilihan hati. Berjalan ibarat raja dan permaisuri. Oh adik, sungguh hati ini bahagia melihat saat dikau berjaya membuktikan bahawa tanggungjawab bisa kau pikul dalam usiamu yang mentah.

Aku entah bila lagi mahu merasa berdiri seperti puteri sambil lengan memaut jejaka raja sehari. Jika dulu angan angan itu sentiasa melalaikanku, rasa hati sudah bersedia namun hari ini ketakutan pula menyelubungi hati. Mungkin belum bersedia lagi atau mungkin hati ini terlalu banyak agenda yang harus dipenuhi. Aku sentiasa memanjatkan doa agar ketemukanku dengan ketenangan sebelum melangkah menjadi 'si isteri' yang mana tanggunjawab bukan sekadar menjaga suami namun membentuk keluarga yang harmoni.

Wow, semakin lama, cerita blog kali ini seperti luahan isi hati pula. Cukup sampai di sini. Pada rakan rakan yang meraikan Hari Natal, Selamat Hari Natal dan Tahun Baru! Bagi teman yang bakal menamatkan zaman bujang mereka, Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia ke anak cucu. Amin

Salam sejuk yang membekukan dari Kota Inggeris ke Tanah Melayu yang genting mengharungi musim tengkujuh! Cheers!

LOTS OF LOVE
~~NiNi KaMaL~~

Thursday, December 07, 2006

~~rEsAh~~

Hati resah
Semakin resah menjadi kalut
Tak menentu hingga buntu
Mata kelip hati masih kejang
Tak menurut minda yang berlari

Apa yang diingini
Yang tersimpul membelit mati
Huraian tak bisa menghurai
Kata hati yang menyempit

Berhentilah berfikir
Hey si hati yang degil
Apa yang dikau fikirkan
Apa yang dikau cari
Apa yang dikau kalut
Berhentilah dari sesak yang mendesak

Aku tidak mencari
Namun seni itu menular
Menyelinap pelusuk hati
Menjadi racun sebagai penawar

Kesepian yang menggigit
Lama menjadi bisa
Nanah yang membunuh rasa tenang
Menjadi hidup penuh makna

Namun itukah yang aku nanti?
Sampai bila harus kulayang hati ini
Terapung diawang
Terbang di bawa angin pilu
Walau hati terpatri mati
Sesat menjunjung erti cinta

Alam tak bisa menghurai
Pujangga tak bisa melagukan
Dugaan yang menjadi adunan kehidupan
Kini cuba menjentik hati yang keliru

Sunday, December 03, 2006

~~S E L A M A T H A R I L A H I R M A M A~~

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to MAMA
Happy birthday to you

Selamat menyambut hari ulangtahun yang ke 47 mama, dengan ingatan tulus ikhlas berkait doa yang bertautan, anakmu di perantauan ini sentiasa mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan yang berkekalan. Semoga kasih kita sentiasa mekar sesegar bunga di embun pagi.

Apa yang tersirat di hati kecilmu MAMA?, apakah mungkin doa yang dikau panjatkan buat illahi di hari kelahiranmu ini? Detik jiwamu tak terbaca dek akalku, gerak matamu adakalanya dusta menyimpan gusar hatimu, renunganmu adakalanya berpura mewajahkan ketenanganmu. Sesungguhnya, hati ibumu tak dapatku sangkal.

Mama, ketahuilah bahawa kebahagiaanku dalam raga hatimu. Biarpun kita dipisah tembok ribuan batu namun setitik kasih ini tak pernah luntur warnanya. Andai mungkin kita tidak lagi tinggal sebumbung, perpisahan duniawi ini mungkin meledakkan hati kecil ibumu, yakinlah bahawa murni cinta anakmu ini tak pernah hilang walau sebesar zarah. Kekalnya ia sehingga ke alam abadi.

Anakmu ini tak pernah dan tak akan lupa setiap belai kasihmu, perhatian dan kegusaranmu tatkala diri ini terlantar sakit. Bukan mudah mengendong anak selama 9 bulan dan membesarkannya sehingga ke hari ini. Kaulah wanita paling tabah dalam hidupku, biarpun tak pernah kulafaskan dari kata kata namun ia terpatri di sanubari dari saat mata menjengah duniawi 23 tahun yang lalu.

Hentikanlah kebimbanganmu itu mama, sesungguhnya setiap detik bimbangmu akan menjadi duri beracun dalam kotak jiwaku. Di sini, aku belajar erti hidup tanpamu dan yang lain. Kesukaran di saat permulaan menjadikan benteng utuh untukku mengorak langkah dengan lebih gagah di hari esok. Ini semua tak akan bisa terjadi jika tidak disusuli dengan doa serta nasihatmu mama....

Terlalu banyak yang harus kuungkapkan tanda kasihku padamu, namun biar seluas alam lembaran ini...ia masih tak mencukupi buatku lakarkannya. Cukuplah sekadar kunyatakan, setiap nafas yang kuhidu ada namamu dan setiap nafas yang kuhembus masih terpahat namamu. Mana mungkin ia terputus walau dalam tidur, kasihku masih segar disisimu.

Dihari bahagia ini, doaku panjatkan segera buat ILLAHI agar setiap langkahmu diawasi dengan nikmatNYA, setiap degup jantungmu di sulami dengan ketenangan olehNYA malah setiap kerdip matamu terpaut cinta yang tak mungkin pudar warnanya. Semoga, usiamu dipanjangkan Illahi agar dapat kita terus menitip kasih menjadi pelangi indah esok hari.

Hanya padamu ya ALLAH, ku pohon agar kau lindingilah wanita mulia bernama ibu ini agar sentiasa dalam peliharaanmu, sesungguhnya dialah wanita yang paling tabah dan amanat menjaga wasiat darimu. AMIN...

Salam Hari Lahir dari anakandamu yang jauh disisi.....


Tuesday, November 28, 2006

~~U C A P A N S A Y A N G B U A T T E M A N~~

Hey Guys!!How life been treated you?

Just had a blast day! Couldn't express with a single word but deep down inside my heart, I feel alive!!! 2006 merupakan tahun kedua Nini tak dapat nak menyambut apa pun keraian mahupun Ramadhan & Syawal bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang di Malaysia. Sunyi, sepi, kelam, kusam, malap dan berbagai lagi rasa menjerut hujung hati ini bila terkenangkan setiap kenangan yang pernah dilalui bersama selama 21 tahun kini hanya menjadi impian semata.

Semalam usia Nini menginjak ke angka 23. Maknanya sudah 23 tahun Nini di beri nafas untuk menjadi insan muslimah di muka bumi ini. Tertanya di hati, apa sebenarnya impian yang Nini kejar? Tahun ini, Nini hanya pohon agar Allah s.w.t memanjangkan usia Nini dan memberkati segala ilmu pelajaran yang Nini pelajari serta kekalkan kasih sayang yang sentiasa mekar dalam cinta Nini terhadap keluarga. Hanya padaNya Nini memohon agar segala cita-cita Nini mampu digenggami dengan tiupan semangat yang kental dan jiwa yang tabah. InsyaAllah....

Tiba-tiba ingatan melompat jauh mengenang zaman kanak-kanak Nini. Sambutan hari jadi sudah menjadi satu agenda wajib keluarga. Bila tarikh 27-11 semakin hampir, Nini sentiasa nantikan ciuman kasih sayang Papa dan Mama. Nini tak mahu apa pun yang berbentuk material, cukuplah sekadar ucapan dan dakapan mesra mereka. Itu sudah memadai dan membuatkan hati Nini menguntum berbulan lamanya.

Hadiah yang tak putus Nini terima dari kecil pastinya 'anak patung'. Entah kenapa Nini tak pasti, sedangkan mereka tahu Nini ni lasak dan tak minat mengumpul 'anak patung'. Namun demikian, Nini tetap menyimpan kemas setiap 'anak-anak patung' tersebut.

Tahun ini, Nini terima lagi sebuah 'anak patung' yang comel sekali.
Dscf2412Tapi ia bukan pemberian Papa dan Mama tapi ahli keluarga baru yang Nini kenal di Kota London ini. Mereka ibarat kakak dan abang buat Nini, malah setiap detik Nini lalui bersama mereka sentiasa menjadi lipatan kemas dalam sejarah hidup Nini.

Pandai sungguh mereka mengatur strategi agar tidak dihidu Nini, tak pernah Nini tewas dengan permainan sebegini tapi malam lalu Nini tewas. Bijak sungguh 'master mind' mereka. Walaupun sambutan hanya dihadiri beberapa rakan-rakan sahaja namun parut yang tercalit besar wajahnya.

Pada Nini, cukup dengan tautan erat kasih sayang dan salam ingatan. Ia sudah cukup membuatkan Nini bahagia dan gembira. Terkenang pula keluarga jauh di mata. Hanya ucapan penghubung kata pengerat cinta. Kalau dulu ciuman tak lekang di pipi namun kini hanya suara Mama dan Papa sahaja yang Nini kecapi. InsyaAllah, panjang umur kita...satu hari nanti pipi pas ti bertemu kucupan cinta itu.

Dscf2414
Buat Tasha, Selamat Hari Lahir dan semoga setiap impianmu akan dikabulkan Illahi. Bilakah lagi dapat kita meraikan hari lahir ini bersama? Jika tidak ada kesempatan ini lagi, kengangilah bahawa malam lalu adalah malam indah buat Nini kerana sepanjang hayat ini, buat pertama kalinya Nini jumpai seorang teman yang tarikh kelahirannya bersamaan dengan tarikh Nini. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yang halal. Amin.....

Buat semua teman yang Nini anggap kalian seperti saudara, jutaan terima kasih Nini hamburkan buat kalian. Semoga ikatan persahabatan ini akan kekal selamanya.

Salam sayang buat semua......


Thursday, November 23, 2006

~~mOnoLOg HaTi~~

Semakin di cari semakin terbelit
Yang kusut kian tersimpul
Entah apa yang disuluh
Cahaya tak ketemu jua...

Tahun berganti masih begini
Yang hadir tetap menyapa
Biar seketika letih terasa
Tapi aku tak mencari

Kini dalam teka teki
Cuba menjejaki telapak kaki
Serupa atau berbeza
Bukan menjadi agenda utama

Jika terjawab persoalan
Mungkin tiada lagi cintanya
Mungkin dipinggir kehadirannya
Mungkin kerinduan dipulaukannya
Mungkin kemesraan tinggal bayunya

Biarlah terus menjadi misteri
Asal kehadirannya hingga hujung nyawa ini
Aku tidak akan mencari
Ku tadah tangan mohon pada Illahi
Berkati kehidupanku ini....

~~aDirAtna_kIraNa~


Monday, November 13, 2006

~~F o k U s Y a N g H i L a N g~~


Gelap bukan malam
Malap bukan kelam
Kelabu bukan kabus
Namun sesak sendat menghimpun

Gigil bukan beku
Gegar bukan gentar
Namun meliuk sedingin salju

Mata terbuka hati kabur
Minda terbolos isinya kosong
Degup gendang irama jantung

Berteduh pohon langit
Berkampung seluas tanah
Frekuensi fokus di paras getir

Ke mana arah ini
Berjalan tak berpeta
Berpandu tak berkompas
Berhenti di sesak perjalanan waktu


~~NiNiE~~

Tuesday, November 07, 2006

~~wArKah bUaT aDik~~

Just hang up phone with my lil brother in Malaysia. He seems pissed off on me when i said i might be unable to attend his wedding next month. Adik, i dont meant to avoid be there on your big day, serious dik...i wish and of course i proud to be around but there are so many factors make me couldnt afford be your side. However, i will try as best as i could dik...dun be sad ok. I love you as much as i love myself. There is now word could describe how big my love on you dik, enough for me to show with all my cares and kisses every time we were around together.


Honestly, since couple weeks ago my mood turned down when i called Malaysia. Every time i rang them "mama @ along @ amirul and even papa"...are busy preparing my liltle brother big day. Im gonna missed all that, once in his life also once in my life. I only have him to treasure more, since we were kids, we used to share every single thing together. Lots of memories we've been through aite?


First and foremost, Alhamdulillah coz jodoh adik dah sampai, doa buat adik sentiasa dalam setiap denyut nadi kak ngah. Walaupun ia bisa terhenti satu hari nanti, doa kak ngah tak akan putus berdetup dalam hati adik. Im proud of you and Im sure mama n papa also felt the same way.


Adik ingat tak, zaman kanak kanak kita....segala kenakalan kak ngah sentiasa menjadi ikutan adik? Satu hari tu, kak ngah rasa bersalah sangat, terlalu kesal dan tak dapat kak ngah gambarkan melalui kata kata bila tangan adik terkulai patah di hadapan mata kak ngah. Kak ngah ingat adik main-main rupanya ia betul betul, what a stupid sister i am that time...kak ngah boleh gelak kan adik sebab terjatuh dari gelongsor di taman permainan tu. Pucat muka kak ngah bila tengok adik tak bangun, dalam hati kak ngah...janganlah adik pergi meninggalkan kak ngah seperti mana arwah Nina pergi buat selamanya di hadapan kak ngah. Alhamdulillah, tangan adik selamat dipulihkan tapi kesannya, sampai ke hari ini bila setiap kali kak ngah tengok parut itu di tangan kiri adik, hati kak ngah pasti sayu. Kenapalah kak ngah tak larang adik dari memanjat ketika itu.


Masih kuat kata kata arwah maka kat telinga kak ngah, katanya kak ngah tak pandai jaga adik. Tapi kak ngah tak marah mak sebab kak ngah tahu kak ngah memang nakal. Adik pun satu, kenapalah suka ikut kak ngah setiap kali kak ngah 'sneak out' main kat padang waktu mak tidur. Salah siapa? Hehehehehehe


Adik ingat tak, waktu dulu kita suka buat pertandingan nyanyian? Along, kak ngah and adik nyanyi dan along jugalah jadi pengadil coz she an elder among us, jadinya dia ajelah menang. Kak ngah selalu tak nak main ngan along sebab along tipu kita. But you know what? since that, kak ngah nyanyi hari hari dalam bilik air until mak bising. Adik pula, sibuk nak mandi ngan kak ngah sebab nak duduk berendam dalam kolam lama-lama tanpa pengetahuan mak. What a funny huh? And now, every time kak ngah ajak korang nyanyi korang tak nak.....esp along, katanya Kak ngah profesional. But along, you know what made me professional now? Because of you along, because i always dream i could compete you when we were singing those day. Thanks to you too along. You are not just my guidance but my inspiration, you inspired me to proof that i can sing! Now, i can teach people how to sing, even sometimes you learned from me aite? Love those memories along...


Banyak lagi yang ingin kak ngah coretkan bila terkenang zaman silam, tpai tak mengapalah biarlah ia menjadi kelopak bahagia dalam lipatan sejarah hidup kak ngah. Oh ya, masih adik ingat permainan sukan bola tampar? Tiba tiba kembang pula hidung kak ngah bila mengenangkan siapalah yang melatih adik ketika itu? Hahahahahaha.....Seorang jurulatih muda yang ditugaskan menjadi tenaga pengajar bantuan bagi pertandingan peringkat zon bawah 12 tahun. Selain menjadi kakak, kak ngah jugalah yang membimbing adik sehingga mahir 'spike' bola hari ini. Kak ngah pun dah hilang semua skill tu tapi adik masih mantap dan hebat. Bangga kak ngah melihatnya.....Ap tidaknya, jika tanpa perangsang kak ngah yang kuat menghembus dalam diri adik, pasti adik tak minat langsung menyertai permainan tersebut. Al maklumlah, apa yang menjadi bahan mainan kak ngah, itulah yang menjadi bahan ikutan adik. Betul tak? Contohnya, sampai hari ni adik tak mahir dalam sukan bola sepak...kenapa? Sebab kak ngah tak main bola sepak? Hahahahahahahaha.... Rindu sungguh detik itu!


Then, one day things doesnt work out, masing masing darah muda dan panas. Adik dengan kak ngah tak bertegur sapa bertahun tahun, sampai mama sedih tengok kita (sorry for hurting you ma). Kedegilan dan keegoan masing masing membuatkan kita rugi untuk menghargai masa bersama. Walau demikian dik, hati kak ngah sentiasa tersenyum tatkala melihat adik tidur. Hanya waktu itu sahajalah kak ngah boleh tatap wajah adik sepuasnya tanpa adik tahu. Makan kita semeja, lauk kita sama tapi lidah kita kelu berbicara. Ikan goreng kembung garing yang menjadi juadah rebutan kita selama ini sunyi dari perebutan. Walhal dari kecil lagi kita suka berebut nak ambil lebih dari satu, tapi adik selalu mengalah sebab adik tahu kak ngah akan muncung seribu. Air mata hanya mampu kak ngah sekang bila di meja makan kita hanya biar sahaja ikan tersebut tidak disentuh. Apa ada dengan keegoan dik? Hari ini baru kak ngah sedar semua itu hanya mencipta kerugiaan yang tak terungkap. Maafkan kak ngah jika mengguris hati adik selama ini, dalam kak ngah ada adik dalam adik ada kak ngah. Ingat tu.


Bagai semalam, kak ngah rasa adik begitu cepat meninggalkan zaman kanak kanak kita. Hari ini, adik sibuk menyiapkan diri untuk membina sebuah keluarga adik sendiri. Pilihan hati adik cukup lengkap zahir dan batin, alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga kita. Janganlah adik cuba lukai hatinya, dia perempuan sama seperti kak ngah, along, ayu dan juga mama. Hati keperempuanan kami terlalu seni dik, belailah dia seperti mana mama membelai adik. Tak lama selepas ini, adik pasti menjadi bapa juga kan? Hargailah dan siramlah kasih sayang seperti mana papa menaburinya ke atas kita semua. Tercalar hatinya ibarat adik melihat kak ngah di calari lelaki lain dalam hidup kak ngah.


Hari ini, kak ngah jauh untuk membelai dan dibelai adik. Hanya telekomunikasi yang masih menghubungkan kita semesra dulu. Walau kak ngah tak berada bersama mama dan along dalam membantu menjelangnya hari pernikahan adik namun setiap solat kak ngah tak pernah tertinggal doa untuk memudahkan segala perjalanan ke hari tersebut dan perjalanan hidup adik. Hanya imaginasi dapat membantu kak ngah mengurangkan rasa rindu terhadap adik. Walaupun kak ngah tiada di situ bukanlah bererti kak ngah tak sayangkan adik, bukan juga melarikan diri dari menyibukkan diri melengkapkan segala persiapan perkahwinan adik, tapi.....kak ngah mengejar cita cita yang pastinya kejayaan itu kejayaan buat semua. Doakan jua agar segala impian yang kak ngah gapai bisa kita kecapi.


Insyaallah, jika benar kak ngah telah ditakdirkan untuk bersama di sisi di hari bahagia adik, pasti jua ia akan menjadi kenyataan. Andai kak ngah tak berkesampatan melihat adik menjadi raja sehari dan menggengam tangan khadi, ingatlah bahawa hembusan rindu dari kejauhan ini sentiasa mengiringi semangat adik. Janganlah adik muram dan suram kerna ia hanya memalapkan hari hari kak ngah di sini.


Kenangan semalam sering menguatkan semangat dan hari hari kak ngah yang samar di hadapan. Kak ngah doakan adik sentiasa sabar dan tenang menjalani kehidupan yang lebih berat selepas ini. Tanggungjawab yang bakal adik pikul tidak lagi seremeh hari ini. Peluk cium kak ngah dari kejauhan sentiasa membaluti hari hari adik yang kelam.


Dscf1441"Kau seperti nyanyian dalam hati
Ku yang memanggil
Rinduku padamu oh...
Seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada
"


Sunday, November 05, 2006

MERINDU KEPASTIAN LAGU MISTERI

'Merindu Kepastian' bukanlah sebuah lagu baru yang berkumandang menggegar sanubari dan jiwa pendengarnya tetapi merupakan garapan yang baik menyentuh naluri saban waktu. Lagu yang dikarang dan dinyanyikan oleh penyanyi antarabangsa, Art Fazil dari Singapura ini sentiasa memberikan impak mendalam dan segar biarpun usianya mencecah belasan tahun berkumandang menjadi mainan halwa telinga pendengar.

Pertama kali saya mendengar lagu ini beberapa minggu yang lalu, ia seolah menjadi bahan igauan yang mentransformasikan bait lirik dalam alam yang fantasi. Biarpun patah ayatnya ringkas dan mudah untuk ditafsiri namun ia seoalah punya nadi yang berdenyut tiap kali dimainkan. Bukan mudah untuk saya menghargai dan menjadikan sesebuah lagu itu sebagai lagu pilihan untuk diputarkan setiap saat, tetapi 'Merindu Kepastian' sungguh melalaikan anganan saya tatkala mentafsiri apakah sebenarnya yang terkandung secara tersirat di sebalik patah kata yang di puitiskan.

Kata penyanyi dan penggubah lagu tersebut, Art Fazil, lagu ini digarap ketika beliau berusia belasan tahun dan hanya mengambil masa yang singkat untuk menghasilkannya secara lengkap. Bayangkan, anak muda yang masih mentah untuk mentafsiri cinta bisa menggubah lagu selama 30 minit di kala angin subuh Ramadhan membaluti diri. Kini biarpun beliau meniti usia yang meningkat, lagu ini masih lagi segar dan menghantui naluri pendengar dan peminatnya. Sungguh menakjubkan!

"Andai ku menjadi rembulan sudikah engkau menjadi kejora hingga pagi nanti
Andai esok aku menjadi tanah sudikah engkau menjadi bunga menghiasi dadaku
Andai esok aku menjadi tanah sudikah engkau menjadi bunga menghiasi dadaku......"

Tatkala patah kata tersebut berkumandang, saya sendiri menjadi suram mengenangkan mungkinkah ada insan yang sanggup menjadi seikhlas lagu ini? Walhal mendefinasikan cinta itu bukanlah sukar namun merealitikannya seolah satu kepayahan yang benar payah hari ini. Setiap kali sesudah mendengar lagu ini, hati sering meronta untuk mendengarnya kembali dan lagi dan lagi sehingga tidak ada lagu lain yang berkumandang di setiap ceruk sudut bilik. Tak pula rasa bosan, jauh sekali mual dengan kesempurnaan lagu ini. Di mana sebenarnya 'chemistry' yang terselindung di sebalik lagu ini saya sendiri tidak pasti.

Terkelu seketika mengenangkan kehebatan anak muda ini dalam menggegarkan seni hiburan tanah air biarpun saya sendiri tidak pernah mendengar akan kemunculan kumpulan beliau (Rausyan Fikir) satu ketika dulu, almaklumlah kumpulan ini berasal dari negara jiran (Singapura). Kini beliau (Art Fazil) mengorak langkah sendiri mencari kepuasan dalam bidang seni dan memperjuangkannya berlandaskan menifesto yang berbeza dari insan seni yang lain. Penghijrahan beliau ke Kota London sebenarnya mengangkat martabat kenegaraan beliau kerana belum ada lagi warga Singapura berbangsa Melayu yang berjaya meraih tempat di hati warga tempatan di sini. Kekuatan azam beliau dalam bidang seni sungguh menakjubkan dan melalui perbualan ringkas dengannya sudah cukup memberikan nafas baru dalam mewarnai seni hiburan tanah air.

Pastinya ramai rakan rakan yang terkejut membaca catatan saya kali ini kerana bukanlah mudah bagi saya menghargai bakat penyanyi dan pencipta lagu asing, namun setelah ditampar oleh lagu 'Merindu Kepastian' dan beberapa lagu lain yang terkandung dalam album "Nur" beliau, saya harus akui bahawa beliau mempunyai nadi seni yang kuat berdegup dalam sanubarinya.

Biarpun album Nur tidak lagi berada di pasaran Singapura mahupun Malaysia, namun ia boleh didapati di dalam laman www.mylagu.com yang dikelolakan oleh anak seni ini. Kata beliau, laman ini masih lagi dalam pembinaan dan akan menjadi sebuah laman web yang pertama menyediakan lagu lagu melayu dalam pelbagai genre. Ia bukanlah laman web percuma untuk didengari, namun secara jujurnya setiap bayaran yang dikenakan untuk membeli lagu yang terkandung sesungguhnya berbaloi terutama sekali lagu beliau sendiri dari album "Nur". Sama samalah kita doakan kejayaannya dan nantikan kemunculan laman web ini.....

Ini bukanlah promosi dan publisiti murah yang cuba saya selitkan, tetapi sekadar penghargaan buat beliau kerana berjaya mengubah persepsi saya terhadap kemantapan bakat kurnia Illahi terhadapnya. MANTAP & MENAKJUBKAN, itulah gambaran yang dapat saya lakarkan setiap kali mendengar lagu lagu ciptaan beliau.

Namun demikian, mengenali secara peribadi personaliti insan seni ini, beliau bukanlah seperti apa yang digambarkan dalam lagu lagu beliau malah karisma yang tinggi dan karektor yang tegas adakalanya menjadi misteri buat saya tertanya tanya apakah sebenarnya yang menjadikan imaginasi beliau sebegitu hebat menggarap lagu seindah demikian?. Walaupun jawapannya ringkas, "ia sekadar mainan ilusi yang diterjemahkan dari keindahan alam", bagi saya pastinya ada keistimewaan kurniaan Illahi terselit di celah naluri beliau.

Tidak mustahillah, anak muda ini biarpun menyepi di negara bekas penjajah Tanah Melayu ini masih lagi mampu menghimpun peminatnya yang ternanti-nanti akan kemunculan lagu lagu puisinya. Insyaallah, saya sendiri yakin bahawa kemunculan kesinambungan lagu-lagu berhantu beliau pasti bakal menggegar industri seni antarabangsa.

Syabas buat Anak Melayu di Kota Inggeris ini.






Saturday, November 04, 2006

LOVE IS FULL OF SACRIFICE

Hello...Salam sayang buat semua

My life's getting busy day by day, lots of works coming one and another till i get messed! Fuh...that's what life meant rite? There's nothing seem to be easy in this small world, although you thought you could handle it. Every day I went to bed almost 5am and woke up at 9am. Mama sure bising giler kalau tahu. But what to do ma....my eyes couldnt close and kept blinking all night long on bed. Dun worry ya ma, i was fine.

Suddenly i was thinking of my cousin, they married couples year ago. My brother in law is Sarawakian and my sista originally from Perak but working in Penang. Since married, they are leaving apart reason being of so many factor. How does it work huh?Suprisingly, they had two baby now and both are damn cute (kind of miss them tremendously)....Eventhough it seems hard to cope with weird life like that, they managed quite well cuma sumtimes i could see the babies felt uncomfortable with the father...mana taknya, abah balik 5,6 bulan sekali. It doesnt mean abah tak sayang you dear....just that abah trying his best to give you a better life.

Terfikir juga, sedangkan yang duduk serumah pun boleh diduga berbagai dugaan, apa la pula yang jauh di mata ni. If i was in the situation, hmmmm i dont know how Im gonna carry it, though i could say 'go with the flow' but when the time's around, takut tak boleh nak handle.

Some people said to me, susah kalau ada hubungan jarak jauh sebab kita tak tahu apa peristiwa yang menguji saban minit. Kesetian mungkin bisa rapuh, kasih sayang mungkin juga akan pudar dan kilau cinta semakin kelam. Al maklumlah, memandang cinta dari zahiriah dan menyentuh naluri dengan jasad lebih mendalamkan erti kasih sayang, rather than just based on trust itself. While people stick to their own opinion, i was tottaly disagree of what does they been thought. Honestly, the honesty and trustness are the best elements pouring your love. Although we cant see the truth of trustness, we'll be more passionate.

Tapi kadang tu, kita mana boleh terlalu yakin kan? Cukuplah dengan sekadar menyerah diri pada yang Esa di samping memohon doa agar jodoh yang ditentukan berkekalan. Macam my cousin tu la, duduk dipisahkan lautan tapi zuriat dah pun menambah ke angka dua. Kasih sayang pastinya makin mendalam walau sedikit pengorbanan terpaksa ditelan. I think I should ask them, what made you be more stronger and patient? Dont you think your babies gonna missed lots of love while you apart? Or maybe this is what they planned to be?

Whatever it is, i will always support you guys and always pray for your happiness even sometimes i was thought like a childish ('kesian kat baby sebab tak dapat kasih sayang dari mak bapa secara belaian harian'). Insyaallah, must be a great compasation yang Allah s.w.t akan berikan kelak.

p/s: Kalau kena kat diri sendiri tak tahulah macam mana nak handle agaknya, walaupun sekarang ni pun dah kira cinta jarak jauh gak la.

Now, time for me to paksa mata pejam and dream and dream and dream......zzzzzzzzz
6.30am, saturday 04112006...