Friday, February 13, 2015

Dialah "SEORANG MURABBI UMMAH"


Perginya Murabbi yang dikasihi umat
Tinggalkan alam yang fana, kembali pada Kekasih Abadi
Di malam yang turunnya segala keberkatan
Malaikat menyapa santun membawa rohnya pulang
Alam dan bumi sayu meratapi
Tiada lagi amanatnya akan kedengaran
Tiada lagi lembut nasihatnya terngiang di sanubari
Semoga kita bertemu kelak
Di hari perhimpunan umat
Yang kian hampir dan sangat dekat
Hari ini,
Yang aku mampu hanya kirimkan doa
Agar kau tenang di sisi Kekaksihmu... 


Biodata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat


Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Tuan. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat, Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.



(sumber dari blog fitrihadi.com)

Thursday, February 12, 2015

10022015 - KAU CUCUH SEMANGATKU!

Assalammualaikum w.b.t

Lamaku sepikan diri, bukan tiada cerita ingin dikongsi namun tidak tercapai jemari menari. 
Kesuntukkan masa membataskan waktu
Hingga ceritaku hanyut di dalam hatiku

Ku buka lembaran 2015 dengan kisah sayu 
Benar ada airmata yang mengalir
Bukan lakonan semata, bukan....
Bukan terikut-ikut arus perdana, bukan....
Tapi ia lahir dari hati yang ikhlas melalui naluri seorang anak, isteri dan pejuang
Ya....
Aku tidak sehebat Ibu Zain, Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah, Khadijah Sidek dan ramai srikandi hebat era memerdekakan Malaya
Tapi aku mahu terus berjuang untuk membebaskan bangsaku dari terus dihenyak
Lama aku mengasingkan diri dari bicara tentang politik, atau berbisik-bisik tentang ahli-ahli politik.
Aku hentikan seketika namun tidak melupakannya
Sudah ramai wajah-wajah yang bisa mendukung perjuangan ini
Sudah terlalu ramai juga yang berpusu-pusu menghimpit agar namanya tercatat dalam sejarah perjuangan
Aku lemas dikelilingi semua ini
Biarlah aku menyelinap dari bawah, tidak kelihatan namun bisanya bertubi

10.2.2015
Jiwaku meledak dari membendung segala rasa
Kalau tidak kerana iman dan agamaku
Pasti segala kata nista kuhambur pada sistem kehakiman yang jelas dimanipulasi
Ketenanganku terganggu walau sudah berkali-kali dilanyak
Aku butakan mata pekakkan telinga
Tapi kali ini aku seperti diasak untuk lafaskan kata

Kau diluar sana..
Aku tak peduli kalau kau jelek dengan pandanganku, suka kaulah
Aku tak peduli dengan apa yang berlegar di kotak mindamu, kau simpan aku tak ingin nak tahu
Kalau kau bukan sealiran dengan perjuanganku, itu hakmu
Kalau kau mahu aku tersedar dari lamunanku (kononnya), kau tanamkan sahaja
Aku sudah cukup matang menilai dan mentafsir
Usiaku bukan lagi dikawal minda emosi
Sebaliknya kau perlu kawal emosimu

10.2.2015
Keputusan itu mencalari maruah kehakiman negara tercintaku
Segala bukti ditimbang tara dengan adil (katanya)
Segala tohmahan dan kebenaran itu nyata (kata mereka)
Benarlah susuk tua yang bisa buatkan kekukaciran negara itu jantan durjana
Tak kenal erti haram dan dosa
Melibas lubang yang teraniaya
Sejarah sudah mencatatkannya
Sejarah sudah pahatkan lelaki suci itu teraniaya
Kasihan dia, merana hingga tak keruan jadinya
Ditubi majikan tanpa belas tanpa ihsan
Dan kisah ini diadili seadilnya
Maka terciptalah sejarah LIWAT ini di dada MALAYSIA

Disebalik kisah itu
Ada wajah suram yang menyimpan segala rasa
Dulu.......sudah dihambat pengkhianat negara itu ke lokap (katanya)
Tuduhan bertubi-tubi dihayun tanpa belas
Dihenyak dalam penjara, di racun arsenik (itu semua dirancang si tua)
Lakon layar ini diulang tayang 
Generasi berubah cerita yang sama

Tapi.........
Wajah duka tetap sama
Wajah yang menyimpan segala rasa tetap sama
Wajah yang menelan segala keaiban yang dicipta tetap sama
Perasaan anak-anak dijerut
Umpama mereka tidak wujud
Apakah mereka akan terus senyap?
Apaka mereka akan akur dan sopan seperti apa yang terpancar dari raut wajah mereka?
Apakah tidak ada duri yang tertanam dalam dada mereka?
Apakah mereka redha kerana percaya akan pertuduhan ke atas ayahnda mereka?
Apakah mereka tuli jiwa dan hanya mampu bungkam bisu?
JANGAN KAU SANGKA TENANGNYA AIR TIADA NAGA!!!

Aku terkesan
Amat terkesan
SANGAT terkesan
Hanya kerana takutkan suara KERAMATnya
Kau aibkan dia tanpa belas
Hanya kerana takutkan idea dan kepetahan bicaranya
Kau sumbat sekali lagi WIRA itu ke dalam jeriji besi
Hanya itu yang kau mampu...
Kerana dunia di bawah kawalanmu
KAU TUNGGU!!!!!
BANGKITNYA RAKYAT USAH KAU SANGKAL
Bukan kerana terpedaya dakyah WIRA itu!!!
Tapi kerana kesedaran mata yang melihat dari luar tempurung
Menzahirkan terus ke naluri dan sendi
Mara kami mara yang padu
Hingga ke akhir zaman kami menuntut KEADILAN
 Demi menegakkan yang benar dan membongkar yang fitnah






Thursday, November 20, 2014

Hye Semua!!!


Recently, mmg suram rumahku ini...

Tuntutan tugas seawal pagi hingga ke lewat malam membantutkan impian untuk berkongsi setiap cerita.

Tahun ini paling banyak ceritanya, paling banyak memorinya dan paling banyak kisah ingin dikongsikan.

Thanks to those yang masih lagi sudi membaca kisah-kisah dalam rumahku ini, ada yang tak putus bertanyakan, bila nak tulis lagi?

If I can devoted myself to write as frequent as every second, I'll be tremendously happy! Tapi apakan daya, mencuri waktu untuk menulis bukanlah mudah.

I will summarize kisah sepanjang tahun sikit waktu lagi.....

Seriously memang banyak, nanti dah macam baca novel pula kan. Tapi tak apa, itu semua hadiah untuk pembaca setia rumahku ini!

Will be back soon! Da......................

Thursday, June 19, 2014

Rumah ini kosong lagi...Sabar ya!!


Seperti ini jugalah keadaan rumah bicaraku
So sorry!!!! Terlalu banyak tugasan
Terlalu kecil lebihan waktu
Ada kesempatan
Pasti akan ku kongsikan
Cerita, nasihat, kenangan dan keluhan

Sudah ku jangkakan,
Aku penulis tegar, namun terkandas di kesempitan waktu

Sampai ketemu lagi.....

Tuesday, February 04, 2014

Lama tak berpuisi - Alam tetap bicara yang sama...

Ada ketikanya
Bahasa alam lebih indah berbicara
Dengan kicau burung
Unggas menggerik
Pepatung menari
Indah suasananya 

Tidak seperti kelibutnya realiti manusia
Berperang dengan waktu
Memburu penuh nafsu
Hingga hilang arah tuju
Diinjak-injak rasa tamak
Mengaut segala keuntungan 
Demi sesuap nasi untuk anak generasi depan

Lelah telat waktu
Semput datang menghimpit
Kocek selalu telus tinggal angin
Lagi dikejar isi alam
Lagi ditinggal dunia kekal

Ada ketikanya bahasa alam
Di semak samun pinggir sungai
Di sebalik rimbunan pokok merendang
Membawa kita kembali ke jalan lurus
Gelok liku air mengalir
Membawa damai

Itu tandanya jalan pulang tetap sama
Biar setinggi langit kita dipuja
Biar sejauh lautan samudera kita diusung
Dipasung kaki dan tangan dengan harta dunia
Akhirnya kita kembali kepada alam
Tanah itu akan menyambu tatkala kita pulang bertemu yang Esa
 

Entri pertama 2014: Laporan Ziqry di sekolah

Bersarang balik...
Phew...
Inilah nasib kalau masa mengejar kita bukan kita mengatur masa.

Hari ini dah 4 Februari 2014...
Posting pertama untuk tahun 2014!!!!
Memang rajin sungguh menulis, padahal dah janji nak selalu update...ke laut juga janjiku itu.

Bukan tak ada kisah nak kongsi, kalau dihitung macam tak terkejar!!! 4 hari yang lalu duduk di rumah dan bersiar-siaran dengan keluarga...al maklumlah cuti perayaan Sambutan Tahun Baru Cina dan dilangsungkan terus dengan cuti Hari Wilayah.

So, sempatlah menjengah sekolah Ziqry dan cikgu mula bercerita tentang perwatakan beliau di sekolah. Kata cikgu, Ziqry anak yang sangat istimewa berbanding rakan-rakan sebaya. Aku dah mula rasa risau, istimewa sebagaimana?

Kata cikgu, Ziqry berfikir tidak seperti kanak-kanak berusia 4 tahun (walhal kalau dihitung usianya baru sahaja 3 tahun 3 bulan). Kalau diajar A,B,C, 1,2,3 dia tak mahu menurut, katanya di rumah dah belajar seperti ini. Lagipun cikgu ajar tak sama macam mummy ajar. Aduhai....mereka gunakan method 'phonics' walhal mummy gunakan method ABC macam biasa je. Cikgu tidak putus asa mengajar dan setiap kali dia merasakan ada perbezaan dengan apa yang diketahui, Ziqry menolak untuk menurut. Cikgu terpaksa memberikan penerangan khas untuk Ziqry, hinggakan adakalanya cikgu tersedar yang dia seperti bercakap dengan budak berusia 7 tahun.

Itulah Ziqry, kalau bersembang dengannya, dia tidak seperti kanak-kanak berusia 3 tahun. Lain pula kalau belajar silibus IQ, Ziqry lebih berminat untuk memberikan perhatian. Perbandingan di antara kecil dan besar, banyak dan sikit, langit dan bumi. binatang liar dan jinak sudah seperti tidak perlu diajar kerana Ziqry pantas menjawabnya tanpa berfikir panjang.
Memang benar, di rumah pun dia lebih gemar untuk membuat latihan buku IQ walaupun buku yang dibelikan tu tidak berwarna.

Cikgu mengajar Ziqry dengan penuh berhati-hati kerana Ziqry seperti sponge dan mudah mempengaruhi rakan-rakan sekelas. Ramai rakan-rakan usia 6 tahun tak mahu masuk kelas sebab nak bermain dengan Ziqry.

Seronok bersembang dengan cikgu dan walaupun gugup mendengarkan Ziqry ada angin taufan hehehehe, tapi mereka boleh mengawalnya. Kalau Ziqry tak mahu belajar, dia akan tinggalkan kelas dan buat hal sendiri. Keadaan ini yang membimbangkan. Bila cikgu tanya, kenapa Ziqry tak nak belajar, dia hanya menjawab, "Eki dah penat cikgu".

Alhamdulillah, bila difikirkan semula, memang Ziqry seperti itu. Tidak ada bezanya di rumah mahupun di sekolah cuma yang ada sedikit perbezaan bila dia boleh mempengaruhi rakan-rakan lain. Dia pandai bercakap! Sampaikan semua suka mendengar cerita dia dan tak juga kurangnya dengan show nyanyiannya hari-hari.

3 perkara yang aku rasa perlu untuk mendididik dan membentuk anak supaya terus matang dan pintar.
  • Sesi untuk berbual dan bercerita dengannya WAJIB dilakukan setiap hari sekurang-kurangnya 2 jam. Ketika itu, bermainlah, mewarna, melakukan aktiviti bergurau dan bergelak senda hingga dia seperti kepenatan. Setiap kali kita ketawa dan memeluknya, satu tenaga positif akan dipindahkan ke otaknya dan kecergasan mindanya akan terus terbentuk. BUANGKAN segala GADGETS untuk bermain bersama. Aktiviti yang paling berkesan adalah bergomol atas katil dan main sorok-sorok.
  • Pemilihan makanan amat-amat-amat-amatlah....PENTING! Walaupun aku malas juga nak masak sebab sapelah nak makan sangat kat umah kan? Tapi airtangan kita untuk berikan dia makanan sangat penting. Biarpun masak french toast, tak mengapa....yang penting dia nampak kita masak untuk dia. Orang kata, jangan manjakan budak, biar dia suap makan sendiri, baik untuk motor skills..betul!!! Tapi kalau main suap-suap ketika makan, lebih membentuk bonding. Jenis pemakanan seperti kismis, olive, buah delima, kekacang dan BROWN RICE adalah sgt baik untuk otak kanak-kanak. Jangan biasakan mereka dengan makanan yang sedap tapi tiada khasiat....ia sangat mengundang kelembapan otak.
  • SOLAT!!! Walaupun kita solat dan dia hanya tengok sahaja di tepi, tapi dia sedang belajar mengapa solat itu penting dan mengapa perlu melakukan rukun-rukun solat. Ada sekali tu dia bertanya, kenapa mummy tak solat? Tak takut ke kena makan dengan ular????? ouchhhh that was my words to him when he dont want to perform solat together with me Ada waktunya dia yang bertanyakan, "kenapa mummy solat kena senyap, tak boleh cakap-cakap?", waktu itulah jawapan kita mengenai PENTINGNYA solat akan absorb masuk kerana dia yang ingin tahu APA PENTINGNYA SOLAT...
InsyaALLAH, tugas kita mewarnakan lembaran putih bukanlah semudah menconteng abstrak. Kemudahan hari ini jangan jadikan kesempatan untuk kita biarkan semuanya dicorak oleh dunia luar.

Kita adalah pantulan cermin buat mereka, sekali tersasar pasti kita sukar meluruskan garisnya.

Jom sama-sama kita pikul tanggungjawab dan AMANAH Allah dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Nanti kita sambung entri lain pula ya!!


Friday, November 08, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun ke-3 Anakndaku....



3 tahun berlalu
Detik 8.11.2013 tetap bugar di segenap minda
Saat mengharungi peritnya melahirkan
Saat merentasi dugaan seperti kulit perut di siat-siat
Saat itulah Allah swt menggantikannya dengan sinar kegembiraan

Oh tuhanku yang maha ESA
Kau hamparkan secebis perasaan kasih
Kau selitkan sayang yang berselirat
Dengan amanah kau tinggalkan dia untukku dan suamiku
Melakar perjalanan hidupnya untuk kembali SOLEH kepadamu

Kehadiranmu dinantikan sayangku
Setiap malam mummy menghitung
Tertanya-tanya apakah bentuk wajahmu
Adakah kau selesa tinggal di sebalik kantung perutku
Hari ini genaplah kau menghiasa warna hidup kami
Dengan cinta dan kasih sayang yang disemai
Kau penuh dikelilingi perhatian dan perasaan
Akalmu tidak terjangkau bila kau bicara

Lidahmu biar sedikit pelat sudah bisa menutur kias
Kau bijak mengambil hati kami
Terhibur dengan setiap gerak gerimu
Hingga ada waktunya tak bisa untuk berpaling dari menonton kerenahmu
Kau terlalu istimewa
Seawal usiamu menginjak 3
Kau sudah pintar mengalunkan bacaan Al-Fatihah
Kau juga pintar menyanyi
Walau mummy sering tertawa mendengar usahamu menyebut konsonan 'R'
Kata doktor, lidahmu sedikit pendek dari biasa
Ah......aku peduli apa sama lidah yang pendek
Sedang Allah mengurniakanmu akal sepanjang sungai Nil
Kau bisa menghiburkan dengan gelagatmu
Syukur kerana kau tidak menggunakan kekerasan akalmu
Mudah dibawa berbincang
Dan....
Ramai yang cemburu bila kau tersenyum

Leret bibirmu menguntum senyum
Mirip daddy yang indah bila melontarkannya
Gigimu tersusun indah...
Ada kata seusia 3 tahun
Kau seperti pendek dari yang lain
Sekali lagi aku tegaskan
Biarlah fizikal itu tidak menjadi kayu ukur membandinkan dengan mereka
Kerna aku terlalu bersyukur panjangnya akalmu yang Allah titipkan
Sayangku...
Bicara ini ukurannya hanya 3 tahun
Kau masih anak kecil yang tak bisa mengerti apa itu dunia
Walau kau sering berkata "mummy selalu doa tau, nanti tuhan bagi semua"
Kau masih tidak mengerti apa itu likunya hidup
Walau kau sering memelukku erat dan membisikan "Mummy jaga diri elok-elok..Take care always"
Ada waktunya aku luahkan kisah harianku, bebanan tugasku, politik dan rencah dunia padanya
Dia seolah faham dan khusyuk mendengar
Ini aneh bagiku
Tapi Allah itu kaya
Sudah dikirimkan sebutir permata untuk berkongsi segalanya

3 tahun sudah bisa memujuk
3 tahun sudah bisa membelai hatiku
3 tahun sudah bisa menghamparkan segunung kasih
Kau sangat istimewa
Hari ini, dihari kelahiranmu
Aku ingin jeritkan pada dunia
Bahawa bahagia yang aku miliki ini adalah milik Allah
Permata yang bernyawa di hadapanku ini juga milik Allah
Dia bisa merengutnya jika dikehendaki

Maka....
Lantas aku panjatkan doa-doa tak putus bertaut
Memberikan aku kekuatan dan terus menitipkan rahmat
Untukku jadikan insan suci ini seorang yang SOLEH
Untukku berikan didikan yang padu menempuh dunia dan AKHIRAT

Terima kasih Allah
Aku amat menghargai dan terus menghambakan diri buatMU
Dengan harapan kau bimbingi hatiku
Agar doa-doa ini dimaklbul...

Selamat Hari Ulangtahun Anakandaku - KAMAL IZZ ZIQRY AHMAD SYAUKI





Untuk kenang - kenangan kita

Monday, September 23, 2013

KISAH BERSIAR-SIAR & TONTON SMURFS!!!

Cuti panjang sempena Aidil Fitri ni, aku sempat juga membawa permata hati beriadah sekitar KL.
Mulanya buntu juga nak ke mana, pusing punya pusing oklah kita ke KLCC. Tak plan nak tonton wayang, hanya ingatkan nak bawa naik train.

Lastly, pakej lengkap....naik LRT, makan-makan, tengok wayang dan bersantai di taman KLCC. Seronoknya!!!!

Anak-anak adalah penghibur terbaik dan mereka seolah-olah berikan therapy pada diri...

Amboi....2 beradik ni sebelum nak bertolak tu, punyalah excited!

we're on train!! Happy sokmo wei....

Kasihku pada mereka tiada siapa bisa menduga! loves....

"mom.....boleh mandi tak???", NO WAY!!!!!! hehe

No picture please!! Sedang amat-amat menikmati....

Mereka ni hantu Sushi ok!

Movie time!! Smurf 2...

They really enjoy ok! Kalau bertiga, memang seronok sungguh anak2 mummy

Lihat wajah-wajah riang ini....aduhai!!! kalau boleh tak nak kerja, nak tengok mereka membesar sahaja

Cinta hati mummy!

Sempat berposing Ultraman! Banyak mata yang memandang, tersenyum simpul lihat gelagat mereka

Aksi ini selalu berlaku....Papa nak balik rumah mertua di Ampang, Farysh tak nak ikut. Nak stay dgn Wan...inilah gelagat cucu sulung

Akhirnya anak akur dengan ibu.......dibiarkan cucu ikut serta pulang ke rumah hahahaha